omniture

Dr. Rongxiang Xu Tangani Kes Tuntutan Mahkamah Berterusan Menentang Jawatankuasa Nobel dan Pengiklanan Palsu Berterusan Berkenaan Sel Stem Pluripoten Palsu

Dr. Rongxiang Xu
2013-10-10 02:39 167

LOS ANGELES, 9 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Dr. Rongxiang Xu, pengasas "sains pembaik pulihan pertumbuhan semula tubuh badan manusia" dan pendaftar paten pertumbuhan semula organ rosak yang merupakan satu keutamaan tertinggi yang dituntut dalam Ucapan Rasmi Kesatuan Negara 2013 oleh Presiden Obama dalam menangani kes tuntutan mahkamah berterusan menentang Jawatankuasa Nobel dan pengiklanan palsu berterusan berkaitan sel stem pluripoten sepanjang tahun lepas sejak Dr. Xu memfailkan tuntutan mahkamah beliau menentang Akademi itu dengan memetik, antara tuntutan lainnya, fitnah dan persaingan tidak adil.

Memandangkan pemenang Hadiah Nobel 2013 bidang Fisiologi atau Perubatan telah diumumkan minggu ini dan Majlis Nobel belum membuat sebarang penjelasan tentang Hadiah Nobel 2012 untuk Perubatan namun masih meneruskan sokongan dan pengiklanan palsu mereka tentang sel stem pluripoten palsu, menyebabkan Dr. Xu terpaksa tampil ke hadapan dan menjelaskan kepada orang ramai mengapa beliau menyaman Majlis Nobel 2012 serta perjalanan kes tuntutan mahkamah itu.

Pada 8 Oktober 2012, Majlis Nobel telah menganugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan kepada Shinya Yamanaka dan seorang lagi pakar dalam pemindahan nukleus atas kajian berkaitan sifat pluripoten buatan manusia untuk sel soma manusia. Dalam siaran akhbar serta dokumentari pengiklanan penganugerahan itu, Majlis Nobel itu menyatakan dengan jelas bahawa pemenang hadiah itu telah berjaya menukarkan sel soma menjadi sel stem pluripoten dengan memprogramkan semula gen. Walau bagaimanapun pemenang itu tidak mengakui yang beliau menghasilkan sel stem pluripoten daripada sel soma (sel tisu) tersebut, "Penyelidikan saya menumpukan kepada cara untuk menghasilkan sel yang menyerupai sel stem embrio dengan memprogramkan semula sel soma atau sel kulit. Saya dianugerahkan Hadiah Nobel 2012 dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuan saya di mana sel soma dewasa boleh diprogramkan semula menjadi sel pluripoten," tuntut Yamanaka dalam pengisytiharan beliau. Daripada segi lain pula, tuntutan pertama paten aplikasi pertumbuhan semula organ Dr. Xu (US6991813) menunjukkan yang sel soma manusia yang dikulturkan dalam bahan nutrisi pertumbuhan semula, boleh ditukarkan di lokasi itu sendiri menjadi sel stem pluripoten (sel stem yang mengekspresikan keratin 19) dan menumbuhkan semula tisu fisiologi dan organ dalam badan manusia itu sendiri. Prosedur ini telah berjaya dilaksanakan untuk kegunaan manusia. Oleh itu, Dr. Xu telah menunjukkan yang tubuh manusia mempunyai potensi pertumbuhan semula semula jadi untuk menukarkan sel soma menjadi sel stem pluripoten yang mana potensi pertumbuhan semula ini tidak dicipta secara buatan manusia.

 (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131009/LA94040)

Pada 3 Disember 2012, Dr. Xu menyaman Majlis Nobel atas laporan palsu dan mengelirukan oleh individu yang telah memburuk-burukkan reputasi Dr. Xu dan keupayaan boleh jual paten beliau. Dr. Xu juga telah membuat permohonan umum supaya Majlis Nobel menjelaskan sama ada potensi pertumbuhan semula manusia dengan pertukaran menjadi sel stem pluripoten adalah potensi semula jadi atau buatan pemenang Hadiah Nobel itu. "Oleh kerana ini merupakan isu prinsip berkenaan kesahihan sains hayat, perkara ini perlu dijelaskan. Tuntutan mahkamah ini bukan sahaja untuk hak saya bagi memfailkan paten, tetapi juga bagi membongkarkan kebenaran tentang potensi pertumbuhan semula manusia bagi pihak orang ramai," kata Dr. Xu. "Dalam masa hampir satu tahun selepas saya menghantar tuntutan mahkamah menentang Majlis Nobel, mereka masih belum memberi sebarang maklum balas berkenaan isu prinsip saintifik yang telah disebutkan sebelum ini. Sebaliknya, mereka menangguh-nangguhkan tuntutan itu dengan mengenepikan kes itu kepada sebuah mahkamah persekutuan di kawasan yang sama. Sementara itu juga, mereka menghasilkan satu video dokumentari yang membuat liputan berkenaan pengenalan sel stem pluripoten palsu dan menggunakannya bagi mempromosikan lagi maklumat yang mengelirukan itu di kaca TV. Sepanjang tempoh ini, peguam saya memaklumkan kepada saya tentang jemputan Majlis Nobel bagi menghadiri sebuah mesyuarat untuk membincangkan kemungkinan penyelesaian di luar mahkamah. Walaupun kami boleh mempertimbangkan penyelesaian di luar mahkamah sebagai salah satu pilihan tindakan kerana kami hanya mahu melindungi hak kami dengan meminta Majlis Nobel membuat penjelasan sama ada Yamanaka mencipta sel stem pluripoten tulen atau sel stem pluripoten palsu. Kami tidak berniat untuk merendah-rendahkan reputasi Majlis Nobel, tetapi pemfailan tuntutan mahkamah adalah satu-satunya cara untuk kami mendesak Majlis Nobel memberi maklum balas.

Pada 8 Mei 2013, Dr. Xu memfailkan satu tuntutan mahkamah menentang Dr. Shinya Yamanaka satu tuntutan mahkamah menentang Dr. Shinya Yamanaka, salah seorang pemenang Hadiah Nobel 2012 dalam Fisiologi atau Perubatan, atas tuduhan bahawa sel yang dihasilkan oleh Yamanaka menggunakan kaedah pemprograman semula adalah sel stem pluripoten palsu, dan Yamanaka menamakannya sebagai "sel stem pluripoten teraruh (iPSC)" bagi penyelidikan beliau dan mempromosikan sel stem pluripoten palsu tersebut dengan menggunakan nama dan fungsi sel stem pluripoten sebenar, telah melakukan penipuan dengan nama iPSC. Oleh itu, Dr. Xu menyaman Yamanaka dan meminta mahkamah membenarkan tempoh pelepasan yang mana ini memerlukan Yamanaka dilarang daripada menggunakan istilah sel stem pluripoten tulen atau iPSC bagi menggambarkan sel stem pluripoten palsu beliau. Yamanaka mengakui dalam pengisytiharan beliau "Jika diluluskan, tempoh pelepasan yang diperintahkan ini akan menjejaskan reputasi saya dalam komuniti saintifik, merendah-rendahkan penyelidikan kami yang boleh menyelamatkan nyawa dan merencatkan kemampuan kami bagi mendapat dana bagi penyelidikan ini. Kesan terhadap reputasi, hak milik intelek, penyelidikan dan pendapatan saya sudah tentu akan melangkaui $75,000 jika tempoh pelepasan yang dipohon oleh pihak Plaintif diluluskan."

Daripada perspektif Dr. Xu, dengan menggunakan nama sel stem pluripoten, kedua-dua Majlis Nobel serta Dr. Yamanaka sendiri telah melakukan pengiklanan palsu. Majlis Nobel berbuat demikian bagi mempertingkatkan prestij hadiah itu dan Dr. Yamanaka pula mendapat manfaat dengan mempopularkan sel stem pluripoten palsu. Dr. Xu tidak akan berganjak daripada menjelaskan kelakuan pengiklanan palsu dan persaingan tidak adil oleh defendan dengan terus memfailkan tuntutan mahkamah undang-undang, tidak kira di mana mereka berada dan berapa banyak kumpulan berkepentingan yang terlibat, bagi mengembalikan semula kesahihan dan keselamatan komuniti saintifik.

Tentang Dr. Rongxiang Xu

Dr. Rongxiang Xu ialah pengasas "Sains Pemulihan Pertumbuhan Semula Tubuh Manusia" (HBRRS), seorang saintis sains hayat dan saintis perubatan yang terkemuka serta pengerusi lembaga MEBO Antarabangsa, Syarikat Pengurusan harta intelek yang berpusat di California dan Beijing yang bertanggungjawab untuk menguruskan HBRRS. Dr. Xu juga merupakan Ahli bagi Persatuan Doktor Perubatan China, dan Pengerusi Kehormat Persatuan Kecederaan Kebakaran China untuk Integrasi Perubatan Tradisional dan Barat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Dr. Xu, layari www.mebo-international.com

Hubungi:
Jane Westgate: +1-336-209-9276, Jane@westgatecom.com
Cheryl Riley: +1-703-683-1798, cherylrileypr@comcast.net

Source: Dr. Rongxiang Xu
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Legal issues Attorney/Lawsuit Investigation