YIWU, China, 10 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Jawatankuasa Penganjur Pesta Yiwu ke-19 telah mengumumkan beberapa acara, termasuk Pesta Penyumberan buat Pembeli Domestik dan Asing yang bakal diadakan secara serentak dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pembeli domestik.
Persidangan & Forum yang merupakan bahagian paling penting Pesta Yiwu ini akan menumpukan aspek susun atur keseluruhan Pesta tersebut serta memberi gambaran yang lebih besar bagi kesejahteraan dan kemajuan bandar Yiwu. Matlamat aktiviti-aktiviti bertema tersebut akan memberi tumpuan terhadap mempertingkatkan keberkesanan perdagangan yang adil. Acara yang menyokong perdagangan seperti Forum Barangan Kemas China Ketiga, Persidangan Pelancaran Arah Aliran Industri serta Proses Pemadanan Perdagangan akan berlangsung serentak. Sementara itu, di samping Pesta Penyumberan yang disebutkan, acara lain yang akan berlangsung termasuklah Konvensyen Usahawan China Luar Negara Yiwu Ketiga, Lawatan ke Yiwu oleh Pegawai Komersil: Perusahaan Import yang bertujuan untuk memperkayakan aktiviti di Pesta tersebut seterusnya menjemput lebih ramai lagi para pembeli untuk turut serta bagi mempertingkatkan ekonomi dan keberkesanan perdagangan.
Antara kesemua acara yang bakal berlangsung, Pesta Penyumberan untuk Pembeli Domestik dan Asing akan menjadi acara yang paling penting bagi pempamer dan pembeli. Menurut maklumat yang diperoleh daripada pihak penganjur, kebanyakan pembeli menunjukkan kecenderungan yang tinggi untuk menyertai Pesta Penyumberan itu yang bakal menjadi tumpuan dan acara tarikan dalam Pesta Yiwu.
Seperti yang telah diperkenalkan oleh ketua jabatan promosi, jemputan akan dihantar kepada pembeli domestik dan asing, kumpulan peruncitan besar dan wakil pembelian daripada kedai dan pasar raya bagi menyertai pembelian di Pesta Penyumberan yang merupakan corak perdagangan baharu yang agak berbeza daripada amalan sebelum ini. Pesta Penyumberan ini akan menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra dan professional memandangkan lebih banyak perkhidmatan pemadanan perdagangan yang lebih berkelayakan dan tepat akan disediakan bagi pembeli dan pembekal.
Sementara itu, jabatan promosi juga menyatakan bahawa terdapat pesta penyumberan yang merangkumi pelbagai skala dan bentuk dalam industri bakal diadakan di Pesta Yiwu yang terdiri daripada perancangan bagi pembekal dan pembeli terpilih untuk berunding secara langsung bagi mempertemukan pembeli dan pembekal dalam cara yang lebih berkesan untuk menjayakan urus niaga. Kami sangat berharap Pesta Penyumberan ini bakal menjadi jambatan yang menghubungkan kerjasama perniagaan untuk lebih ramai pembekal dan pembeli!