omniture

DXC dan Manchester United 'Berganding Bahu' dalam Kerjasama Teknologi Berbilang Tahun

DXC Technology Company
2022-07-06 21:30 195

DXC menjadi Rakan Kongsi Transformasi Digital Kelab, Rakan Kongsi Lengan Baju Utama serta Rakan Penampilan untuk Manchester United Foundation

Manchester United akan memanfaatkan pengalaman DXC sebagai peneraju transformasi digital dunia 

MANCHESTER, United Kingdom, 6 Julai 2022 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC) dan Manchester United (NYSE: MANU) telah menandatangani perjanjian kerjasama penting berbilang tahun apabila kelab bola sepak tersebut beralih arah ke sektor teknologi untuk mengubah operasi serta mengukuhkan pengalaman bola sepak bagi pangkalan peminat globalnya.

DXC and Manchester United Partnership football (credit Manchester United)
DXC and Manchester United Partnership football (credit Manchester United)

Melalui perjanjian tersebut, DXC akan menjadi rakan kongsi utama Manchester United yang memberi tumpuan kepada transformasi dan inovasi digital kelab tersebut. Sebagai rakan kongsi lengan baju utama kelab ini, DXC akan ditampilkan secara global pada pakaian perlawanan di tempat sendiri, pakaian perlawanan di tempat lawan dan pakaian perlawanan ketiga pasukan tersebut. DXC juga akan menjadi rakan kongsi Manchester United Foundation yang bekerjasama dari segi kebajikan yang disalurkan kepada komuniti.

Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan DXC sebagai rakan kongsi utama kami untuk transformasi digital serta rakan Manchester United Foundation dan lengan baju dalam era baharu yang menarik bagi kelab ini," kata Victoria Timpson, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan dan Kerjasama Manchester United. "Kami merupakan dua buah organisasi yang mempunyai kepercayaan yang sama tentang kuasa teknologi untuk mencapai kejayaan."

Sebagai salah sebuah pasukan sukan yang paling dikenali di dunia, Manchester United akan bekerjasama dengan DXC untuk menjadi sebuah organisasi yang lebih dipacu data dan mengoptimumkan tawaran digitalnya kepada peminat sekali gus membantu menambah baik cara mereka terlibat dan berinteraksi dengan kelab.

"Melalui kerjasama ini, Manchester United mengharapkan sokongan DXC berdasarkan pengalamannya dalam transformasi perusahaan ketika syarikat ini berusaha untuk menarik para peminat dan memberi inspirasi kepada golongan belia," kata Chris Drumgoole, Ketua Pegawai Operasi DXC Technology. "Sama ada untuk mengendalikan salah sebuah pasukan sukan paling popular dan berjaya di dunia atau mengubah perniagaan bagi organisasi dalam senarai Fortune 500, Manchester United dan DXC adalah pakar dalam menjalankan aktiviti misi penting. Kami bersatu dalam mencapai kecemerlangan."

Perjanjian yang bermula pada bulan Julai 2022 ini akan merangkumi perkara-perkara berikut:

Penampilan Digital Manchester United 
DXC akan merealisasi dan membina penampilan digital Manchester United termasuk laman web dan platform media kelab, membawa komuniti global yang terdiri daripada 1.1 bilion peminat serta pengikut, lebih dekat kepada pemain kelab tersebut. Berkuat kuasa serta-merta, DXC akan mengurus aplikasi Manchester United yang mempunyai pengguna di 214 wilayah di seluruh dunia serta merupakan aplikasi sukan yang paling banyak dimuat turun di 68 pasaran global. Sebagai contoh, DXC akan memperkemas data analitik yang akan membantu kelab tersebut menyampaikan pengalaman yang lebih diperibadikan untuk para peminat di seluruh saluran digitalnya.

Dipacu Data
Dengan pengalaman dalam analisis dan kejuruteraan data, DXC akan membantu Manchester United memanfaatkan kuasa data di seluruh kelab bagi meningkatkan pengalaman peminat serta operasi perniagaan tertentu. Sebagai langkah pertama, DXC dan United akan menghasilkan platform data baharu yang akan mengagregat data di seluruh kelab serta mendayakan cerapan baharu sebagai maklumat untuk perancangan dan prestasi perniagaan yang strategik.

Rakan kongsi Manchester United Foundation 
Dengan menjadi rakan kongsi Manchester United Foundation, DXC akan bekerjasama dengan kelab untuk memberi kesan positif kepada orang ramai, alam sekitar dan masyarakat. Mereka akan bersama-sama meningkatkan inisiatif tempatan yayasan dengan platform dan kepakaran teknologi global DXC. Contohnya, Manchester United Foundation akan bekerjasama dengan para pakar daripada DXC untuk mencipta dan menjayakan bengkel serta program untuk rangkaian sekolah rakan kongsi Greater Manchester yang menyediakan peluang pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) untuk golongan belia di seluruh komuniti.

Pelan Hala Tuju Transformasi Digital
DXC dan Manchester United akan bekerjasama untuk menetapkan visi dan strategi digital bagi membantu kelab mendapat manfaat daripada kehebatan teknologi baharu sambil bersiap sedia untuk merebut peluang masa hadapan. Sebagai contoh, DXC akan bekerjasama dengan Man Utd Academy untuk menyokong kakitangan kejurulatihan dengan teknologi analisis data, penjejakan dan pelaporan.

Rakan Kongsi Lengan Baju
Sebagai rakan kongsi lengan baju utama untuk musim 2022/23, DXC akan dapat dilihat pada pakaian perlawanan di tempat sendiri, di tempat lawan dan perlawanan ketiga bagi kelab tersebut yang merangkumi pasukan lelaki, wanita dan remaja, sekali gus menerima pendedahan jenama di seluruh dunia dalam kalangan para penonton global bola sepak yang begitu ramai. DXC menyertai Teamviewer dan adidas sebagai rakan kongsi utama pada pakaian baharu yang akan dilancarkan kemudian pada minggu ini.

"Kepakaran teknologi DXC akan membantu meletakkan kedudukan Manchester United pada barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus menyediakan cara kerja yang berkesan serta peluang baharu lagi menarik untuk berinteraksi dengan para peminat. Potensi ini tidak berkesudahan dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan DXC dalam tawaran digital masa depan kami," tambah Victoria Timpson.

-----------

Tentang DXC Technology
DXC Technology (NYSE: DXC) membantu syarikat global menjalankan sistem dan operasi misi penting mereka sambil memodenkan IT, mengoptimumkan seni bina data serta memastikan keselamatan dan kebolehskalaan di seluruh awan awam, swasta dan hibrid. Syarikat dan organisasi sektor awam terbesar di dunia mempercayai DXC untuk memanfaatkan perkhidmatannya di seluruh Rangkaian Teknologi Perusahaan bagi memacu prestasi, daya saing dan pengalaman pelanggan ke tahap baharu. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami merealisasikan kecemerlangan para pelanggan dan rakan sekerja kami di DXC.com.

Tentang Manchester United
Manchester United ialah salah sebuah pasukan sukan paling popular dan berjaya di dunia yang bermain dalam salah satu sukan tontonan paling popular di dunia. Melalui warisan bola sepak kami yang berusia 144 tahun, kami telah memenangi 66 trofi, membolehkan kami membangunkan sesuatu yang kami percaya, merupakan salah satu jenama sukan dan hiburan terkemuka di dunia dengan komuniti global seramai 1.1 bilion peminat dan pengikut. Pangkalan peminat kami yang luas, bersemangat serta mempunyai tahap penglibatan yang tinggi menyediakan sebuah platform seluruh dunia kepada Manchester United untuk menjana sejumlah besar pendapatan daripada pelbagai sumber termasuk tajaan, dagangan, pelesenan produk, penyiaran serta inisiatif hari perlawanan yang secara langsung memberi keupayaan kewangan kepada kami untuk terus melabur semula ke dalam kelab ini.

Hubungan: Jonathan Batty, DXC Technology, Jonathan.batty@dxc.com; Sean B Pasternak, DXC Technology, AS, sean.pasternak@dxc.com, Kate Lowe, Manchester United, kate.lowe@manutd.co.uk

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1854315/DXC_Technology_Company_DXC_and_Manchester_United_Stand__Shoulder.jpg?p=medium600

Source: DXC Technology Company
Related Stocks:
NYSE:DXC
Keywords: Computer/Electronics Sports Contracts Licensing/marketing agreements