omniture

Ahli sukan terbaik berhimpun pada malam acara kemuncak Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play XXVI

Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
2022-07-09 22:51 884

FLORENCE, Itali, 9 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Perasaan emosi yang mendalam dan kepuasan yang luar biasa terpancar semasa acara akhir Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play XXVI. Pada malam semalam, majlis anugerah untuk para pemenang edisi 2022 di Castiglion Fiorentino (Arezzo) telah menampilkan pengakhiran yang menyeronokkan bagi sambutan nilai-nilai kesukanan ini yang dianjurkan oleh Yayasan Menarini Fair Play.

Ian Thorpe, XXVI edition Fair Play Menarini International Award
Ian Thorpe, XXVI edition Fair Play Menarini International Award

Etika, kesetiaan dan penghormatan sekali lagi menjadi tumpuan utama untuk diraikan melalui personaliti sukan di mana pada hari ini secara rasminya telah menjadi duta untuk menyampaikan mesej di sebalik Anugerah ini. Penghargaan berprestij ini sekali lagi memberi peluang yang luar biasa untuk mengiktiraf dan berkongsi budaya sukan yang terbaik sambil mengibarkan bendera yang menyokong matlamat universal, kisah kejayaan, altruisme dan harapan, perjuangan menentang diskriminasi serta persahabatan walaupun terdapat perbezaan.

"Kami berbesar hati dapat memberi ganjaran kepada juara-juara yang mana telah menjadi pemegang kepada prinsip standard yang sangat penting di sepanjang kerjaya mereka, seperti etika, kesetiaan dan rasa hormat" – ujar Lucia dan Alberto Giovanni Aleotti, pemegang saham merangkap Ahli Lembaga Pengarah Menarini – "Mendapat inspirasi daripada apa yang telah berlangsung selama beberapa hari lepas, Kami berharap dapat berjumpa anda di edisi seterusnya agar kami dapat terus meningkatkan lagi nilai-nilai keadilan dalam permainan dengan lebih tinggi."

Malam terakhir yang indah bagi sambutan keadilan permainan ini yang dihoskan oleh Lorenzo Dallari dan Rachele Sangiuliano serta disiarkan secara langsung pada saluran Sportitalia telah menyerlahkan lagi pemenang anugerah "la Divina" Federica Pellegrini, iaitu pemenang pingat emas Olimpik pertama dalam sejarah renang Itali serta menjadi kebanggaan abadi dalam kancah sukan negara. Tiga gergasi bola sepak turut melangkah naik ke pentas di Castiglion Fiorentino, termasuk bekas wira di padang Roberto Donadoni dan Massimo Ambrosini.

Mereka yang hadir di dataran awam tersebut telah memberi sambutan yang tidak dapat dilupakan kepada pemecah rekod dari Australia Casey Stoner dan Ian Thorpe, masing-masing merupakan juara trek perlumbaan dan kolam renang, serta kepada bekas pemain bola sepak Fabrizio Ravanelli, iaitu pemenang Anugerah Khas Paolo Rossi dalam Kategori "Model Peranan Belia" yang disampaikan oleh isteri "Pablito" sendiri, Federica Cappelletti. Turut menerima anugerah pada majlis Anugerah Fair Play ini ialah penyelam dan juara sukan air Tania Cagnotto, bintang bola tampar Marco Bracci dan juara Olimpik dalam menembak sasaran dari San Marino Alessandra Perilli, serta bintang-bintang muda yang semakin meningkat naik bagi edisi ini: juara taekwondo Vito Dell'Aquila dan Stefania Constantini, pemenang pingat Olimpik pertama bagi Itali untuk acara curling dalam acara beregu campuran. Dua plak telah dianugerahkan dalam kategori "Sukan Menjangkaui Sukan", kepada dua pemain ski Alpine Paralimpik yang hebat: Giacomo Bertagnolli dan Andrea Ravelli. Melengkapkan senarai Duta Menarini Fair Play yang baharu ialah wartawan Giorgio Porrà yang telah diberikan Anugerah Khas Franco Lauro, "Menceritakan Emosi".

"Dengan berakhirnya edisi terbaharu ini yang diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan kami, kami kini memajukan misi yang kami percaya adalah amat penting: menggunakan dunia sukan untuk menyebarkan ideologi yang kami harapkan akan mendapat lebih banyak tempat dalam kesemua kehidupan seharian kami," kata Antonello Biscini, Valeria Speroni Cardi dan Ennio Troiano, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Menarini Fair Play. "Hari ini, dengan perhatian kami telah beralih kepada edisi seterusnya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua juara yang memenangi anugerah ini dan semua orang yang telah menyumbang kepada kejayaan Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play XXVI."

Kategori dan pemenang Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play XXVI ialah: 

  •  Kategori: Carriera Fair Play (Kerjaya dalam Keadilan Permainan) — ROBERTO DONADONI
  •  Kategori: Keadilan Permainan — MASSIMO AMBROSINI
  •  Kategori: Lo sport oltre lo sport (Sukan Menjangkaui Sukan) — GIACOMO BERTAGNOLLI dan ANDREA RAVELLI
  •  Kategori: Il Gesto (Gerak Isyarat) — MARCELO BIELSA
  •  Kategori: Sport e vita (Sukan dan Kehidupan) — CASEY STONER
  •  Kategori: Una vita per lo sport (Pencapaian Seumur Hidup dalam Sukan) — MARCO BRACCI
  •  Kategori: Personaggio mito (Tokoh Legenda) — IAN THORPE
  •  Kategori: SUSTENIUM Energia e Cuore - Personaggio mito (Tenaga dan Jiwa SUSTENIUM - Tokoh Legenda) —     FEDERICA PELLEGRINI
  •  Kategori: Anugerah Khas Paolo Rossi Modello per i giovani (Model Peranan Belia) — FABRIZIO RAVANELLI
  •  Kategori: I valori sociali dello sport (Nilai Sosial dalam Sukan) — VITO DELL'AQUILA
  •  Kategori: Promozione dello sport (Promosi Sukan) — ALESSANDRA PERILLI
  •  Kategori: Un sorriso per la vita (Senyuman Sepanjang Hayat) — TANIA CAGNOTTO
  •  Kategori: I valori educativi dello sport (Nilai Pendidikan dalam Sukan) — STEFANIA CONSTANTINI
  •  Kategori: Anugerah Khas Franco Lauro Narrare le emozioni (Menceritakan Emosi) — GIORGIO PORRÀ
  •  Kategori: Anugerah Khas Fiamme Gialle Studio e Sport (Belajar dan Sukan) — BEATRICE CORADESCHI

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1855889/Menarini_Ian_Thorpe.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1855890/Menarini_Federica_Pellegrini.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1855891/Menarini_Casey_Stoner.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1855892/Menarini_Tania_Cagnotto.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1855893/Menarini_Massimo_Ambrosini.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1855894/Menarini_XXVI_Edition.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1855895/Menarini_Fair_Play_XXVI_Logo.jpg?p=medium600

Federica Pellegrini, XXVI edition Fair Play Menarini International Award
Federica Pellegrini, XXVI edition Fair Play Menarini International Award

 

Casey Stoner, XXVI edition Fair Play Menarini International Award
Casey Stoner, XXVI edition Fair Play Menarini International Award

 

Tania Cagnotto, XXVI edition Fair Play Menarini International Award
Tania Cagnotto, XXVI edition Fair Play Menarini International Award

 

Massimo Ambrosini, XXVI edition Fair Play Menarini International Award
Massimo Ambrosini, XXVI edition Fair Play Menarini International Award

 

XXVI edition Fair Play Menarini International Award 
XXVI edition Fair Play Menarini International Award 

 

Source: Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Awards