omniture

PSP Investments bekerjasama dengan WSP untuk melancarkan satu analisis iklim yang komprehensif bagi lebih 3 juta hektar tanah kayu balak dan tanah ladang

PSP Investments
2022-07-11 21:00 174
  • Projek tersebut menyokong komitmen PSP Investments untuk mempercepat pengurangan intensiti gas rumah hijau dalam portfolio Sumber Aslinya dan mengoptimum potensi pengurangan karbonnya. 

MONTRÉAL, 11 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Public Sector Pension Investment Board (PSP Investments), salah satu pengurus pelaburan pencen terbesar di Kanada, telah bekerjasama dengan kumpulan rundingan iklim dan kejuruteraan terkemuka di dunia iaitu WSP untuk menjalankan analisis iklim yang terperinci bagi portfolio Sumber Asli ("NR") Globalnya.

Analisis ini akan dijalankan bersama-sama dengan rakan kongsi operasi tempatan PSP Investments yang melibatkan lebih 3 juta hektar tanah ladang dan tanah kayu balak di lebih 400 hartanah berbeza di enam buah negara. Ia akan merangkumi pelbagai jenis tanaman termasuk kayu balak, pokok kekacang, ladang anggur, buah-buahan, bijirin, kapas dan protein haiwan.

Objektif  utama

Objektif pertama analisis ini adalah untuk mewujudkan garis dasar di seluruh portfolio PSP Investments bagi pelepasan gas rumah hijau NR (skop 1 dan 2) menggunakan data peringkat ladang. Maklumat ini akan menyokong pembangunan dan pelaksanaan hala tuju penyahkarbonan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mewujudkan pelan peralihan berasaskan sains yang kukuh untuk syarikat-syarikat portfolio.

Objektif kedua adalah untuk menentukan keupayaan kepadatan susunan aset NR milik PSP Investments dalam kumpulan karbon yang berbeza (cth., karbon biojisim dan karbon organik tanah). Usaha ini akan memanfaatkan kajian akademik, pengetahuan pakar pihak ketiga dan pengalaman di lapangan bagi pasukan pengurusan tempatan untuk membangunkan metodologi yang kukuh serta menentukan sumber data yang sesuai untuk mengukur dan melaporkan penyingkiran dan penyimpanan karbon dioksida biogenik secara konsisten.

Analisis iklim WSP akan disepadukan dengan lancar ke dalam penyertaan PSP Investments dalam sebuah program rintis iaitu Piawaian Pengurusan Tanah Ladang yang diketuai oleh Leading Harvest, sebuah organisasi bukan untung yang memberi tumpuan kepada pertanian lestari. Piawaian Pengurusan Tanah Ladang, iaitu sebuah program jaminan pihak ketiga, bermatlamat untuk menyeragamkan pengukuran dan pelaporan kelestarian di seluruh bidang pertanian dan pengeluaran makanan.

Marc Drouin, Pengarah Urusan Kanan merangkap Ketua Sumber Asli Global PSP Investments berkata: "Sebagai pelabur jangka panjang dan salah sebuah pelabur global terkemuka dalam bidang pertanian dan perkayuan, kami amat komited terhadap penambahbaikan amalan pertanian lestari kami yang berterusan di seluruh dunia. Aset tanah ladang dan perhutanan membawa potensi yang besar untuk menyokong usaha pengurangan dan penyesuaian iklim global, termasuklah melalui potensi kepadatan susunan karbon mereka. Projek rintis dengan WSP ini akan memberikan kami maklumat terperinci daripada setiap ladang yang kami perlukan untuk membantu platform kami memetakan laluan kepada sifar karbon di peringkat global."

Mel de Jager, Naib Presiden Perubahan Iklim, Ketahanan & Kelestarian WSP berkata: "Bagi WSP, peluang untuk bekerjasama dengan organisasi global seperti PSP Investments yang beroperasi merentasi pelbagai jenis tanaman, spesies kayu balak dan geografi, adalah unik dan menarik. Melalui usaha ini, kami bukan sahaja akan dapat membantu PSP Investments dan rakan kongsinya memahami sepenuhnya jejak pelepasan gas rumah hijau mereka, malah kami juga akan mempunyai peluang sebenar untuk memajukan pengetahuan tentang kepadatan susunan karbon ke atas tanah pertanian".

Komited terhadap kelestarian 

Analisis ini mengikuti pelancaran sulung Strategi Iklim PSP Investments dan dibina atas komitmennya yang berpanjangan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau melalui amalan pengurusan perladangan dan perkayuan lestari yang terbaik.

Tentang PSP Investments 

Public Sector Pension Investment Board (PSP Investments) ialah salah sebuah pengurus pelaburan pencen terbesar di Kanada dengan aset di bawah pengurusan bersih bernilai $230.5 bilion setakat 31 Mac 2022. Ia menguruskan pelbagai portfolio global yang terdiri daripada pelaburan dalam pasaran modal, ekuiti persendirian, hartanah, infrastruktur, sumber asli dan pelaburan kredit. Ditubuhkan pada tahun 1999, PSP Investments mengurus dan melabur jumlah yang dipindahkan kepadanya oleh Kerajaan Kanada untuk pelan pencen bagi Perkhidmatan Awam persekutuan, Angkatan Tentera Kanada, Polis Berkuda Diraja Kanada dan Pasukan Simpanan. Beribu pejabat di Ottawa, PSP Investments mempunyai pejabat perniagaannya yang utama di Montréal dan pejabat lain di New York, London dan Hong Kong. Untuk maklumat lanjut, sila layari investpsp.com atau ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.

Tentang WSP 

Sebagai salah sebuah firma perkhidmatan profesional terkemuka di dunia, WSP wujud untuk terus melestarikan bandar dan persekitaran. Kami menyediakan khidmat nasihat, kejuruteraan dan reka bentuk strategik kepada para pelanggan dalam sektor pengangkutan, infrastruktur, persekitaran, pembinaan, kuasa, tenaga, air, perlombongan dan sumber. Seramai 55,000 ahli profesional kami yang dipercayai bersatu dengan tujuan bersama untuk mewujudkan kesan positif dan berpanjangan terhadap komuniti yang menggunakan khidmat kami melalui budaya inovasi, integriti dan keterangkuman. Kelestarian dan sains menjadi teras dalam usaha kami. WSP memperoleh kira-kira separuh daripada pendapatannya yang bernilai CAB10.3 bilion pada tahun 2021 daripada sumber-sumber bersih. Saham Perbadanan ini disenaraikan di Bursa Saham Toronto (TSX: WSP). Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari wsp.com/en-CA

Hubungan Media: Maria Constantinescu, PSP Investments, Telefon: +1 (514) 218-3795, media@investpsp.ca; Andrew Macklin, WSP, Telefon: +1 (289) 835-2536, media_canada@wsp.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1856027/PSP_Investments_PSP_Investments_partners_with_WSP_to_launch_a_co.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1856260/PSP_Investments_PSP_Investments_partners_with_WSP_to_launch_a_co.jpg?p=medium600 

 

 

Source: PSP Investments
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology