omniture

DataCash Integrasikan Rangkaian Global Wawasan MasterCard bagi Penyelesaian Pengurusan Penipuan Bantu Pedagang dan Bank Tangani Penipuan e-Commerce

DataCash
2013-10-09 22:15 92

LONDON, 9 Oktober, 2013 /PRNewswire/ --

Pedagang, Bank dan Rakan Teknologi Memanfaatkan Potensi bagi Mengurangkan Kos Penipuan dan Mengoptimumkan Kelulusan Perintah Tulen

Pembekal perkhidmatan pembayaran global, DataCash, sebuah syarikat MasterCard, hari ini mengumumkan bahawa industri ini menawarkan penyelesaian pengurusan penipuan yang dikenali sebagai GateKeeper:2.0 menggabungkan Sistem Pakar Pemantauan Penipuan Pemarkahan MasterCard untuk Pedagang dan juga Senarai Akaun API Kehilangan/Kecurian MasterCard.  

DataCash itu Gatekeeper: 2.0 adalah yang pertama menawarkan penyelesaian pengurusan penipuan dan menghubungkan terus kepada Senarai Akaun API Kehilangan/Kecurian MasterCard yang boleh merujuk silang lebih daripada 30 juta kad yang hilang dan dicuri di seluruh dunia bagi membantu pedagang dalam talian mengesan penipuan.

Sistem Pakar Pemantauan Penipuan Pemarkahan MasterCard untuk Pedagang juga mampu meningkatkan keupayaan pedagang dalam mengenal pasti sebarang penipuan. Dengan menggunakan sistem ini, MasterCard menyediakan pedagang dengan nilai ramalan penipuan yang sangat tepat bagi memberikan gambaran yang lebih luas dalam tingkah laku kad.

Penambahbaikan terhadap GateKeeper:2.0 DataCash memanfaatkan kekuatan rangkaian MasterCard dan data supaya Pedagang boleh mengesan dengan lebih tepat mana-mana transaksi penipuan, serta mengurangkan potensi menolak pelanggan yang tulen.

"Penyelesaian ini yang direka bagi membantu pedagang menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih cekap," kata Johan Gerber, Ketua Kumpulan, Pemprosesan Produk MasterCard. " Integrasi Gatekeeper: 2.0 DataCash menjadikan ia satu platform penyelesaian  penting dan tunggal bagi pedagang untuk mengurus dan melaksanakan strategi bagi mengesan penipuan."

Gatekeeper: 2.0 DataCash merupakan satu penyelesaian global yang menggunakan pelbagai teknologi canggih dan inovasi dalam mengenal pasti penipuan dan sebarang risiko dengan ketepatan pin-point. Ia mampu memeriksa lebih 30 juta transaksi sebulan, melebihi 30,000 Pedagang di 180 buah negara seluruh dunia.

"Gatekeeper: 2.0 DataCash telah dibangunkan bersama-sama MasterCard untuk mengesan penipuan dan menguruskan risiko untuk pedagang ke tahap baharu yang membolehkan mereka untuk mengembangkan ke dalam pasaran geografi, industri dan saluran pembayaran digital baharu," kata Presiden DataCash, Ajay Bhalla. "Lapangan penipuan semasa sedang pesat berkembang dan ini akan dibantu oleh Gatekeeper:2.0 bagi mengesan dengan keupayaan tepat sama ada bayaran yang dibuat adalah palsu atau tulen dan juga membolehkan pedagang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka tanpa memikirkan risiko terhadap reputasi dan pendapatan mereka."

'Fraud Rahsia Pencegahan Penipuan bagi Mengembangkan Kejayaan' iaitu 'webinar' DataCash akan berlangsung pada Rabu 23 Oktober 2013 bagi menyediakan pedagang dengan strategi yang praktikal untuk memberi peluang yang lebih kukuh dalam merancang perkembangan kejayaannya ke pasaran geografi atau digital yang baru.

Tentang MasterCard

MasterCard (NYSE: MA), http://www.mastercard.com adalah sebuah syarikat teknologi dalam industri pembayaran global. Kami menguruskan rangkaian pemprosesan bayaran yang pesat di dunia, menghubungkan pengguna, institusi kewangan, pedagang, kerajaan dan perniagaan dengan lebih daripada 210 buah negara dan wilayah. Produk dan penyelesaian MasterCard membantu aktiviti perdagangan setiap hari, seperti membeli-belah, melancong, menjalankan perniagaan dan menguruskan kewangan dengan lebih mudah, lebih selamat dan lebih berkesan. Ikuti kami di Twitter @MasterCardNews, sertai perbincangan mengenai Cashless Pioneers Blog dan langgan berita terkini mengenai Engagement Bureau.

Tentang DataCash

Ditubuhkan pada tahun 1996, DataCash Group Ltd (sebahagian daripada MasterCard Incorporated) menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan global bagi pemprosesan bayaran dan pencegahan penipuan dan penyelesaian pengurusan risiko kepada pedagang-pedagang dan bank-bank. Sebagai rakan kongsi global bagi beberapa jenama yang paling dikenali di dunia dalam permainan, pelancongan, runcit dan sektor kewangan, DataCash menggabungkan pemikiran pintar dan penyelesaian berterusan untuk membantu pelanggan dalam mengatasi kerumitan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pemprosesan pembayaran. Teknologi canggih DataCash membolehkan pelanggan untuk menerima dan memproses bayaran dengan lebih 177 mata wang, lebih 45 jenama di seluruh e-dagang, saluran m-dagang dan saluran pemegang kad dengan sistem keselamatan dan berkeyakinan bagi memenuhi keperluan dan mengembangkan perniagaan. Pelanggan DataCash melindungi jenama dan reputasi mereka, meningkatkan pengalaman pengguna akhir dan mengambil peluang daripada pasaran global yang baharu.

Sumber: DataCash

 

 

Source: DataCash
Related Stocks:
NYSE:MA
Keywords: Banking/Financial Service New products/services