omniture

Meritus Hotels & Resorts Memenangi Anugerah Jenama Warisan SPBA untuk Tahun Ketiga Berturut-turut

Meritus Hotels & Resorts
2013-10-09 11:05 138

SINGAPURA, 9 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Meritus Hotels & Resorts menerima Anugerah Jenama Prestij Singapura (SPBA) dalam kategori Jenama Warisan semasa Upacara Penyampaian SPBA 2013 yang baru sahaja berakhir. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut jenama hospitaliti ikonik Asia itu dianugerahkan penghormatan ini.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/07/2013100717180825229.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/12/09/20111209194931399475-l.jpg )

Dimulakan pada tahun 2002, SPBA mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada jenama Singapura yang menunjukkan kecemerlangan dalam inisiatif penjenamaan. Program anugerah itu telah memantapkan kedudukannya sebagai tanda berprestij untuk kejayaan penjenamaan yang ingin dicapai oleh para pemilik jenama tempatan. Kategori Jenama Warisan memberi penghargaan kepada jenama tempatan yang terus mengamalkan amalan jenama yang mengagumkan selama lebih 30 tahun. Para penerima anugerah melalui penilaian dan pemilihan yang teliti berdasarkan warisan dan identiti jenama, cetakan biru strategik jenama, dan pembangunan serta prestasi jenama.  

Menghadirkan diri semasa Upacara Penyampaian untuk menerima anugerah bagi pihak Meritus Hotels & Resorts ialah En. Chong Kee Hiong, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Dana Pelaburan Harta Tanah (REIT) Hospitaliti OUE. Hotel pertama Meritus, Mandarin Orchard Singapore, adalah sebahagian daripada portfolio aset awal bagi Dana Hospitaliti OUE.

"Kami berbesar hati untuk menerima Jenama Warisan SPBA untuk tahun ketiga berturut-turut," menurut komen En. Chong. "Penjenamaan ialah proses yang berterusan, dan setiap pengiktirafan datang sejajar dengan tanggungjawab penting sesebuah jenama untuk terus menginovasi dan mencipta nilai selaras dengan keperluan dan permintaan pelanggan yang berubah-ubah. Di Meritus, kami sentiasa mencari cara baharu bagi memberikan yang terbaik dalam hospitaliti Asia kepada para tetamu kami melalui tawaran produk dan perkhidmatan yang dipertingkat yang menetapkan tanda aras dalam industri hospitaliti tempatan."

Meritus Hotels & Resorts ialah jenama hospitaliti yang memenangi anugerah dan mendapat inspirasi daripada kekayaan warisan Asianya, lantas memberikan para tetamunya layanan Asia yang beradab sopan, mesra dan lemah-lembut selama lebih 40 tahun. Hotel dan resort Meritus terletak di kedudukan strategik dalam bandar penting dan destinasi resort indah di Singapura, Malaysia, Tanah Besar China dan Indonesia. Meritus berbangga menjadi penerima Anugerah Jenama Warisan SBPA pada tahun 2011 dan 2012. Jenama itu juga dipetik sebagai Pemenang Global untuk Rangkaian Hotel Mewah di Anugerah Kembara Mewah Dunia 2013, dan Syarikat Paling Dikagumi dalam kategori Pertumbuhan dan Inovasi di Anugerah Perniagaan ASEAN 2012.

Bagi maklumat lanjut tentang Meritus Hotels & Resorts, lawati www.meritushotels.com.

Hubungan Akhbar:
Janice Azupardo
Naib Presiden Rantau, Penjenamaan & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
DID: +65-6831-6385
E-mel: janice.azupardo@meritushotels.com

Source: Meritus Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards