omniture

LambdaTest melancarkan persidangan Testµ edisi yang pertama

LambdaTest
2022-07-13 15:57 75

Persidangan Testµ (TestMu) dalam talian ini akan berkisarkan trend penting dalam landskap ujian dan bakal membantu para penguji/pembangun mendapatkan gambaran masa depan tentang ujian.

SAN FRANCISCO, 13 Julai 2022 /PRNewswire/ -- LambdaTest, sebuah platform awan terkemuka bagi ujian kualiti berterusan, telah melancarkan edisi pertama persidangan Testµ-nya. Acara dalam talian percuma selama tiga hari ini akan dianjurkan dari 23 hingga 25 Ogos 2022. Acara ini bakal memberi tumpuan kepada trend penting dalam bidang ini di samping turut meneroka masa depan ujian. Para peserta juga akan berpeluang untuk mengetahui bagaimana perusahaan terkemuka berinovasi untuk mencapai kecemerlangan dalam ujian.

Penceramah utama di persidangan Testµ ini termasuk pemimpin pemikir terkemuka seperti Maaret Pyhäjärvi, Jurutera Ujian Utama Vaisala; Richard Bradshaw, Ketua Pegawai Eksekutif Kementerian Pengujian; Chaithanya Kolar, Pengarah Urusan & Ketua Kejuruteraan Berkualiti Deloitte US; Pradeep Govindasamy, Ketua Pegawai Eksekutif Qualizeal; Maneesh Sharma, Ketua Pegawai Operasi LambdaTest dan Manoj Kumar, Naib Presiden Perhubungan Pembangun LambdaTest. LambdaTest akan turut menampilkan lebih 20 orang penceramah terkenal di dunia yang akan menjadi sebahagian daripada barisan ahli panel untuk hari-hari seterusnya.

"Semua orang kini mahukan produk yang berkualiti berikutan persaingan dan permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Kualiti tidak boleh difikirkan kemudian dan sudah pasti tidak boleh diselitkan kemudian tanpa kesan yang ketara. Ini bermakna seluruh pasukan perlu memainkan peranan dan satu aspek yang boleh membantu ialah dengan melakukan ujian. Lebih-lebih lagi bagi para pembangun dan penguji yang perlu melakukan ujian seawal mungkin. Untuk berbuat demikian, kita perlu terus belajar dan meningkatkan kemahiran kita. Testµ menyediakan peluang yang baik khusus untuk perkara ini," kata Richard Bradshaw, Ketua Pegawai Eksekutif Kementerian Pengujian. "Saya teruja untuk menjadi penceramah utama dalam persidangan dalam talian ini dan saya juga menantikan interaksi hebat yang merangsang pemikiran."

Persidangan ini akan membolehkan para peserta berhubung dengan pemimpin pemikiran global melalui sesi bersama pakar, bengkel dan tutorial, di samping memberi mereka ruang untuk menjalin rangkaian dengan para penguji dan pembangun dari lebih 130 buah negara, menunjukkan kemahiran mereka serta memenangi hadiah menarik melalui pertandingan 'Test-a-thon' dan 'Blog-a-thon'.

"Persidangan Testµ adalah semuanya tentang anda, komuniti yang kami kasihi. Kami menghimpunkan para pengamal bidang bertaraf dunia untuk berkongsi pengetahuan dan buah fikiran mereka tentang segala perkara yang merangkumi aspek teknikal ujian yang mendalam hingga aspek yang jarang-jarang dibincangkan seperti budaya," kata Manoj Kumar, Naib Presiden Perhubungan Pembangun LambdaTest. "Kami berhasrat untuk menyediakan sebuah platform kepada komuniti dengan bersungguh-sungguh untuk belajar daripada satu sama lain dan menerokai kemungkinan baharu. Kami tidak sabar untuk bertemu anda di persidangan dalam talian ini dan bersama-sama menerokai masa depan ujian kualiti."

LambdaTest baru-baru ini telah memperoleh $45 juta dalam pusingan modal teroka yang diketuai oleh Premji Invest dengan penyertaan daripada para pelabur sedia ada. Syarikat ini turut melancarkan HyperExecute, sebuah platform pengorkestraan ujian pintar generasi seterusnya yang membantu para penguji dan pembangun menjalankan ujian automasi serba lengkap pada kelajuan yang terpantas dan Test at Scale (TAS) atau Ujian Berskala, sebuah platform kebolehcerapan dan kepintaran ujian.

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada peserta persidangan Testµ, anda boleh mendaftar di sini secara percuma - https://www.lambdatest.com/testuconf-2022

Tentang LambdaTest 

LambdaTest ialah sebuah platform awan ujian kualiti berterusan yang membantu pembangun dan penguji menghantar kod dengan lebih pantas. Lebih 7,000 pelanggan serta satu juta pengguna merentasi lebih 130 buah negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan ujian mereka.

Platform LambdaTest menyediakan pengorkestraan ujian yang selamat, boleh ditingkatkan dan berwawasan untuk para pelanggan pada peringkat berbeza dalam kitaran hayat Operasi Pembangunan (CI/CD) mereka:-

  • Browser & App Testing Cloud (Awan Ujian Aplikasi & Pelayar) membolehkan para pengguna menjalankan ujian manual dan automatik ke atas aplikasi web dan mudah alih yang merentasi lebih 3,000 pelayar, peranti sebenar serta persekitaran sistem operasi yang berbeza.
  • HyperExecute membantu para pelanggan menjalankan dan mengatur grid ujian di awan untuk mana-mana platform dan bahasa pengaturcaraan pada kelajuan yang amat pantas bagi mengurangkan masa ujian yang berkualiti yang sekali gus membantu para pembangun membina perisian dengan lebih pantas.
  • Test at Scale (TAS) membantu para pembangun mendapat kawalan terperinci terhadap kualiti ujian dengan memperoleh pemahaman mendalam tentang pelaksanaan ujian, pengurusan ujian dengan hasil yang tidak konsisten dan mengurangkan masa maklum balas dengan menjalankan ujian yang memberi kesan sahaja dan seterusnya membantu mendapatkan maklum balas yang lebih pantas tentang perubahan kod. TAS ialah sumber terbuka dan menyokong rangka kerja ujian berbilang.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600

Source: LambdaTest
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news