omniture

Organisasi-organisasi di Asia-Pasifik Paling Menerima Penggunaan Pembuatan Pintar Secara Global, Seperti Dilaporkan Dalam Laporan Keadaan Pembuatan Pintar 2022

Rockwell Automation
2022-07-12 14:19 193

Sembilan daripada sepuluh organisasi Asia-Pasifik percaya pembuatan pintar merupakan kunci kepada kejayaan masa depan perniagaan mereka, seperti yang didedahkan oleh Laporan Keadaan Pembuatan Pintar

SINGAPURA, 12 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Plex Systems, sebuah syarikat Rockwell Automation dan peneraju dalam penyelesaian pembuatan pintar disampaikan oleh awan, telah mengumumkan keputusan kajian tahunan ke-7, "The State of Smart Manufacturing Report" ("Laporan Keadaan Pembuatan Pintar"). Kajian berkenaan mendedahkan bahawa penggunaan pembuatan pintar semakin bertambah sebanyak 50% secara global pada tahun 2021 dan teknologi-teknologi baharu ini kini dapat menangani cabaran yang kritikal dalam industri ini. Organisasi-organisasi Asia-Pasifik (APAC) (93%) mendapati pembuatan pintar sebagai "sangat" atau "terlalu" penting untuk kejayaan masa depan, berbanding Amerika Utara (NA) (84%) dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) (75%).

Mencerminkan sikap optimistik mereka terhadap pembuatan pintar, kebanyakan organisasi APAC melaporkan rangka masa yang lebih singkat – "dalam 7 hingga 11 bulan akan datang" – untuk menerima pakai penyelesaian pembuatan pintar, berbanding dengan kebanyakan respons di NA dan EMEA iaitu "dalam tempoh 1-2 tahun akan datang".

Kajian global tersebut menyoal selidik lebih daripada 300 pengeluar dalam pelbagai industri termasuk automotif, aeroangkasa, makanan dan minuman, barangan elektronik, barangan pengguna, plastik dan getah, pembentukan logam jitu dan banyak lagi. Laporan tahun ini, yang dijalankan dengan kerjasama Hanover Research, menawarkan pandangan berharga berhubung trend, cabaran dan rancangan masa depan untuk pengeluar global.

"Laporan ini bertujuan untuk membantu pengeluar menanda aras strategi teknologi mereka dan menerapkan amalan terbaik pembuatan pintar agar kekal kompetitif dan berkembang maju," kata Jerry Foster, Ketua Pegawai Teknologi, Plex Systems. "Strategi teknologi berskala memungkinkannya untuk menerima pakai penyelesaian secara berperingkat-peringkat dan mencapai nilai dengan pantas. Tatkala pengeluar berusaha untuk memperkemas proses dan menyelesaikan cabaran hari ini, mereka meletakkan nilai yang signifikan pada penggunaan teknologi pintar bagi menangani dan meningkatkan hasil perniagaan sebenar."

Penemuan daripada laporan tersebut menunjukkan bahawa pandemik mendedahkan dan memburukkan lagi keadaan sedia ada dalam pembuatan. Kekurangan pekerja mahir, persaingan dan gangguan rantaian bekalan merupakan tiga cabaran utama yang dihadapi oleh organisasi-organisasi Asia-Pasifik lantaran pandemik. Justeru itu, sembilan daripada 10 responden APAC (93%) percaya bahawa pembuatan pintar merupakan kunci untuk kejayaan masa depan organisasi mereka.

"Sektor pembuatan Asia telah terjejas teruk oleh pandemik dan krisis global seperti pergolakan awam di Eropah timur. Sebagai hab global yang penting bagi pembuatan yang menyumbang sebanyak hampir separuh daripada pengeluaran pembuatan seluruh dunia[1], ekonomi Asia-Pasifik bergantung kepada sektor-sektor perindustrian mereka untuk memacu pemulihan pasca-pandemik," kata Steven Chiu, peneraju jualan Asia-Pasifik, Plex Systems.

"Penggunaan penyelesaian pembuatan pintar seperti teknologi berasaskan awan, telah menjadi keperluan bagi organisasi-organisasi APAC untuk terus kekal kompetitif dan berkembang maju. Penemuan dalam laporan tersebut menunjukkan bahawa organisasi-organisasi di rantau ini meletakkan nilai yang signifikan terhadap penggunaan teknologi sedemikian bagi menangani dan meningkatkan hasil perniagaan sebenar," tambah Chiu.

Penemuan penting tambahan termasuk:

  • Penggunaan pembuatan pintar semakin pesat di seluruh dunia. Menjelang penghujung tahun 2022, 75% organisasi akan menerima pakai beberapa komponen pembuatan pintar. Teknologi dan automasi memacu generasi pembuatan seterusnya dan penggunaan pembuatan pintar akan terus dipercepatkan pada tahun 2022.
  • Pandemik telah mempercepatkan penggunaan penyelesaian pembuatan pintar. Dari segi pelaburan, organisasi-organisasi APAC terutamanya merancang untuk melaksanakan automasi proses perniagaan, penguatkuasaan proses automatik dan perancangan rantaian bekalan.
  • Semua komponen pembuatan diiktiraf sebagai penting oleh lebih daripada separuh organisasi yang disoal selidik. Merentas wilayah-wilayah termasuk APAC, sistem pelaksanaan pembuatan (MES) (69%) disenaraikan sebagai inisiatif pembuatan pintar paling kritikal/signifikan. Perancangan sumber perusahaan (ERP) dan pengurusan prestasi aset menyusuli ini, disenaraikan betul-betul di atas sistem pengurusan kualiti (QMS) dan perancangan rantaian bekalan (SCP).
  • Pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI) merupakan teknologi-teknologi penting yang dirancang untuk digunakan oleh organisasi-organisasi dalam tempoh lima tahun akan datang. Secara global, organisasi-organisasi menggunakan data terutamanya untuk tujuan perancangan seperti perancangan/penjadualan produk (46%) dan pengoptimuman proses (44%), manakala organisasi-organisasi Asia-Pasifik (54%) menggunakan khususnya data terkumpul untuk aplikasi AI.
  • Lebih 50% organisasi APAC menerima pakai awan untuk mitigasi risiko. Menerima pakai teknologi awan, mengurus risiko keselamatan siber dan berunding dengan pakar berhubung isu-isu pengawalseliaan/pematuhan merupakan strategi-strategi paling biasa di kalangan organisasi-organisasi APAC untuk pengurangan risiko.

Untuk keputusan penuh, muat turun Laporan Keadaan Pembuatan Pintar Plex Tahunan ke-7 di plex.com/sosm.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 25,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi https://www.rockwellautomation.com/en-id.html.

Latar Belakang Plex Systems

Plex Systems, Inc., sebuah syarikat Rockwell Automation merupakan peneraju dalam penyelesaian pembuatan pintar yang disampaikan oleh awan, memperkasakan pengeluar dunia untuk menghasilkan produk yang hebat. Platform kami memberi keupayaan kepada pengeluar untuk menghubungkan, mengautomasikan, menjejaki dan menganalisis setiap aspek perniagaan mereka untuk memacu transformasi. Platform Pembuatan Pintar Plex merangkumi penyelesaian untuk pelaksanaan pembuatan (MES), ERP, kualiti, perancangan dan pengurusan rantaian bekalan, pengurusan prestasi aset, pemantauan pengeluaran, automasi proses dan analitik bagi menghubungkan orang ramai, sistem, mesin dan rantaian bekalan, seterusnya mengupayakannya untuk memimpin dengan tepat, cekap dan tangkas.

 





Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Mining/Metals Computer Accessories Awards