omniture

TUMI dan STAPLE Melancarkan Kerjasama Eksklusif untuk Meraikan Tenaga di Bandar Raya New York dan Penerokaan Global

TUMI
2022-07-07 20:00 156

NEW YORK, 7 Julai 2022 /PRNewswire/ -- TUMI, sebuah jenama percutian dan gaya hidup antarabangsa terkemuka, hari ini melancarkan kerjasama eksklusif dengan jenama pakaian jalanan yang ikonik, STAPLE. TUMI dan STAPLE telah bergabung dalam perjalanan reka bentuk yang dibimbing oleh perjalanan pengasas berwawasan STAPLE ke seluruh dunia, Jeff Staple. Setiap koleksi ini menampilkan Burung Merpati STAPLE yang ikonik, sambil mewujudkan pengaruh daripada jalan-jalan global yang memberi inspirasi kepada kreativiti Jeff Staple dan TUMI.

 

Burung Merpati ialah sebahagian daripada jenama STAPLE dan berfungsi sebagai maskot yang mewakili Bandar Raya New York. Apabila menubuhkan STAPLE, Jeff menggambarkan burung tersebut sebagai simbol yang tidak pernah berputus asa dan berkembang menentang semua kemungkinan. Lebih besar daripada bandar yang tidak pernah tidur, semangat yang sama dapat dirasai di destinasi-destinasi bandar di seluruh dunia. TUMI, yang dikenali kerana menyokong laluan setiap pengembara, disalurkan ke dalam konsep ini dengan bahagian yang direka dengan baik dan sangat berfungsi untuk melengkapkan lagi perjalanan mereka.

Kempen yang menampilkan kerjasama ini telah dirakam sepenuhnya oleh jurugambar jalanan terkenal dan artis pelbagai berbakat, Jacob Consenstein. Diadakan di sekitar Bandar Raya New York, imej kempen ini bukan sahaja merakam fungsi produk, tetapi juga meraikan ketulenan, tenaga dan inspirasi produk itu sendiri.

Koleksi ini merangkumi lima gaya baharu, setiap satu direka untuk peneroka bandar moden dan menggabungkan mentaliti kesibukan sebuah bandar raya dengan inovasi TUMI yang istimewa. Lapisan alas merah jambu Burung Merpati dan peta seluruh Bandar Raya New York yang menarik telah diletakkan sebagai penghormatan kepada bandar yang telah membesarkan Jeff Staple. Koleksi ini membawa para pembeli mengembara ke seluruh dunia daripada Beg Galas yang luas yang mengguna pakai corak yang diilhamkan oleh jalan-jalan di São Paulo hingga Beg Sandang kecil yang diilhamkan daripada Tokyo. Produk yang lebih menyeronokkan, Beg Silang Ping Pong yang subversif menampilkan cetakan yang menyerupai jubin Barcelona dan ia lebih daripada sekadar berbentuk pengayuh. Dengan saiz yang sempurna untuk melindungi keperluan dan dalam masa yang sama mempamerkan kecemerlangan reka bentuk DNA STAPLE dan TUMI yang mantap. Kit Beg Silang tersebut merujuk kepada seni bina Los Angeles dan meletakkan kepintaran pada paparan dengan tali boleh alih yang membolehkan produk tersebut dibawa seperti beg atau digunakan sebagai kit perjalanan. Bagasi 4 Roda Boleh Diperluas Antarabangsa menampilkan reka bentuk rumit penyamaran Burung Merpati STAPLE yang diilhamkan oleh Bandar Raya New York.

"Jeff Staple merupakan seorang inovator dan usahawan. Beliau tidak pernah berpuas hati dan sentiasa mendorong dirinya untuk melangkaui norma bagi membawa budaya pakaian jalanan ke peringkat global," Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz, ketika bercakap tentang kerjasama tersebut. "Jeff ialah seorang warga global yang sebenar kerana beliau mencontohi pengembara dunia yang tidak kehilangan rasa berada di rumah atau tempat asalnya, sambil mempelajari budaya lain untuk dijadikan inspirasi dan perkembangan diri. Ini benar-benar selaras dengan cara kita melihat dunia. Kami sentiasa mencari inspirasi di luar dan sentiasa mengukuhkan asas kami," kata Sanz sebagai kesimpulan.

"Bagi saya, TUMI sentiasa menjadi kemuncak kemewahan, percutian, inovasi dan teknologi," Pengasas STAPLE & Reed Art Department, Jeff Staple mengulas. "Terdapat persamaan yang ketara dalam kedua-dua jenama kami antara perjalanan dan prestasi, serta cara pengalaman tersebut mempengaruhi kehidupan seharian anda. Saya sangat menghargai nilai aksesori perjalanan yang direka bentuk dengan baik, terutamanya apabila anda berada di bandar baharu dan sentiasa dalam perjalanan. Dari segi reka bentuk, mentaliti hiruk-pikuk yang diwakili oleh Burung Merpati STAPLE bermula sebagai cara untuk bercakap dengan budaya Bandar Raya New York, tetapi sepanjang perjalanan saya, saya telah melihat bahawa ia mewakili etos yang sama di bandar-bandar di seluruh dunia.  Dengan kerjasama TUMI ini, kami membawa semangat tersebut secara menyeluruh melalui butiran reka bentuk yang unik dan berkualiti tinggi dalam setiap gaya koleksi."

Koleksi ini boleh didapati di seluruh dunia melalui TUMI.com, di Kedai Jualan Runcit terpilih TUMI dan di StaplePigeon.com.  Produk ini tersedia di Amerika Utara dan di seluruh Eropah bermula pada 7 Julai dan di seluruh Asia Pasifik bermula pada 18 Julai.

Harga runcit bagi koleksi TUMI x STAPLE:

  • Bagasi 4 Roda Boleh Diperluas Antarabangsa pada harga USD1,195
  • Beg Sandang pada harga USD495
  • Beg Silang Ping Pong pada harga USD250
  • Kit Beg Silang pada harga USD295
  • Beg Galas pada harga USD695

TENTANG TUMI

Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta barangan keperluan perniagaan, gaya hidup mengembara dan barangan berprestasi yang bertaraf dunia dan mewah, yang direka untuk menaik taraf, mempermudah dan memperelokkan semua aspek kehidupan individu yang sedang di dalam perjalanan. Menggabungkan fungsi yang sempurna dengan semangat penuh kebijaksanaan, kami komited untuk memperkasakan perjalanan sebagai rakan kongsi sepanjang hayat kepada syarikat pembuatan dan pengangkutan dalam mendalami minat mereka. Jenama ini dijual secara global di lebih 75 buah negara dengan lebih 2,000 pusat jualan. Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, sila layari www.TUMI.com.

TENTANG JEFF STAPLE

Jeff Staple (dilahirkan sebagai Jeffrey Ng) ialah seorang yang berwawasan kreatif dengan karya yang merangkumi reka bentuk grafik, fesyen dan kasut serta pemasaran jenama. Beliau merupakan Pengasas REED ART DEPARTMENT (dahulunya dikenali sebagai Staple Design) di mana beliau telah mengusahakan pelbagai projek kreatif untuk pelanggan yang terdiri daripada jenama syarikat pemula hingga syarikat-syarikat Fortune 100. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 sejak Jeff mengasaskan STAPLE pada tahun 1997, jenama pakaian jalanan perintis yang berpangkalan di NY dengan logo "Burung Merpati" yang terkenal sekarang dan kemudiannya butik gaya hidup berpengalaman, REED SPACE pada tahun 2002.

Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, sila layari www.TUMI.com 
Untuk maklumat lanjut tentang STAPLE, sila layari https://www.staplepigeon.com/ 

 

 


 


 


 


 


 


 


Video - https://mma.prnasia.com/media2/1845105/15s_TUMI_STAPLE_Horizontal.mp4
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1845106/30s_TUMI_STAPLE_Horizontal.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845096/STAPLE_TUMI_Backpack_1x1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845097/STAPLE_TUMI_Carry_On_1x1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845098/STAPLE_TUMI_Collection_1x1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845099/STAPLE_TUMI_Kit_Crossbody_1x1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845100/STAPLE_TUMI_Ping_Pong_Crossbody_1x1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845101/STAPLE_TUMI_Sling_1x1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845102/STAPLE_TUMI_Slings_1x1.jpg?p=medium600

 

Source: TUMI
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel Licensing/marketing agreements New products/services