omniture

SYARIKAT DOLE SUNSHINE BERGABUNG TENAGA DENGAN THE OCEAN RACE UNTUK PLANET YANG LEBIH SIHAT

Dole Sunshine Company
2022-07-08 19:11 1085

Tindakan yang akan menyokong Janji DSC dengan fokus untuk mengurangkan penggunaan plastik berasaskan fosil

SINGAPURA, 8 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Dole Sunshine Company (DSC) hari ini mengumumkan kerjasama dengan The Ocean Race, ujian paling sukar di dunia untuk pasukan sukan dan peneraju sukan lestari, bagi membantu menyelesaikan isu-isu penting yang mempengaruhi kesihatan lautan kita. Kerjasama yang bermula sejurus selepas Hari Lautan Sedunia 2022 yang diraikan pada 8 Jun ini akan menyokong usaha DSC ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2030 dan pembungkusan plastik berasaskan fosil sifar menjelang tahun 2025. Kerjasama ini akan meningkatkan kesedaran tentang ancaman terhadap lautan, peranan penting yang dimainkan oleh organisasi dan individu dalam memastikan lautan (dan diri mereka sendiri) sihat serta membantu mendorong tindakan untuk mewujudkan planet yang lebih baik.

Sebagai Rakan Usaha Sama Perubahan Positif The Ocean Race, DSC akan memainkan peranan dalam inisiatif kelestarian berterusan yang dibangunkan dengan kerjasama rakan pengasas 11th Hour Racing, seperti The Ocean Race Summits. Acara ini menghimpunkan para pembuat keputusan global untuk membantu mendorong penggubalan dasar baharu yang ditambah baik bagi melindungi dan mentadbir lautan serta menyokong laut yang sihat. Selain membina rangkaian dan bertukar-tukar pengetahuan, DSC akan membawa pendekatan inovatif The Ocean Race ke khalayak ramai serta kepemimpinan untuk memupuk daya ketahanan, kerja berpasukan dan kerjasama dalam program dalaman.

"Kesihatan lautan kita, ketika berlakunya perubahan iklim serta pembaziran sumber dan sumber semula jadi yang semakin berkurangan merupakan isu yang semakin penting bagi planet kita," kata Pier Luigi Sigismondi, Presiden, Kumpulan Makanan dan Minuman Syarikat Dole Sunshine. "Ungkapan yang sama juga ditujukan kepada tahap kesihatan manusia. Kami percaya, sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan dan kami mengambil tindakan yang paling berkesan termasuk membina pakatan dengan rakan kongsi yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membasmi gula terproses dan pembungkusan plastik berasaskan fosil daripada produk kami. Sebagai sebuah organisasi, amat penting bagi kami untuk bergerak seiring dengan mereka yang boleh menawarkan kepakaran dan akses bagi membantu kami memberi impak terhadap harapan generasi akan datang yang semakin menggunung, sejak Janji kami diperkenalkan pada tahun 2020. Kami teruja untuk bekerjasama dengan pejuang lautan paling penting di dunia ini yang juga peneraju kelestarian sebenar. Kami tidak sabar untuk melaksanakan usaha ini bersama-sama."

"Kami gembira mengalu-alukan kedatangan DSC, sebuah syarikat yang menerajui usaha kelestarian dengan keluarga The Ocean Race," kata Richard Brisius, Pengerusi Perjuangan The Ocean Race. "Dengan berusaha bersama-sama, kami percaya bahawa kami mampu memberi kesan yang positif dalam memulihkan kesihatan lautan dengan menyuarakan pendapat berkenaan lautan. DSC berkongsi pandangan ini dan akan menjadi penyumbang berharga dalam usaha ini."

Selain itu, DSC akan memainkan peranan penting dalam menyokong matlamat tinggi yang mendorong Deklarasi Sejagat Ocean Rights, sebuah inisiatif yang diketuai oleh The Ocean Race. Draf prinsip Deklarasi ini akan menetapkan rangka kerja global dalam mentadbir lautan bagi memastikan ia dilindungi dengan betul, dan akan dibentangkan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan September 2023. Sekiranya konsep tersebut dipersetujui, Deklarasi ini akan ditulis dengan input daripada negara-negara di seluruh dunia dalam suatu usaha yang kolektif.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila tonton YouTube dan layari DoleSunshine.com.

Tentang Dole Sunshine Company

Nama Dole Sunshine Company digunakan untuk mewakili kepentingan global dan gabungan usaha Dole Asia Holdings, Dole Worldwide Packaged Foods dan Dole Asia Fresh. Dole Sunshine Company bukan sebuah entiti perniagaan sebenar dan tidak beroperasi di mana-mana negara atau rantau.

Tentang The Ocean Race

Sejak tahun 1973, The Ocean Race telah menyediakan ujian keunggulan pasukan dan kembara manusia yang tiada tandingan. Selama hampir 50 tahun, ia telah menyimpan mitos tentang beberapa orang kelasi paling hebat dan menjadi asas yang membuktikan legenda sukan kami.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/152677/dole_packaged_foods_logo.jpg?p=medium600

Source: Dole Sunshine Company
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Licensing/marketing agreements