BEIJING, 10 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Air China Limited, atau nama singkatnya Air China, bakal memperkenalkan perkhidmatan Beijing-Chiang Mai pada 7 November. Ingin mengalami sendiri nikmat menyelusuri jalan-jalan indah seperti dalam "Lost in Thailand", filem pecah panggung China 2013? Terbanglah ke Thailand dengan Air China.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
Terletak di kawasan bergunung-ganang utara Thailand, Chiang Mai adalah bandar kedua terbesar Thailand dan juga pusat politik, ekonomi dan budaya utara Thailand. Bandar ini yang terkenal dengan tradisi Buddha mempunyai banyak tapak serta monumen bersejarah dan budaya. Walaupun mampu ditandingi oleh ibu negara Thailand, Bangkok daripada segi kemodenan, bandar yang sering dikenali dengan nama "Mawar Utara Thailand" ini memiliki tarikan unik yang tidak boleh didapati dalam hiruk-pikuk bandar Bangkok. Tempoh masa Oktober hingga Mac adalah masa yang terbaik untuk ke sana. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan yang menarik minat anda seperti memecut dengan motosikal sewa, menggayakan kostum etnik, menjamu selera dengan makanan perisa kari, urutan Thai, melawat kuil, bermain tanglung dan filem "Lost in Thailand" boleh menunjukkan kepada anda apa yang boleh dilakukan.
Perkhidmatan baharu ini memanfaatkan pasaran sumber pelancongan yang besar dari Beijing ke Chiang Mai dengan menggunakan hab Air China di Beijing. Perkhidmatan ini turut memberi tambahan nilai kepada rangkaian perjalanan dunia Air China, mengukuhkan lagi keterhubungan antara perjalanan Air China ke Asia Pasifik dan perjalanan jangka masa panjang ke Eropah dan Amerika Syarikat. Buat sementara waktu, tiada perkhidmatan udara terus yang disediakan antara Eropah/Australia/Amerika dan Chiang Mai. Akibatnya, hampir 90% daripada pengembara ke Chiang Mai terpaksa menyambung penerbangan di Bangkok. Dengan kebergantungan kepada rangkaian perjalanan global menyeluruh Air China, perkhidmatan terus Beijing-Chiang Mai Air China akan menyumbang lagi kepada lalu lintas penyambungan antara perjalanan jangka masa panjang Air China dan membuatkan perjalanan antara Eropah/Australia/Amerika dan Chiang Mai melalui Beijing menjadi realiti.
Penerbangan Beijing—Chiang Mai, CA823/4, beroperasi tiga kali seminggu pada hari Isnin/Khamis/Sabtu dengan pesawat B737-800. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 18:30 waktu Beijing dan akan tiba di Chiang Mai pada 22:40 waktu tempatan. Penerbangan pulang akan berlepas dari Chiang Mai pada 23:45 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada 5:00 waktu Beijing.