omniture

Ascend menjadi pendaftar pertama dan satu-satunya bagi bahan tambahan elektrolit Trinohex® Ultra LIB di China

Ascend Performance Materials
2022-07-13 10:00 90

HOUSTON, 13 Julai 2022  /PRNewswire/ -- Trinohex® Ultra Ascend Performance Materials kini merupakan satu-satunya 1,3,6-heksanatrikarbonitril berketulenan tinggi yang didaftarkan REACH di China, menjadikan bahan tambahan elektrolit bateri ion litium yang meningkatkan prestasi ini tersedia untuk digunakan dalam pasaran bateri terbesar di dunia.

Trinohex Ultra helps form a robust cathode-electrolyte interphase, making lithium-ion batteries safer, longer-lasting and perform better.
Trinohex Ultra helps form a robust cathode-electrolyte interphase, making lithium-ion batteries safer, longer-lasting and perform better.

"China menerajui pengeluaran bateri ion litium dan kami berharap dapat membantu menghasilkan bateri yang lebih selamat, tahan lebih lama dan dengan prestasi yang lebih baik," kata Dave McNeece, Pengurus Kanan Perniagaan Kepakaran Lestari Ascend. 

Dalam ujiannya dengan pihak ketiga, Trinohex Ultra telah menunjukkan perlindungan katod yang unggul di seluruh bahan kimia katod dan elektrolit. Perlindungan ini telah menunjukkan pengurangan 30% dalam penjanaan gas berbahaya dengan prestasi yang lebih lama, terutamanya dalam keadaan ekstrem.

"Keselamatan, prestasi, kos dan ketersediaan bahan bateri merupakan halangan terbesar untuk penerimagunaan e-mobiliti dan tenaga boleh baharu secara besar-besaran," kata Encik McNeece. "Trinohex Ultra ialah penyelesaian tambahan bagi cabaran ini dan boleh disepadukan dengan mudah ke dalam proses kimia dan pembuatan bateri sedia ada."

Trinohex Ultra dihasilkan berdasarkan aset berskala dunia dan tersedia di seluruh dunia.

Tentang Ascend Performance Materials

Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan mengilhamkan masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan kemudahan pembuatan global di Amerika Utara, Eropah dan China. Tenaga kerja global kami menghasilkan plastik, kain, gentian dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar serta pakaian dan barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kelestarian serta kejayaan pelanggan dan komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.

Sila hubungi: Ally Jahn, +1 713-210-9809, ajahn@ascendmaterials.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1856674/Ascend_Performance_Materials_Trinohex_Ultra.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Advertising Auto Chemical Household/Consumer/Cosmetics Mining/Metals Oil/Energy Textiles Transportation Utilities New products/services