omniture

Pengimbas Laser Fokus3D X 330 Baharu FARO: Instrumen Terbaik bagi Dokumentasi 3D dan Ukur Tanah

FARO Technologies, Inc.
2013-10-09 10:47 212

LAKE MARY, Florida, 9 Oktober, 2013 /PRNewswire/ -- FARO Technologies, Inc. (NASDAQ: FARO), sumber yang paling dipercayai di dunia untuk pengukuran 3D, pengimejan dan teknologi kesedaran mengumumkan hari ini pelancaran Pengimbas Laser Fokus3D X 330 baharu FARO.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110415/MM84316LOGO )

Fokus3D X 330 baharu ini dibangunkan atas kejayaan Fokus3D dan melebihi model sebelumnya berdasarkan fungsi dan prestasinya. Dengan kehebatan hampir tiga kali lebih tinggi daripada model sebelumnya, Fokus3D X 330 boleh mengimbas objek sehingga 330 meter dan dalam cahaya matahari terus. Dengan penerima GPS bersepadu, pengimbas laser ini mampu untuk menghubungkan imbasan individu pada pemprosesan selepas dan menjadikannya sesuai bagi aplikasi berasaskan ukur.

Di samping itu, kualiti imbasan Fokus3D X 330  telah dipertingkatkan dan bunyinya telah dikurangkan serta menyediakan model tiga dimensi yang tepat dalam gaya fotorealistik. Kemajuan dalam prestasi ini tetap hadir dengan ciri-ciri keselamatan seperti Fokus3D X 330 termasuk Kelas 1 laser "mata selamat".

"Beratnya yang minimum, saiz kecil, skrin sentuh, kad SD dan jangka hayat bateri selama 4.5 jam membuatkan Fokus3D X 330 lebih hebat dan mudah untuk digunakan," kata Dr. Bernd Becker, Ketua Pegawai Teknologi Strategi untuk Fokus3D X 330 baharu. "Tidak ada pembekal lain yang boleh menawarkan pencapaian teknikal seumpamanya."

Dengan kehebatan yang dipertingkatkan dan kualiti imbasannya, Fokus3D X 330 dapat memberi kemudahan dalam mengukur dan pemprosesan selepasnya. Data imbasan 3D boleh diimport ke dalam semua penyelesaian perisian yang biasa digunakan bagi pembinaan semula kawasan kemalangan, seni bina, kejuruteraan awam, pembinaan, forensik, industri pembuatan dan tanah ukur. Dimensi jarak, kawasan dan pengiraan isipadu, analisis dan tugas-tugas pemeriksaan dan dokumentasi boleh dijalankan dengan cepat, tepat dan boleh dipercayai.

Tentang FARO

FARO merupakan sumber yang paling dipercayai di dunia untuk pengukuran 3D, pengimejan dan teknologi kesedaran. Syarikat tersebut membangun dan memasarkan ukuran bantuan komputer dan peranti pengimejan dan juga perisian. Teknologi FARO membolehkan ketepatan pengukuran 3D, pengimejan dan perbandingan bahagian dan struktur yang kompleks dalam proses yang dijamin pengeluaran dan kualitinya. Peranti-peranti ini digunakan untuk memeriksa komponen dan pemasangan, perancangan pengeluaran, dokumentasi ruang dengan jumlah yang besar atau struktur dalam 3D, pengukuran dan pembinaan, serta untuk siasatan dan binaan semula tempat kemalangan atau tempat kejadian jenayah.

Kira-kira 15,000 pelanggan di seluruh dunia menggunakan lebih daripada 30,000 pemasangan sistem FARO. Ibu pejabat global Syarikat ini terletak di Lake Mary, Florida, ibu pejabat Eropah di Stuttgart, Jerman dan ibu pejabat Asia/Pasifik di Singapura. FARO mempunyai cawangan di Brazil, Mexico, Jerman, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Poland, Belanda, Turki, India, China, Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand, Korea Selatan dan Jepun.

Maklumat lanjut: http://www.faro.com

 

Source: FARO Technologies, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:FARO
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Computer Accessories New products/services