omniture

YPO Melantik Rafi Demirjian Sebagai Pengerusi YPO Bagi Sesi 2022-2023

YPO
2022-07-13 19:45 71

NEW YORK, 13 Julai 2022 /PRNewswire/ -- YPO, komuniti kepemimpinan global yang terdiri daripada lebih 30,000 orang ketua eksekutif di 142 buah negara, mengumumkan pemilihan Rafi Demirjian untuk jawatan tertinggi YPO iaitu Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YPO.

Demirjian, dengan penggalnya yang bermula pada 1 Julai 2022, merupakan ahli ke-70 yang memegang jawatan ini dan menggantikan Pengerusi YPO Anastasios (Tassos) Economou.

Merupakan seorang ahli YPO Lebanon, Demirjian ialah Pengerusi Eksekutif Demirjian Global, sebuah konsortium milik keluarga yang memberi tumpuan kepada perdagangan dalam pelbagai pasaran modal, pelaburan jangka panjang, hartanah dan aset alternatif. 

"Saya berbesar hati kerana telah dipilih untuk berkhidmat kepada rakan-rakan YPO saya sebagai seorang pengerusi," kata Demirjian. "Organisasi ini telah memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan saya dan saya berharap dapat bekerjasama dengan Ahli Lembaga Pengarah YPO, komuniti sukarelawan yang cemerlang dari kalangan ahli kami serta pasukan pengurusan kami yang berdedikasi untuk terus menyampaikan pengalaman yang luar biasa kepada komuniti kepemimpinan global kami." 

Demirjian meneruskan legasi pengasas dan presiden pertama YPO, Ray Hickok yang menetapkan standard untuk kepimpinan rakan sekerja.

"YPO ialah sebuah komuniti pembuat perubahan global dan Rafi memiliki semangat tersebut," kata Economou. "Melalui kepemimpinan dan semangat beliau, saya percaya bahawa beliau akan memberi impak yang besar kepada seluruh organisasi. Saya menantikan kerjasama dengan beliau untuk memberikan nilai yang terbaik kepada rakan-rakan kami di seluruh dunia."

Demirjian menyertai YPO pada tahun 2003 pada usia 27 tahun dan merupakan ahli aktif di peringkat cawangan, serantau dan global.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Demirjian menerajui penyusunan semula YPO EDGE, iaitu acara utama organisasi selepas ia terhenti akibat pandemik dan meletakkan semula kedudukannya sebagai acara pembelajaran rakan sekerja global yang terkemuka untuk ketua eksekutif. Acara yang unik ini akan menghimpunkan 3,000 orang ketua eksekutif dari seluruh dunia selama tiga hari untuk menyelami dengan lebih mendalam berkaitan isu-isu yang mendesak dan penting yang dihadapi oleh para pemimpin perniagaan hari ini dan akan datang.

Demirjian juga akan terus memupuk dan mewujudkan peluang pembelajaran rakan sebaya serta kepimpinan pemikir yang unik dan eksklusif untuk komuniti YPO yang direka untuk membantu menyokong para pemimpin pada setiap peringkat perjalanan profesional dan peribadi mereka.

Selain khidmat beliau kepada YPO dan sokongannya terhadap misi organisasi tersebut untuk memberi impak kepada perniagaan, komuniti dan yang lain, Demirjian menumpukan masa beliau untuk memperkasakan belia dan mengurangkan kemiskinan dengan berkhidmat kepada beberapa badan NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) di Lebanon.

Tentang YPO
YPO ialah komuniti kepemimpinan global yang terdiri daripada lebih 30,000 orang ketua eksekutif di 142 buah negara yang dihubungkan dengan kepercayaan bersama bahawa dunia ini memerlukan pemimpin yang lebih baik dan bahawa perniagaan boleh menjadi daya penggerak ke arah kebaikan. Setiap daripada ahli kami telah mencapai kejayaan dalam kepemimpinan yang signifikan pada usia muda. Mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang menggaji lebih 22 juta orang di seluruh dunia secara kolektif dan menjana pendapatan terkumpul sebanyak USD9 trilion. Ahli YPO bertemu untuk belajar dan bertukar-tukar idea bagi melakukan perubahan dalam kehidupan, perniagaan dan komuniti yang melibatkan mereka dari segi impak. Sila layari ypo.org untuk maklumat lanjut. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1065220/YPO_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: YPO
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Personnel announcements