- Penyertaan Syarikat-syarikat Baharu di MWC termasuk Ericsson, Etisalat, Google, IBM, Microsoft dan Ooredoo
LONDON, 9 Okt., 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan bahawa para peneraju daripada America Movil, Jasper Wireless, KDDI, Millicom, SK Planet, Tele2 dan WhatsApp disahkan untuk menyampaikan ucap utama di Kongres Sistem Mudah Alih Dunia GSMA 2014. Syarikat itu juga turut mengumumkan peserta dan penaja terkini, serta rakan-rakan kongsi baharu yang menyertai pelbagai Program yang Disediakan dalam Kongres Sistem Mudah Alih Dunia. Kongres ini akan berlangsung pada 24-27 Februari 2014 di Fira Gran Via, Barcelona.
"Seperti biasa, program persidangan Kongres Sistem Mudah Alih Dunia ini akan mewujudkan dialog sekitar isu-isu paling mendesak yang dihadapi oleh industri mudah alih di peringkat global," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran. "The pemberi ucap utama juga telah mengesahkan kehadiran mereka ke acara 2014 ini bagi mewakili seluruh ekosistem mudah alih yang semakin berkembang dari pelbagai geografi di seluruh dunia. Kongres ini turut menawarkan perspektif yang unik dan wawasan baharu kepada para peserta terhadap perkara-perkara yang membentuk masa depan industri mudah alih. Kami berharap untuk melihat para peneraju ini dapat menyebarkan pengaruh di Barcelona. "
Pemberi Ucap Utama Baharu di Kongres Sistem Mudah Alih Dunia
Terdapat penambahan dalam senarai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Eksekutif Kanan beberapa syarikat terkemuka bagi seluruh ekosistem mudah alih yang telah mengesahkan kehadiran mereka baru-baru ini bagi memberi ucap utama di Kongres Sistem Mudah Alih Dunia, termasuklah :
Senarai individu yang pernah memberi ucap utama termasuklah:
Program ucap utama akan menekankan topik seperti "Mobile Operators: New Strategies for Growth," "Mobile, Disrupted: Challenging the State of Play," "The Connected Lifestyle: Transforming Industries," dan "Up Close and Personal: Mobile Identity and Big Data." Di samping itu, persidangan ini turut memberi ruang kepada sesi mengenali prestasi dengan mendalam berkenaan subjek seperti transformasi perniagaan, kehidupan terhubung, data analisis, perkembangan pasaran, alat-alat peranti, komunikasi masa depan, kepintaran rangkaian, perdagangan dan pembayaran melalui sistem mudah alih, identiti dan kerahsiaan mudah alih, rangkaian ekonomi dan pengoptimumam rangkaian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.mobileworldcongress.com/conference.
Pameran Inovasi Sistem Mudah Alih
GSMA turut mengumumkan pertambahan beberapa syarikat lain yang akan turut serta dalam Kongres Sistem Mudah Alih Dunia termasuk Ericsson, Etisalat, Fujitsu, Google, HP, IBM, Microsoft, Ooredoo and PriceWaterhouseCoopers. Syarikat-syarikat ini, berserta Acer, Alcatel-Lucent, Deutsche Telekom, Ford Motor Company, HTC, Huawei, Intel, LG, MasterCard, Mozilla, NEC, Nokia, Nokia Solutions and Networks, Oracle, Samsung, SAP, Sony Mobile Communications, Telefonica, Visa, Vodafone dan ZTE antara 1,700 organisasi yang terlibat dalam pameran inovasi di Kongres berkaitan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.mobileworldcongress.com/exhibition.
Rakan Kongsi Baharu dan Penaja Kongres Sistem Mudah Alih Dunia
GSMA mengumumkan beberapa rakan-rakan kongsi baharu yang akan menyertai pelbagai Program Utama di Kongres tersebut yang mengutamakan kepentingan dan keperluan hadirin tertentu, termasuk Acara bagi Rakan Kongsi dan Persidangan Pemaju Aplikasi. Microsoft telah mengesahkan kehadirannya sebagai Penaja Sokongan Aplikasi Planet dan Fastback Network manakala Projek Rubicon pula menyertai Acara bagi Rakan Kongsi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai semua Program Utama di Kongres Sistem Mudah Alih Dunia, sila layari http://www.mobileworldcongress.com/featured-programmes/.
Ooredoo juga telah disahkan sebagai Penaja Rasmi bagi Program Kementerian 2014 yang turut menjadi Penaja Rasmi Tata Consultancy Services. Program Kementerian 2014 akan mengkaji dasar paradigma baharu bagi polisi menguruskan rangkaian dan memudahkan pelaburan yang akan berlangsung pada 24-26 dan Februari dijangka akan menarik delegasi daripada 145 buah negara dan pertubuhan antara kerajaan.
Penyertaan Anugerah Sistem Mudah Alih Global Kini Dibuka
Anugerah Tahunan Sistem Mudah Alih Global ke-19 yang akan memberi penghormatan kepada kecemerlangan dan inovasi bagi seluruh industri mudah alih, kini dibuka untuk penyertaan sehingga hari Jumaat, 29 November, 2013. Para pemenang akan diumumkan pada hari Selasa, 25 Februari, 2014 di Kongres Sistem Mudah Alih Dunia. Anugerah ini adalah terbuka kepada syarikat-syarikat di seluruh ekosistem mudah alih dan penyertaan boleh dilakukan secara dalam talian. Senarai penuh kategori, tarikh akhir dan kriteria anugerah boleh didapati di www.globalmobileawards.com.
Kongres Sistem Mudah Alih Dunia adalah asas pada Modal Sistem Mudah Alih Dunia yang diadakan di Barcelona pada tahun 2013 hingga 2018. Modal Sistem Mudah Alih Dunia merangkumi program-program dan aktiviti-aktiviti yang sepanjang tahun dan akan memberi manfaat bukan sahaja untuk warga Barcelona, Catalonia dan Sepanyol, malah kepada industri mudah alih di seluruh dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Modal Sistem Mudah Alih Dunia, layari www.mobileworldcapital.com.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyertaan, pameran dan penaja Kongres Sistem Mudah Alih Dunia, sila layari www.mobileworldcongress.com.
Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali sistem mudah alih di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 220 buah negara. GSMA menyatukan hampir 800 operator mudah alih seluruh dunia dengan 250 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk telefon bimbit dan pembuat alat-alat peranti, syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat-syarikat Internet, serta organisasi bagi sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga menganjurkan pelbagai acara industri terkemuka seperti Kongres Sistem Mudah Alih Dunia dan Ekspo Sistem Mudah Alih Asia.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web GSMA korporat di www.gsma.com.Ikut GSMA di Twitter: @GSMA.