omniture

Omdia: Kapasiti penggunaan pembuat paparan global diunjurkan akan menurun kepada 73% dalam suku ke-3 tahun 2022

Omdia
2022-07-12 12:04 61

LONDON, 12 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Penggunaan kapasiti pembuat paparan global dijangka menurun kepada 73% pada suku ke-3 tahun 2022; rekod yang rendah untuk sektor ini sejak tahun 2012 mengikut ramalan terkini daripada 'Penjejak Pengeluaran & Inventori Paparan - Jun 2022 oleh Omdia.

Panel makers' monthly fab utlization plan
Panel makers' monthly fab utlization plan

Harga panel TV LCD telah menjunam ke paras terendah baharu pada bulan Jun, kerana pembuat TV merasakan tekanan untuk terus mengurangkan permintaan panel mereka bagi suku ke-2 tahun 2022 dan mengecilkan lagi rancangan pembelian panel untuk suku ke-3 tahun 2022. Samsung baru sahaja membuat keputusan untuk menghentikan permintaan daripada pertengahan bulan Jun dan mengelakkan daripada menyimpan inventori yang tinggi dalam rangkaian tersebut. Keputusan ini mungkin akan berlaku di seluruh industri paparan. 

Sebagai tindak balas kepada perubahan yang kukuh Samsung dalam strategi paparan dan penyumberan komponen serta kerugian kewangan yang semakin meningkat dalam perniagaan panel TV, pembuat panel tidak mempunyai pilihan yang lebih baik selain daripada untuk mengurangkan kadar penggunaan fab mereka secara signifikan bermula bulan Jun.

Menurut Penjejak Omdia,  penggunaan purata bulanan pembuat panel pada bulan Jun dan Julai 2022 dijangka akan menurun kepada 70% dan 69% berbanding keseluruhan kapasiti yang direka bentuk masing-masing, yang merupakan tahap terendah dalam tempoh 10 tahun. Sejarah yang pernah direkodkan sebelum ini adalah sebanyak 77% pada bulan Februari 2020, apabila isu lebihan bekalan mempengaruhi pasaran dan sejurus sebelum pandemik memberikan kesan besar ke atas jualan.

Penggunaan purata suku tahunan dalam suku ke-2 tahun 2022 dijangka akan turut direkodkan pada kadar yang rendah, pada 77% dan diunjurkan akan menurun hingga 73% dalam suku ke-3 tahun 2022.

Alex Kang, Penganalisis Utama Omdia berkata: "Penurunan dalam penggunaan secara langsung menyumbang kepada kos tetap yang lebih tinggi dan akhirnya mengakibatkan kos pengeluaran meningkat dan berlaku pengurangan keuntungan, itulah sebabnya pengeluar cuba sedaya upaya untuk mengelakkannya. Hakikat bahawa pembuat panel telah memilih untuk mengurangkan penggunaan walaupun penurunan dalam pengeluaran dan keuntungan menunjukkan bahawa kejatuhan harga semasa adalah terlalu ketara dan bahawa pembuat panel cuba untuk menghentikan keuntungan daripada terus merosot."

Tentang Omdia

Omdia ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat terkemuka yang memberi tumpuan kepada industri teknologi. Dengan pelanggan yang beroperasi di lebih 120 buah negara, Omdia menyediakan data, analisis, nasihat dan perundingan tersuai yang penting di pasaran.

Sila hubungi:
Fasiha Khan / Tel: +44 7503 666806 / E-mel: fasiha.khan@omdia.com

Sila layari Omdia 

Panel makers' quarterly fab utlization rate
Panel makers' quarterly fab utlization rate

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1854324/monthly_fab_utlization_plan.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1854325/quarterly_fab_utlization_rate.jpg?p=medium600

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Publishing/Information Service Television Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research