omniture

CGTN: Bagaimana amalan di peringkat tempatan perkayakan tadbir urus China

CGTN
2022-07-08 08:19 222

BEIJING, 8 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pepatah Cina kuno berbunyi, "Ilmu yang hakiki hanya hadir daripada amalan di lapangan." Sebagai seorang pemimpin politik yang berasal daripada peringkat bawahan, Presiden Cina Xi Jinping telah mengamalkan tadbir urus bertumpu rakyat melalui keberkesanan yang lebih baik dengan berkhidmat selama berdekad-dekad di peringkat tempatan.

Pada awal tahun 1990-an, pertukaran ekonomi merentas Selat Taiwan dipulihkan secara beransur-ansur tatkala dasar reformasi dan pembaharuan menjadi semakin mendalam dan lebih jauh merentas seluruh negara. Dengan potensi pasarannya yang amat besar, tidak lama kemudian tanah besar Cina mencetuskan minat yang ketara daripada para usahawan yang berpangkalan di wilayah Taiwan. Fuzhou pula, ibu kota Wilayah Fujian, tenggara China, hanya terletak sejauh 200 km dari pulau tersebut, serta-merta menjadi destinasi kedua terbesar untuk pelaburan dari Taiwan.

Malangnya, semangat para pelabur luntur tidak lama kemudian apabila mereka berhadapan dengan proses pentadbiran yang sukar. Pada tahun 1990, Xi menjadi setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Fuzhou Parti Komunis China (CPC). Setelah menilai dengan teliti keadaan tersebut, beliau mencadangkan penerimaan pendekatan baharu yang digelar "Lakukannya Sekarang" ("Do It Now") yang bertujuan untuk menghapuskan birokrasi.

Pendekatan berkenaan menyerlahkan potensi Fuzhou. Dari tahun 1990 hingga 1995, KDNK bandar tersebut melonjak kepada lebih 40 bilion yuan, daripada kurang 10 bilion yuan, jauh mengatasi purata kadar pertumbuhan negara. Tidak lama kemudian, Fuzhou diiktiraf sebagai bandar yang mengalami pertumbuhan pesat utama.

"Ketika ini, kami berhadapan dengan banyak masalah yang mana terdapat kekurangan penyelesaian sewajarnya," kata Xi ketika itu. "Apa yang diperlukan ialah kemahuan untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Atas sebab itulah saya bertegas untuk bertindak, satu perkara yang penting dalam melaksanakan teori, garis panduan dan dasar kami. Pelaksanaan yang berkesan merupakan kunci kejayaan."

Dua tahun kemudian, kerajaan Fuzhou kekal komited terhadap dasar "Lakukannya Sekarang".

Satu lagi ciri utama gaya pentadbiran Xi ialah keazaman beliau untuk membasmi rasuah, tanpa mengira status pelaku. Seawal tahun 1988 di Ningde, Wilayah Fujian, Xi memimpin kempen yang membuahkan hasil untuk melarang pendudukan tanah secara haram.

Xi merupakan ketua parti bagi Jawatankuasa Wilayah Ningde CPC mulai tahun 1988 hingga 1990, ahli termuda dalam jawatankuasa tersebut.

Sejurus selepas memegang jawatan, Xi meluangkan masa selama sebulan di kampung, syarikat, sekolah dan jabatan kerajaan untuk menjalankan tinjauan. Orang ramai memberitahu beliau bahawa sesetengah pegawai menggunakan tanah awam secara haram untuk membina rumah mereka sendiri. Beliau bertekad untuk menghentikan pendudukan tanah secara haram itu. Beliau memimpin sebuah pasukan untuk menjalankan langkah-langkah pertama dalam kempen anti-rasuah di Ningde.

Apabila Xi bertanya seorang pegawai suruhanjaya disiplin sekiranya beliau berpendapat bahawa rakyat biasa berpuas hati dengan keadaan tersebut, pegawai tersebut menjawab secara negatif. Kemudian, Xi bertanya pegawai tersebut jika beliau berpendapat keadaan tersebut menjejaskan produktiviti rakyat dan dijawab oleh pegawai tersebut sebagai "ya".

"Kemudian saya bertanya sekiranya kami patut mengecewakan kira-kira tiga juta orang rakyat atau ribuan pegawai yang melanggar disiplin Parti," Xi mendedahkan semasa satu wawancara pada tahun 2003.

"Beliau berkata, 'Tentulah kami lebih memilih untuk menyinggung perasaan dua atau tiga ribu pegawai.' Saya menjawab, 'Kita harus laksanakan hal ini dan berusaha mencapainya tanpa menoleh ke belakang.'"

https://news.cgtn.com/news/2022-07-04/How-Xi-Jinping-practices-governance-through-working-in-the-field-1bmqAdWr3UY/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion