omniture

UL Solutions Memperkenalkan Penilaian Larian Haba Penutup Bateri, iaitu Kaedah Ujian Pertama di UL untuk Membantu Menyaring Bahan Penutup Bateri Kenderaan Elektrik

UL Solutions
2022-07-12 04:29 116

Menggunakan satu kaedah ujian yang baru dibangunkan, para pengeluar automotif dan pembekal mereka boleh membandingkan prestasi pelbagai bahan dengan selamat untuk meningkatkan keselamatan bateri kenderaan elektrik. 

NORTHBROOK, Illinois, 12 Julai 2022 /PRNewswire/ -- UL Solutions, sebuah peneraju dunia dalam sains keselamatan gunaan, hari ini mengumumkan penilaian Larian Haba Penutup Bateri (BETR), iaitu kaedah ujian saringan bahan yang pertama di UL Solutions untuk menilai bahan penutup bateri kenderaan elektrik (EV). Penawaran ini berdasarkan UL 2596, Kaedah Ujian untuk Prestasi Haba dan Mekanikal Bahan Penutup Bateri, yang telah diterbitkan pada 27 Januari 2022 oleh organisasi UL Standards and Engagement.

With the Battery Enclosure Thermal Runaway Evaluation, UL Solutions is helping manufacturers navigate one of the e-Mobility industry's most complex challenges while meeting the market demand for innovative and trustworthy automotive products
With the Battery Enclosure Thermal Runaway Evaluation, UL Solutions is helping manufacturers navigate one of the e-Mobility industry's most complex challenges while meeting the market demand for innovative and trustworthy automotive products

Prestasi bateri sentiasa memberikan cabaran kepada kecekapan EV, ini kerana EV yang lebih berat — yang disebabkan oleh sistem bateri yang berat — membuatkan pengecasan menjadi lebih kerap dan masa pemanduan yang lebih singkat. Walau bagaimanapun, sistem penutup bateri memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan larian haba, satu risiko yang dikaitkan dengan bateri ion litium. Larian haba berlaku apabila sel ion litium memasuki keadaan pemanasan sendiri yang tidak terkawal yang boleh menghasilkan api, asap dan suhu yang sangat tinggi sambil mengeluarkan zarah yang berbahaya.

"Oleh kerana peelektrikan mobiliti terus berkembang, larian haba telah menjadi satu isu keselamatan yang penting dalam industri automotif dan telah meningkatkan perhatian tentang bagaimana bahan penutup optimum digunakan untuk perlindungan larian haba," kata Eric Bulington, Pengarah Pengurusan Produk dalam kumpulan Bahan Tereka Bentuk UL Solutions. "Dengan penawaran ini, kami membantu para pengeluar menavigasi salah satu cabaran paling kompleks dalam industri e-Mobiliti sementara memenuhi permintaan pasaran untuk produk automotif yang inovatif dan boleh dipercayai."

Metodologi ujian UL Solutions menilai prestasi bahan dengan mensimulasikan senario larian haba. Penilaian ini melibatkan pengujian plak bahan berbanding keseluruhan bahan pemasangan bateri, sekali gus mengurangkan kos pengujian dan masa pembangunan untuk para pengeluar resin dan pembekal bahan. Penilaian juga memberi tumpuan kepada penyaringan berbilang formula semasa penyelidikan dan pembangunan dilakukan untuk menyediakan peluang kepada pengeluar bahan bagi menawarkan penyelesaian kepada pengeluar peralatan asal (OEM) yang memenuhi keperluan mereka sambil turut mempertimbangkan prestasi antara bahan.

"UL Solutions mempunyai sejarah yang panjang dalam kepemimpinan pemikir yang melibatkan semua bentuk dan saiz bateri, maka wajarlah untuk kami meneruskan legasi tersebut ke atas bateri EV," kata Bulington. "Dengan penawaran ini, UL Solutions menangani kebimbangan industri dengan menyediakan penyelesaian ujian dan nasihat kepada OEM dan pembekal automotif serta pengeluar komponen dan sistem automotif untuk memenuhi pelbagai piawaian dan peraturan."  

Tentang UL Solutions

Peneraju global dalam bidang sains keselamatan gunaan, UL Solutions mengubah cabaran keselamatan, pelindungan dan kelestarian menjadi peluang untuk para pelanggan di lebih 100 buah negara. UL Solutions memberikan perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan, bersama-sama dengan produk perisian dan penawaran nasihat yang menyokong inovasi produk dan pertumbuhan perniagaan pelanggan kami. Tanda Pensijilan UL berfungsi sebagai simbol kepercayaan yang diiktiraf dalam produk pelanggan kami dan mencerminkan komitmen yang teguh untuk memajukan misi keselamatan kami. Kami membantu para pelanggan kami berinovasi, melancarkan produk dan perkhidmatan baharu, memandu arah pasaran global dan rantaian bekalan yang kompleks serta berkembang ke masa hadapan secara lestari dan bertanggungjawab. Ilmu sains kami adalah kelebihan anda.

Hubungan akhbar: 
Steven Brewster
UL Solutions
ULNews@UL.com
1+847.664.8425

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1856126/UL_Solutions_New_Battery_Evaluation.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1849892/UL_Solutions_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: UL Solutions
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services