omniture

Lembaga Rizab Persekutuan Menerbitkan Wang Kertas $100 yang Direkabentuk Semula

Board of Governors of the Federal Reserve System
2013-10-09 09:00 134

WASHINGTON, 9 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Rizab Persekutuan pada hari Selasa lalu mula membekalkan institusi-institusi kewangan dengan wang kertas $100 yang direkabentuk semula, menggabungkan ciri-ciri keselamatan baru untuk menghalang pemalsu dan membantu peniaga serta pengguna mengesahkan ketulenan wang kertas tersebut.

Bagi menonton aset multimedia berkaitan sidang ini, sila klik:  http://www.prnasia.com/story/86940-1.shtml

Jarak, permintaan, dan polisi individu institusi kewanganperlu diambil kira dalam menentukan berapa cepat wang kertas yang direka semula ini sampai ke peniaga dan pengguna di seluruh dunia.

"Reka bentuk baru ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang menjadikannya lebih mudah disahkan, tetapi sukar ditiru," kata Gabenor Lembaga Rizab Persekutuan Jerome H. Powell.  "Semasa wang kertas baru ini memasuki urus niaga harian, ciri-ciri keselamatannya yang mesra pengguna akan membolehkan orang ramai mengenal pasti ketulenannya dengan lebih mudah."

Rizab Persekutuan, Jabatan Perbendaharaan A.S., Biro Mengecap dan Percetakan A.S. dan Secret Service A.S. bergabung tenaga untuk merekabentuk semula wang kertas Rizab Persekutuan agar dapat mengatasi ancaman pemalsuan.

Wang kertas $100 yang direka semula mengandungi dua ciri keselamatan baru: reben keselamatan 3-D berwarna biru dengan imej loceng dan nombor 100, dan imej loceng di dalam bekas dakwat yang berubah warna.  Ciri-ciri baru ini, dan ciri-ciri tambahan yang dikekalkan daripada reka bentuk sebelumnya seperti tera air, memudahkan orang ramai mengesahkan ketulenan wang kertas $100 yang direkabentuk semula ini secara visual.

Pengguna di seluruh dunia dimaklumkan bahawa mereka tidak perlu menukar wang kertas $100 lama kepada yang baru.  Dasar kerajaan A.S. ialah semua reka bentuk mata wang A.S. kekal sah, tanpa mengira tarikh ia dikeluarkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas $100 reka bentuk baru, serta bahan latihan dan pendidikan, lawat www.newmoney.gov.

Untuk pertanyaan media, sila telefon +1-202-452-2955.

Source: Board of Governors of the Federal Reserve System
Keywords: Banking/Financial Service Broadcast feed announcements New products/services