omniture

Blue Prism World SS&C di Singapura Mempamerkan Peranan Misi Penting Automasi Pintar di Rantau Ini

SS&C
2022-07-07 21:55 190

Pada Blue Prism World On Tour 2022 yang julung kali diadakan, Asia Pasifik, SS&C Blue Prism mendedahkan peluang utama dan keadaan penggunaan inovatif Automasi Pintar di Asia Pasifik

WINDSOR, Connecticut, 7 Julai 2022 /PRNewswire/ -- SS&C Technologies Holdings, Inc. (Nasdaq: SSNC) hari ini mengumumkan SS&C Blue Prism mengadakan persidangan APAC pertamanya, Blue Prism World on Tour 2022, Asia Pasifik di Singapura pada 6 Julai untuk memperkasa dan memperbaharui masa depan tenaga kerja dengan Automasi Proses Robotik (RPA) dan automasi pintar (IA) di Asia Pasifik.

Persidangan hibrid ini menyaksikan kehadiran 130 peserta secara bersemuka dan lebih 300 peserta maya di seluruh Asia Pasifik (APAC) dalam peranan kepemimpinan kanan daripada industri kritikal seperti penjagaan kesihatan, pembuatan dan perkhidmatan kewangan. Bermatlamat untuk membincangkan peluang, trend terkini dan kes penggunaan inovatif RPA dan IA, persidangan ini mengalu-alukan penceramah daripada Schroders, Advantest, National Australia Bank dan Air New Zealand yang berkongsi cara penyelesaian RPA dan IA mengubah operasi perniagaan mereka.

"Saya berasa gembira melihat para peneraju teknologi dalam bidang automasi, inovasi dan transformasi digital berkongsi perspektif dan cara mereka yang inovatif untuk mendedahkan potensi teknologi automasi. Untuk membina perusahaan masa depan yang tangkas, kita perlu memanfaatkan kuasa kolaboratif manusia dan automasi pintar. Kami komited untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing mereka," kata Sunny Saha, Ketua Pegawai Operasi APAC, SS&C Blue Prism.

Persidangan ini menampilkan perbincangan panel yang antaranya termasuk Robert Dewar, Naib Presiden Perkhidmatan Kewangan, SS&C Blue Prism APAC; Wisanu Sricharoen, Naib Presiden Perkhidmatan Kewangan & Ketua Transformasi, Siam Commercial Bank; Hokito Salim Lew, Pengurus Automasi – Inovasi Operasi, Schroders; dan Shantanu Dey, Naib Presiden Strategi Perniagaan dan Sokongan Operasi Global, Midland Credit Management. Senarai penuh penceramah boleh didapati di sini.

Oleh kerana pelbagai perniagaan APAC berusaha untuk membina kembali dengan lebih baik dalam dunia pasca pandemik, perbincangan ini adalah tepat pada masanya, kerana automasi merupakan salah satu pemacu terbesar produktiviti organisasi secara keseluruhan dan memainkan peranan strategik dalam transformasi digital dan perniagaan.

Pemenang Anugerah Kecemerlangan Pelanggan

Pemenang Anugerah Kecemerlangan Pelanggan tahunan Blue Prism telah diumumkan pada persidangan ini, untuk kecemerlangan inovasi dan penggunaan transformasi penyelesaian Blue Prism RPA dan IA.

Para pemenang anugerah dari APAC termasuk:

  • Ketua Automasi Pintar Tahun Ini: Steve Blunt, University of Sydney
  • Transformasi Keseluruhan APAC: Westpac Banking Corporation
  • Kecemerlangan Inovasi APAC: Midland Credit Management
  • Kecemerlangan ROM APAC: Shell PLC
  • Anugerah Pinnacle: Pilihan Eksekutif APAC: Westpac Banking Corporation

Sebagai sebahagian daripada komitmen CSR yang sedang dijalankan, SS&C Blue Prism berikrar untuk mendermakan £25 (SGD36) bagi setiap peserta secara bersemuka dan £5 (SGD7) bagi setiap peserta maya kepada Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa.

SS&C Blue Prism menyediakan teknologi automasi pintar perusahaan terkemuka di seluruh dunia yang memperkasakan pelanggan untuk memperbaharui cara kerja dilakukan dengan tenaga kerja digital pintar yang selamat dan boleh diskala. Tenaga kerja digital meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi dan mengembalikan berjuta-juta jam kepada kakitangan untuk memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting.  

Tentang SS&C Technologies

SS&C ialah penyedia perkhidmatan dan perisian global untuk industri perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan. Ditubuhkan pada tahun 1986, SS&C beribu pejabat di Windsor, Connecticut dan mempunyai pejabat operasi di seluruh dunia. Kira-kira 20,000 perkhidmatan kewangan dan organisasi penjagaan kesihatan, daripada syarikat terbesar di dunia hingga firma kecil dan pertengahan pasaran, bergantung pada SS&C untuk kepakaran, skala dan teknologi.

SUMBER: SS&C

Maklumat tambahan tentang SS&C (Nasdaq: SSNC) boleh didapati di www.ssctech.com.

Ikuti SS&C di Twitter, LinkedIn dan Facebook.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/692536/SSC_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: SS&C
Related Stocks:
NASDAQ:SSNC
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics