omniture

GSMA Menggariskan Butiran Pengalaman NFC di Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih Akan Datang

GSMA
2013-10-09 10:42 121

LONDON, 9 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan butiran Pengalaman NFC di Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih 2013, yang akan disampaikan bersama Isis, Penaja Rasmi Pengalaman NFC. Semua pengunjung pertunjukan dengan telefon pintar yang dibolehkan NFC boleh mengambil bahagian dalam Pengalaman NFC di Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih 2013 tahun ini, yang akan berlangsung di Metropolitan Pavilion di New York pada 14-17 Oktober. Perkhidmatan yang akan dipamerkan di Pengalaman NFC itu termasuklah Dompet Mudah Alih Isis, serta aplikasi My BTAGS daripada ITN International.

Dalam acara tahun ini di Amerika Utara, GSMA membawa bersama pemimpin penting dalam sektor mudah alih, kewangan dan peruncitan bagi merangsang perbualan dan kolaborasi serta untuk membincangkan peluang dan cabaran penting yang dihadapi oleh ekosistem perdagangan mudah alih," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran, GSMA. "Pengalaman NFC akan membolehkan semua pengunjung kami mengalami dengan sendiri produk dan penyelesaian inovatif yang sedang memajukan kedudukan NFC dan wang mudah alih hari ini dan menuju masa hadapan."

Satu unsur penting Pengalaman NFC adalah Dompet Mudah Alih Isis yang memegang versi maya benda yang terkandung dalam dompet sebenar, seperti kad pembayaran dan kad kesetiaan terpilih, bersama tawaran, diskaun dan promosi kedai. Dompet Mudah Alih boleh digunakan oleh individu dengan telefon pintar yang dibolehkan NFC dan pengunjung Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih yang memiliki kad SIM AT&T akan mempunyai peluang untuk menukar kad SIM mereka dengan kad SIM NFC baharu lalu membolehkan mereka menggunakan Dompet Mudah Alih Isis.

Komponen kedua Pengalaman NFC adalah aplikasi My BTAGS ITN International, yang membenarkan para pengunjung mengumpul dan saling bertukar maklumat hubungan dengan pengunjung lain menggunakan telefon Android mereka yang dibolehkan NFC. Bagi menggunakannya, pengunjung hanya perlu mengetuk perlahan telefon yang bersesuaian pada lencana acara Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih bagi mewujudkan satu akaun dan kemudian mereka boleh mula mengetuk perlahan lencana yang dipakai orang yang ingin mereka kenali di acara itu. Aplikasi itu menyimpan semua maklumat terus dalam telefon itu dan boleh diakses luar talian melalui aplikasi itu.

Mempamerkan NFC Merentasi Sektor Menegak
Tapak pameran GSMA akan mempunyai pelbagai demonstrasi berbeza dari seluruh dunia yang menunjukkan bagaimana NFC boleh memanfaatkan perniagaan merentasi pelbagai sektor, mempamerkan senario pengangkutan, peruncitan, keselamatan dan e-kesihatan daripada rakan kongsi seluruh dunia termasuk Beeline/MTS (Rusia), Giesecke & Devrient (Sweden), Proxama (UK), RioCard (Brazil) dan Telecom Italia (Itali). GSMA dan Isis juga akan menawarkan pengunjung acara itu lawatan ke kawasan terpilih di Manhattan yang diperkasakan oleh NFC. Tempat adalah terhad dan butiran lanjut boleh diperolehi dengan melawat tapak pameran GSMA semasa acara itu.

Menerokai Isu Penting dalam NFC dan Wang Mudah Alih
Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih tahun ini akan mengumpulkan bersama pihak berkepentingan daripada ekosistem mudah alih bagi memperdebatkan kepentingan NFC dalam landskap perdagangan mudah alih, serta isu yang perlu diatasi bagi membuatkannya menjadi realiti pasaran besar-besaran. Persidangan selama dua hari itu akan menerokai topik seperti keadaan pasaran NFC; perdagangan mudah alih daripada perspektif peruncit; dan masa hadapan dompet mudah alih. Program ini memaparkan pembentangan dasar daripada eksekutif kanan organisasi termasuk China Mobile, Citi Transaction Services, C-SAM Inc., GlobalPlatform, Isis, MasterCard, MCX, Orange, Rogers Wireless, Scotiabank, Telecom Italia Group dan Visa Inc., antara lainnya.

Selain persidangan dan pameran, Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih juga mengadakan seminar, mesyuarat dan bengkel, menawarkan pengunjung peluang lanjut untuk membincangkan dan memperdebatkan isu penting yang membentuk industri itu, serta berhubung dengan rakan sekerja dan membuat kenalan baharu. Kelas percuma 'Pemecut Wang Mudah Alih' yang sangat popular akan sekali lagi diadakan sebelum sesi persidangan utama, dengan Ericsson membentangkan topik "Meletakkan Pasaran Wang Mudah Alih AS dalam Konteks Global" pada hari Selasa, 15 Oktober dan Fiserv mengadakan kelas "Gerakan Wang Mudah Alih: Masa Hadapan Pembayaran Mudah Alih" pada pagi berikutnya.

Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran dalam lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dan dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara besar dalam industri seperti Kongres Mudah Alih Sedunia dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com . Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news