omniture

DataCash Umumkan Kerjasama Global Bersama Swiff Sediakan Penyelesaian Jualan Poin Label Putih Mudah Alih kepada SME melalui Rakan Kongsi Bank

Datacash
2013-10-09 23:38 122

LONDON, 9 Oktober, 2013 /PRNewswire/ --

Rakan-rakan perbankan mendapat manfaat daripada penyelesaian inovatif pembayaran kad m-dagang bagi merealisasikan pembayaran digital sebagai asas peniaga SME.

DataCash, sebuah syarikat MasterCard, hari ini mengumumkan satu perkongsian baharu dengan Swiff,, satu jenama utama daripada Kumpulan SCCP yang menyediakan penyelesaian label putih mPOS kepada rakan kongsi bank yang mempertingkatkan kemudahan pembayaran 'cepat untuk pasaran' sebagai portfolio mereka untuk pasaran SME global yang sedang berkembang.

Penyelesaian Pembayaran Swiff terdiri daripada pembaca pemalam kad 'dongle' yang selamat, serasi dengan telefon pintar dan tablet termasuk Android dan peranti IOS. Ia turut disokong oleh aplikasi muat turun yang menghubungkan 'dongle' dan peranti web kepada gerbang pembayaran DataCash iaitu satu penyelesaian yang memudahkan pengesahan pembayaran di mana-mana sahaja. Peniaga SME kemudiannya dapat menerima transaksi bank yang dijamin termasuk MasterCard, Visa, American Express, Diners dan JCB daripada peranti mereka (Lihat bagaimana ia berfungsi video di sini).

Bank-bank boleh mengguna pakai penyelesaian teknologi dari luar ini di samping dapat mengekalkan konsisten kualitinya. Dalam masa yang sama, pelanggan SME boleh mengembangkan pilihan penerimaan pembayaran mereka dan menjana kredit tanpa tunai dan urus niaga kad debit dalam persekitaran pembayaran yang berpatutan, selamat dan terjamin.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan DataCash bagi memberikan mekanisme pembayaran digital inovatif dan memastikan bahawa bank dan pedagang mereka mendapat manfaat daripada pengalaman pembayaran yang dipercayai, kukuh dan selamat ini." - Etienne van den Bogaert, Ketua Pegawai Teknologi di Swiff.

Pasaran SME terus menjadi segmen pertumbuhan yang penting bagi ekonomi dunia yang mewakili 350 juta perniagaan di seluruh dunia[1] dengan nilai pasaran sebanyak $ 698 Billion[2] dan pertumbuhan tahunan purata pada 13.8%[2] dan potensi perbelanjaan kad berdasarkan $ 5,1 trilion[3]. Ia turut memastikan SME mempunyai akses kepada instrumen pembayaran paling mudah, selamat dan praktikal untuk mengekalkan perdagangan yang selamat dan mempercepatkan pertumbuhannya, merupakan strategi penting dalam DataCash untuk menggalakkan pengalaman pembayaran digital yang dipertingkatkan untuk semua orang, di mana-mana sahaja.

"Sebagai sebuah syarikat MasterCard, kami amat komited bagi menyampaikan dan menyokong teknologi pembayaran yang paling inovatif dan kerjasama kami dengan Swiff adalah buktinya. Teknologi baharu ini saling menguatkan perkhidmatan Gerbang Pembayaran Label Putih untuk rakan kongsi global kami dan terus menggunakan pembayaran digital dalam segmen penting SME. "- Ajay Bhalla, presiden DataCash

Perkhidmatan Gerbang Pembayaran Label Putih daripada DataCash?

Dibawakan oleh DataCash, penawaran label putih membolehkan bank-bank global dan pemproses untuk memanfaatkan faedah Gerbang Pembayaran DataCash yang kini digunakan oleh beberapa jenama yang paling dikenali di dunia dalam bidang permainan, pelancongan, peruncitan dan sektor kewangan.

Perkhidmatan Label Putih akan membolehkan bank-bank dan pemproses untuk mengekalkan kawalan yang lebih besar dalam aliran rantaian nilai e/m-dagang dengan menawarkan pelbagai kemudahan kepada pedagang. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Tentang DataCash

Ditubuhkan pada tahun 1996, DataCash Group Ltd (sebahagian daripada MasterCard Incorporated) menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan global bagi pemprosesan bayaran dan pencegahan penipuan dan penyelesaian pengurusan risiko kepada peniaga-peniaga dan bank-bank. Sebagai rakan kongsi global bagi beberapa jenama yang paling dikenali di dunia dalam permainan, pelancongan, runcit dan sektor kewangan, DataCash menggabungkan pemikiran pintar dan penyelesaian berterusan untuk membantu pelanggan dalam mengatasi kerumitan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pemprosesan pembayaran. Teknologi canggih DataCash membolehkan pelanggan untuk menerima dan memproses bayaran dengan lebih 177 mata wang, lebih 45 jenama di seluruh e-dagang, saluran m-dagang dan saluran pemegang kad dengan sistem keselamatan dan berkeyakinan bagi memenuhi keperluan dan mengembangkan perniagaan. Pelanggan DataCash melindungi jenama dan reputasi mereka, meningkatkan pengalaman pengguna akhir dan mengambil peluang daripada pasaran global yang baharu.

Tentang Swiff oleh Kumpulan SCCP

Swiff adalah platform pembayaran label putih mudah alih yang pertama di dunia yang menawarkan keselamatan standard bank yang dipatenkan. Melalui penyelesaian m-dagang Swiff ini (Swiff Pay, mWallet Swiff, Pengesahan Swiff, dll) teknologi inovatif dan unik ini menyediakan institusi kewangan dan peniaga dengan alatan dalam melaksanakan strategi mudah alih yang membolehkan transaksi bank tahap selamat dan disahkan.

Nota kaki

[1] Moya Marsh, 2011
[2] Glenbrook 2011
[3] Kaiser Associates 2011

Sumber: DataCash

Source: Datacash
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements