omniture

Festival Muzik Landskap Asli Jiande 2022 diadakan di Jiande, Hangzhou Acara tersebut, diadakan pada malam musim panas dengan cuaca sempurna, melabuhkan tirai dengan jayanya

FM96.8
2022-07-12 11:04 187

JIANDE, China, 12 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada sebelah malam 9 Julai, majlis perasmian Festival Kebudayaan dan Pelancongan Sungai Xin'an Jiande 17℃ China kali ke-20, dianjurkan oleh stesen radio popular Zhejiang, FM96.8 dan dibawakan bersama Festival Muzik Landskap Asli Jiande 2022, berlangsung di Bandar Penerbangan Jiande Hangzhou. Keindahan puitis landskap Jiande ditonjolkan dengan penganjuran acara tersebut pada malam musim panas yang sempurna diiringi oleh angin sepoi-sepoi bahasa.

Festival muzik musim panas berkenaan berlangsung di halaman berumput yang luas di Bandar Penerbangan Jiande, lalu mewujudkan suasana waktu malam yang romantis.

Semasa majlis perasmian, pihak penganjur mengadakan pembentangan, bertema "Jiande Boleh Didiami demi Kemakmuran Bersama", mengenai apa yang ditawarkan di dalam dan sekitar Jiande untuk pengunjung yang berminat. Pembentangan berkenaan termasuk penerangan tentang 21 lawatan berjalan kaki di kawasan ini, dengan sesuatu yang tersedia untuk setiap jenis minat termasuk lawatan yang memfokuskan kepada budaya tempatan, sorotan pelancongan kawasan ini, sukan, apa yang menyeronokkan untuk dilakukan di Jiande dan apa yang berbaloi dibeli di sana. Pembentang turut meluangkan masa beberapa minit untuk menyemak sorotan edisi-edisi terdahulu acara tersebut.

Acara tersebut bermula dengan pertunjukan dron kupu-kupu yang mengagumkan.

Festival Muzik Landskap Asli Jiande 2022 membawakan 10 karya muzik asli terbaik yang telah dipilih oleh panel pakar. Pemilihan tersebut merupakan hasil daripada proses selama enam bulan yang bermula dengan 325 penyertaan yang melaluinya 50 dipilih dalam pusingan pertama dan kemudian 20 dalam pusingan kedua. 10 pemenang terbaik dipilih daripada 20 finalis. Beberapa orang ahli muzik menunjukkan rasa kasih mereka terhadap Jiande serta landskap uniknya dengan mencipta beberapa genre muzik lagu tentang bandar peringkat daerah ini termasuk lagu rakyat, rap dan R&B. Satu sumbangan menonjol kerana liriknya "Saya pernah mendengar tentang sebuah tempat yang digelar Jiande dan landskapnya yang terkenal, bunga plum yang jatuh berguguran, sukar diungkapkan dengan kata-kata, keindahan Daciyan dan Lembah Kekasih yang mengagumkan…"

Dengan mencipta lagu-lagu asli tentang Jiande, para pemuzik bukan sahaja meraikan keindahan puitis dan vitaliti bandar ini serta wilayah Zhejiang, tetapi turut menonjolkan keramahan penduduk kawasan ini yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung dengan penuh mesra dari serata dunia. Semua yang hadir dapat mengasyikkan diri mereka dengan festival muzik menarik yang bagaikan mimpi malam pertengahan musim panas.

 

Source: FM96.8
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Music Travel Trade show news