omniture

Atlet K-SWISS, Cameron Norrie, Menewaskan David Goffin untuk Mara ke Peringkat Separuh Akhir di Wimbledon

K-Swiss
2022-07-06 23:32 236

LOS ANGELES, 6 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Jenama Tenis warisan Amerika yang ikonik iaitu K-SWISS sangat teruja untuk mengumumkan bahawa atlet tajaan mereka, Cameron Norrie, akan melangkah ke pusingan Separuh Akhir di Wimbledon selepas menewaskan David Goffin dalam satu perlawanan 5 set yang mengujakan. Pemain #1 British itu yang kini turut berada di kedudukan #12 ATP berusaha untuk meneruskan rentak terbaiknya bagi merangkul gelaran Grand Slam.

Norrie telah menjadi atlet K-SWISS sejak tahun 2020. "Kerjasama kami dengan Cam bermula tiga tahun yang lalu. Kami menyukai gaya permainan dan pendekatan beliau untuk menguasai segala apa yang dilakukannya di dalam gelanggang. Pada tahun lepas, kami dapat melihat peningkatan dan keyakinan beliau berkembang dengan setiap perlawanan yang bermula pada tahun 2021 dalam kedudukan tujuh puluhan dan menamatkan tahun ini pada kedudukan kesepuluh. Ketika kami terus melabur ke dalam perniagaan tenis kami di seluruh dunia, menandatangani semula Cam untuk menjadi Duta global kami merupakan satu keutamaan, kami amat teruja dan berbangga dengan Cam untuk menjadi sebahagian daripada Pasukan K-Swiss kami sehingga tahun 2024," kata Dave Grange, Presiden Jenama Antarabangsa K-Swiss.

Semasa perlawanan tersebut, kasut yang terus menjadi pilihan Norrie ialah K-SWISS Ultrashot 3. Kasut baharu ini dibina untuk pemain tenis yang kompetitif, agresif dan bertenaga yang mahukan tahap prestasi tertinggi. Ultrashot 3 menawarkan pulangan tenaga maksimum dengan teknologi tapak bahagian tengah Surge 7.0, Sokongan Casis Plantar 360 untuk pergerakan sisi tanpa had dan Dragguard 7.0 yang digabungkan ke dalam tapak luar baharu yang tahan lama dengan cengkaman dan genggaman yang unggul.

Selain daripada kasut, Norrie juga memakai pakaian K-SWISS yang baru direka bentuk semula, iaitu baju Heritage S/S dan seluar pendek Supercharge yang direka secara inovatif untuk kesesuaian dan fungsi. Bahan-bahan ringan yang digabungkan dengan sudut tersembunyi dan sisi asimetri mewujudkan satu penampilan progresif aerodinamik yang mentakrifkan semula pakaian tenis klasik.

Hari ini, Norrie kelihatan dan bermain seperti seorang juara. Gaya K-SWISS yang serupa dengan apa yang dipakai oleh Norrie pada hari ini di Wimbledon boleh didapati di K-Swiss.com.

TENTANG K-SWISS

Dari awal, K-Swiss telah didorong oleh semangat keusahawanan apabila dua adik-beradik dari Switzerland berpindah ke California untuk mencipta jenama kasut yang memberi tumpuan kepada sukan tenis. Sebagai pemain ski tegar, adik-beradik ini mengambil inspirasi daripada but ski kulit untuk mencipta kasut tenis yang menyokong pergerakan sisi ke sisi yang agresif. Diperkenalkan pada tahun 1966, K-Swiss Classic merupakan kasut tenis kulit sepenuhnya yang pertama di dunia. Ia mendapat sanjungan di seluruh dunia dengan pantas dan menjadi pemakaian bergaya di dalam dan di luar gelanggang, yang dipakai secara kasual di kelab-kelab desa serta digayakan di jalanan bandar. 57 tahun kemudian, K-Swiss kini dibangunkan daripada warisannya sebagai jenama tenis Amerika dan menulis lembaran baharu dalam sejarahnya yang terkenal. Sebagai memberi penghormatan kepada usaha keras pengasas kami dan sifat kompetitif permainan tenis yang telah mengilhamkan segalanya, K-Swiss berdedikasi untuk menyediakan pakaian dan memberi inspirasi kepada pemain tenis generasi akan datang. 

Hubungan Media:
K-SWISS
Olivia@kruppgroup.com
 

Cameron Norrie (Photo by Justin Setterfield/Getty Images)
Cameron Norrie (Photo by Justin Setterfield/Getty Images)

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1854053/ks_heritage_horizontal_full_34_Logo.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1854054/GettyImages_1406958010.jpg?p=medium600 

Source: K-Swiss
Keywords: Entertainment Fashion Retail Sporting Events Sports