Satu evolusi Abad ke-21 yang unik bagi piano besar
NEW YORK, 13 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 19 Julai 2022, persembahan pemain piano terkenal, Kirill Gerstein di Festival Verbier, yang akan disiarkan secara langsung di Medici.tv, akan menandakan kemunculan sulung umum bagi Piano Besar Konsert Maene-Viñoly.
Instrumen baharu itu dibangunkan bersama-sama oleh pakar pembuat piano Chris Maene dan arkitek terkenal Rafael Viñoly. Papan nada ergonomik piano itu yang melengkung adalah sesuai dengan gerakan semula jadi lengan pemain piano yang berputar-putar dari bahu serta membantu mereka bermain setiap nada dengan mudah. Susunan jejari papan nada dipanjangkan kepada tali-tali yang bertebaran di atas papan bunyi yang lebih besar sekali gus meningkatkan kapasiti nuansa, kejelasan dan kuasa instrumen itu.
Encik Viñoly ialah pemain piano amatur dengan pengalaman sendiri dan persahabatan rapat dengan pemain piano mahir yang telah meningkatkan kesedaran beliau tentang permintaan biomekanikal instrumen itu dan mengilhamkan idea beliau untuk melengkungkan papan nadanya. Dalam satu perbualan pada tahun 2016 dengan artis legenda Maestro Daniel Barenboim dan Martha Argerich, beliau telah diberi galakan untuk membangunkan konsep tersebut. Tidak lama selepas itu, Viñoly telah menjalin kerjasama dengan Chris Maene yang sebelum ini telah membangunkan sebuah piano besar bertali lurus untuk Maestro Barenboim.
Pertama sekali, pasukan tersebut bekerjasama dengan penyelidik kinematik piano ternama Renzo Pozzo, iaitu profesor Jabatan Sains Perubatan dan Biologi di Universiti Udine (Itali) serta pemain piano Jerman dan penyelidik Dr. Henriette Gärtner untuk menentukan lengkung yang ideal bagi papan nada itu. Pembangunan teknikal dan estetik yang seterusnya telah memanfaatkan tradisi pembinaan piano yang sentiasa diikuti, reka bentuk berbantukan komputer dan pemodelan akustik serta maklum balas dan sokongan baik daripada beberapa juruteknik dan pemain piano paling terkemuka di dunia termasuklah Emanuel Ax, Daniel Barenboim, Kirill Gerstein, Stephen Hough dan ramai lagi.
Selepas enam tahun dibangunkan, kami dengan bangganya ingin mempersembahkan sebuah piano besar yang melangkaui jangkaan pasukan kami dari segi kualiti bunyi, ergonomik, pembinaan dan estetik.
Kirill Gerstein berkata:
Bentuk yang klasik terus kekal bertenaga dan relevan walaupun melalui perubahan dan pembangunan. Piano besar konsert Maene-Viñoly memajukan wacana tentang apa itu piano besar moden sambil memperakui dan mengguna pakai tradisi dan idea masa lalu. Papan nada melengkungnya yang direka bentuk mengikut gerakan semula jadi pergerakan lengan merupakan titik permulaan bagi susun atur yang disemak semula untuk papan bunyi yang lebih besar yang dibentuk mengikut kelengkungan ini. Reka bentuk, ergonomik dan fungsinya yang bersepadu memberikan piano ini keistimewaan bunyi yang unik. Piano ini merupakan hasil ciptaan muzik dan artistik oleh kerana seni dapat menginovasi dan memprovokasi dengan membina pencapaian masa lalu untuk melihat ke arah masa depan. Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk memberikan persembahan awam pertama dengan Piano Besar Konsert Maene-Viñoly.
Chris Maene berkata:
Rafael Viñoly ialah seorang arkitek yang luar biasa dengan visi yang jelas dan minat yang mendalam terhadap ciptaan beliau. Dalam reka bentuk instrumen ini, aspek visual merupakan lanjutan yang logik dalam usaha untuk memenuhi matlamat akustik dan ergonomik. Dengan mempertimbangkannya secara keseluruhan, beliau mendorong kami untuk mencabar susunan tradisional piano besar dan menerima kesan dan akibat daripada idea asas tersebut. Pengetahuan fizik dalam menyampaikan daya telah diguna pakai ke atas papan nada ergonomik yang bersesuaian dengan susunan jejari bertali lurus dan kepakaran kami yang unik. Hasilnya adalah menakjubkan: daripada idea Rafael Viñoly, tercetuslah satu piano besar konsert yang sangat baharu dengan penampilan yang unik dan bunyi yang indah!
Rafael Viñoly berkata:
Kepakaran, kepekaan dan komitmen Chris Maene yang jelas terhadap kecemerlangan hanya dapat diperoleh hasil daripada penyelidikan dan pembelajaran seumur hidup dalam pembuatan piano. Selain daripada itu, tiada pembuat piano lain yang mempunyai keberanian untuk mencabar status quo budaya dan industri yang telah menyaksikan kurang inovasi bagi pihak pendukungnya yang terpenting, iaitu artis profesional. Chris mempunyai keberanian seorang seniman kerana dia sendiri merupakan seorang seniman dan juga seorang ahli pertukangan yang sempurna.
**Pada jam 1 tengah hari pada 19 Julai 2022, sejurus selepas penampilan sulung piano tersebut, sebuah Piano Besar Konsert Maene-Viñoly akan dipersembahkan kepada pihak media akhbar dan orang ramai oleh Tetuan Maene, Viñoly dan Gerstein di W Verbier, Rue de Médran 70, 1936 Verbier, Switzerland. Hidangan ringan akan disediakan.
KIT AKHBAR DAN IMEJ:
https://spaces.hightail.com/receive/yIS5zdyxPN
HUBUNGAN MEDIA:
Henk Swinnen, Penasihat Kanan
Atelier Chris Maene
+32 (0) 484 151 989
chrismaene.be
Raymond Lee, Pengarah Komunikasi
Rafael Viñoly Architects
+1 212 924 5060
vinoly.com