omniture

Empire State Building Run-Up 2022 akan Kembali pada 6 Oktober 2022 Dibawakan oleh Turkish Airlines dan Dikuasakan oleh Challenged Athletes Foundation

Empire State Realty Trust, Inc.
2022-07-12 20:19 155

Pendaftaran untuk Perlumbaan Penting Menaiki Tangga Empire State Building Dibuka pada waktu Tengah Hari 11 Julai 

NEW YORK, 12 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Empire State Building (ESB) hari ini mengumumkan bahawa Empire State Building Run-Up (ESBRU) – yang dibawakan oleh Turkish Airlines dan dikuasakan oleh Challenged Athletes Foundation – akan berlangsung pada 6 Oktober 2022 jam 8 malam EST.

Kira-kira 150 pelari akan berpeluang untuk berlumba menaiki 1,576 anak tangga ke tingkat 86 "Bangunan Paling Terkenal di Dunia" dalam acara Larian tahunan kali ke-44. Para pelari akan dibahagikan kepada beberapa saringan yang telah ditetapkan seperti pelari elit, selebriti, atlet adaptif, media dan orang awam. Pendaftaran untuk acara terkemuka di menara ini akan tersedia secara dalam talian di https://nycruns.com/race/esb2022 bermula dari 11 Julai pada waktu tengah hari berdasarkan siapa dahulu didahulukan. Kos penyertaan sebanyak $125 bagi setiap pelari akan dikenakan sekiranya diterima masuk.

"Sebagai acara larian menara pertama dan paling terkenal, Empire State Building Run-Up merupakan perlumbaan tumpuan untuk para pelari elit dari seluruh dunia," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "Kami mengalu-alukan kedatangan semula para atlet kami dalam menghadapi cabaran dan menguji keupayaan mereka dalam perlumbaan menuju ke puncak."

Turkish Airlines, sebuah syarikat penerbangan global terkemuka yang terbang ke lebih banyak destinasi berbanding syarikat penerbangan yang lain, akan bertindak sebagai penaja persembahan untuk ESBRU untuk tahun keempat.

Challenged Athletes Foundation® (CAF) sekali lagi menjadi rakan amal rasmi ESBRU, dengan saringan yang ditetapkan untuk para atlet adaptif dan penyokong CAF yang ingin berlumba dan mengumpul dana untuk memperkasakan atlet kurang upaya fizikal melalui sukan.

Empire State Building Run-Up 2022 diilhamkan oleh NYCRUNS.

Maklumat lanjut tentang Empire State Building dan Run-Up tahunan boleh didapati secara dalam talian.

Tentang Empire State Building  
Empire State Building, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia," dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE), menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Pusat Bandar Manhattan daripada dasar hingga ke antenanya. Pengubahsuaian Observatory Experience Empire State Building bernilai $165 juta mencipta pengalaman serba baharu dengan pintu masuk tetamu yang khusus, sebuah muzium interaktif yang mempunyai sembilan galeri dan Balai Cerap di Tingkat 102 yang direka semula dengan tingkap daripada lantai ke siling. Perjalanan ke Balai Cerap di Tingkat 86 yang terkenal di dunia sebagai satu-satunya balai cerap 360 darjah yang terbuka dengan pemandangan New York serta kawasan sekitarnya ini memukau pengunjung dengan keseluruhan pengalaman Bandar Raya New York dan merangkumi segala-galanya daripada sejarah bangunan yang ikonik hinggalah kepada kedudukannya dalam budaya pop masa kini.  Ketahui lebih lanjut di www.esbnyc.com. Diisytiharkan sebagai "Bangunan Kegemaran Amerika" oleh Institut Arkitek Amerika serta destinasi pelancongan paling popular di dunia oleh Uber, Tarikan #1 di Amerika Syarikat dalam Travelers' Choice Best of the Best 2022 Tripadvisor dan tarikan #1 Bandar Raya New York oleh Lonely Planet, ia menerima kunjungan lebih 4 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun. 

Sejak tahun 2011, bangunan ini telah dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh baharu dan premis yang berbilang tingkat ini menempatkan terutamanya dengan pelbagai penyewa pejabat seperti LinkedIn dan Shutterstock serta pilihan kedai seperti STATE Grill and Bar, Tacombi dan Starbucks. Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan tiket Pengalaman Balai Cerap, sila layari esbnyc.com atau ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Weibo, YouTube atau TikTok bangunan ini. 

Tentang Empire State Realty Trust 
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) merupakan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) yang memiliki dan mengurus aset pejabat, peruncitan dan pelbagai keluarga di Manhattan dan kawasan metropolitan New York yang lebih luas. ESRT memiliki Empire State Building – Bangunan Paling Terkenal di Dunia – dan Anugerah Travelers' Choice Best of the Best 2022 Tripadvisor bagi tarikan #1 di A.S. dan tarikan #3 di dunia, di Balai Cerap Empire State Building ikonik yang baru direka semula. Syarikat ini merupakan peneraju dalam bangunan sihat, kecekapan tenaga dan kualiti persekitaran dalaman, serta mempunyai pelepasan gas rumah hijau yang paling rendah bagi setiap kaki persegi daripada mana-mana portfolio Amanah Pelaburan Hartanah yang didagangkan secara awam di Bandar Raya New York. Sehingga 31 Mac 2022, portfolio ESRT terdiri daripada kira-kira 9.4 juta kaki persegi ruang pejabat boleh disewa, 700,000 kaki persegi ruang peruncitan boleh disewa dan 625 buah unit pada dua hartanah berbilang keluarga. Maklumat lanjut tentang Empire State Realty Trust boleh didapati di esrtreit.com dan dengan mengikuti ESRT di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn

Tentang Turkish Airlines
Ditubuhkan pada tahun 1933 dengan armada lima pesawat, ahli Star Alliance Turkish Airlines mempunyai 377 buah pesawat (penumpang dan kargo) yang terbang ke 340 destinasi di seluruh dunia merangkumi 287 penerbangan antarabangsa dan 53 penerbangan domestik, di 129 buah negara. Maklumat lanjut tentang Turkish Airlines boleh didapati di laman web rasmi www.turkishairlines.com atau akaun media sosialnya di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Tentang Star Alliance 
Rangkaian Star Alliance telah ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai perikatan syarikat penerbangan pertama yang benar-benar global, berdasarkan cadangan nilai pelanggan capaian global, pengiktirafan di seluruh dunia dan perkhidmatan yang lancar. Sejak penubuhan, ia telah menawarkan rangkaian syarikat penerbangan terbesar dan paling komprehensif, dengan fokus untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh perjalanan Pakatan ini. Syarikat penerbangan ahli adalah: Aegean Airlines, Air Canada, Air China, Air India, Air New Zealand, ANA, Asiana Airlines, Austrian, Avianca, Brussels Airlines, Copa Airlines, Croatia Airlines, EGYPTAIR, Ethiopian Airlines, EVA Air, LOT Polish Airlines, Lufthansa, Scandinavian Airlines, Shenzhen Airlines, Singapore Airlines, South African Airways, SWISS, TAP Air Portugal, THAI, Turkish Airlines dan United. Secara keseluruhan, rangkaian Star Alliance kini menawarkan lebih 12,000 penerbangan harian ke hampir 1,300 lapangan terbang di 197 buah negara. Penerbangan sambungan lanjutan yang ditawarkan oleh Rakan Kongsi Sambungan Star Alliance adalah Juneyao Airlines dan THAI Smile Airways.

Kategori: Balai Cerap 

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Commercial Real Estate Passenger Aviation Real Estate Sports Travel Future Events