omniture

UNO Digital Bank akan menggunakan BUSINESSNEXT untuk memperkasa kakitangan dan menggembirakan pelanggan

CRMNEXT
2022-07-13 13:53 93

UNO Digital Bank akan memperkasa CRMnya dengan -penyelesaian dipacu AI dari BUSINESSNEXT, CRMNEXT dan COLLECTIONSNEXT

MANILA, Filipina, 13 Julai 2022 /PRNewswire/ -- BUSINESSNEXT, salah sebuah platform perbankan boleh gubah dan responsif yang terkemuka di Dunia daripada Acidaes Solutions Pvt. Ltd., hari ini mengumumkan bahawa UNObank Inc. akan menggunakan penyelesaiannya untuk memperkasa sistem pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) UNO Digital Bank. Penyelesaian yang dipacu kecerdasan buatan (AI), CRMNEXT dan COLLECTIONSNEXT akan melengkapkan pengurus perhubungan Bank ini dengan cerapan yang tepat pada masanya untuk meluluskan transaksi dengan cepat, menyelesaikan isu dan menggembirakan pelanggan; hasilnya, para pelanggan akan menikmati proses penyertaan yang diperibadikan seperti perkhidmatan rencam, lancar, pantas dan selamat.

Manish Bhai, Ketua Pegawai Eksekutif UNObank Inc., menjelaskan tentang keputusan tersebut: "Kami telah berjanji kepada para pelanggan bahawa kami akan menjadi sebuah bank yang diterajui inovasi. Penyelesaian BUSINESSNEXT membantu meningkatkan pengalaman pelanggan dengan penyediaan akaun yang sangat pantas dan senarai produk yang telah diluluskan terlebih dahulu."

Beliau menambah, "Kami turut berjanji kepada pihak berkepentingan kami bahawa kami akan menjadi sebuah bank yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan. Penyelesaian BUSINESSNEXT ini memberikan pandangan pintar dan menyeluruh terhadap pelanggan yang menyokong dan membolehkan pengurus perhubungan kami membuat keputusan pantas untuk kenaikan penjualan, penjualan silang dan memperoleh pelanggan."

"Penyelesaian kami membantu menghapuskan halangan yang boleh timbul antara manusia dan saluran digital serta membolehkan interaksi pelanggan saluran omni daripada sebuah platform tunggal yang disatukan," kata Sushil Tyagi, Pengarah Eksekutif BUSINESSNEXT. "Ini akan membolehkan UNO Digital Bank beroperasi dengan kecemerlangan operasi dan menyampaikan pengalaman yang diperibadikan, relevan dan tepat pada masanya, berdasarkan pemahaman yang lengkap tentang pelanggan."

Tentang UNO Digital Bank 

UNO Digital Bank ialah sebuah bank digital yang diterajui kredit berspektrum penuh yang dilesenkan di bawah rangka kerja Lesen Perbankan Digital oleh Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) di Filipina. Dengan UNO Digital Bank, rakyat Filipina boleh menggunakan satu aplikasi yang dipercayai untuk menyimpan, meminjam, melakukan transaksi dan melabur dengan pantas dan mudah.

Tentang UNOAsia Pte. Ltd. 

Syarikat teknologi kewangan yang beribu pejabat di Singapura, UNOAsia Pte. Ltd., merupakan salah sebuah syarikat perbadanan utama bagi UNO Digital Bank.

Tentang BUSINESSNEXT

BUSINESSNEXT, produk utama Acidaes Solutions Pvt. Ltd., ialah sebuah platform boleh gubah berasaskan perkhidmatan mikro yang disatukan dan dipacu AI untuk transformasi digital perusahaan perbankan dan kewangan. Platform ini memperkasa para pelanggan untuk berinovasi dan menyesuaikan dengan keperluan perniagaan yang berubah-ubah melalui fabrik boleh gubah pintar yang menyampaikan keupayaan perniagaan berpakej untuk membina perusahaan boleh gubah yang responsif. CRMNEXT dan COLLECTIONSNEXT ialah penyelesaian dipacu AIyang dikuasakan oleh BUSINESSNEXT. BUSINESSNEXT memperkasakan lebih 1 juta pengguna dan mengurus 1 bilion pelanggan akhir di seluruh dunia.

Hubungan Media: 

Steffi David
E-mel: steffi.david@crmnext.com
Ph: +63 917 576 8787

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1170890/CRMNEXT_Logo.jpg?p=medium600

Source: CRMNEXT
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology