omniture

REALTY ONE GROUP BERKEMBANG PADA KADAR YANG MENCATAT REKOD, MEMPERLUAS JEJAK DAN VOLUM GLOBALNYA PADA SEPARUH PERTAMA TAHUN 2022

Realty ONE Group
2022-07-08 20:54 1624

LAS VEGAS, 8 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu matlamat dan salah SATU francaisor yang paling pesat berkembang hari ini, melaporkan pertumbuhan luar biasa pada separuh pertama tahun 2022 dengan menjual 38 francais dan berkembang ke tiga buah negara baharu, memperluas jejak globalnya sekarang kepada 49 buah negeri di A.S. serta sembilan buah negara dan wilayah.

"Kami sangat strategik tentang pengembangan domestik dan antarabangsa kami dan kami akan terus mengembangkan organisasi ini melalui bimbingan perniagaan dan COOLTURE, tanpa mengira keadaan pasaran," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group.

UNBrokerage, seperti yang dikenali dalam industri, juga menambah lebih seribu profesional hartanah baharu, membawa rangkaiannya kepada lebih 18,000 EJEN HARTANAH yang menyumbang jumlah terkumpul sebanyak $22.7 bilion pada dua suku pertama.

Kami berada di jalan yang sangat jelas untuk mencapai kejayaan semula pada tahun ini selepas menjadi jenama hartanah perkhidmatan penuh yang paling pesat berkembang sejak tahun 2018," kata Eddie Sturgeon, Naib Presiden Eksekutif Pertumbuhan Global. "Dan oleh kerana tumpuan utama kami ialah ANDA, kami berkongsi kejayaan tersebut dengan para profesional hartanah dan pemilik francais kami."

Pada tahun ini, Realty ONE Group telah tersenarai dalam 100 francais Kalis Kemelesetan Teratas oleh Franchise Business Review dan syarikat ini telah menduduki tempat pertama bagi francaisor hartanah dalam Senarai Franchise 500(R) 2022 keluaran Entrepreneur yang sangat kompetitif.  Secara bersama-sama, syarikat dan ahli gabungannya telah memberi kesan kepada lebih daripada 108,000 nyawa, menyumbang hampir $40,000 pada tahun ini untuk program dan inisiatif ONE Cares miliknya.

Realty ONE Group kini mempunyai lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 49 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada serta akan dibuka di Ecuador, Costa Rica, Itali, Singapura dan Sepanyol, selain wilayah milik A.S. iaitu Puerto Rico.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan yang unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat merentasi 49 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Itali, Sepanyol, Singapura, Costa Rica dan Portugal. Realty ONE Group berada dalam kedudukan satu peratus terbaik dalam negara ini oleh REAL Trends dan telah diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai jenama hartanah nombor SATU. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Residential Real Estate Corporate Expansion