![]() |
![]() |
MEWUJUDKAN PENYEDIA GLOBAL UTAMA BAGI PERKHIDMATAN ANALISIS DAN BAHAN PERMULAAN YANG PENTING UNTUK MEMPERCEPAT PENGGUNAAN TERAPI SEL DAN GEN
HUNTSVILLE, Alabama dan ALAMEDA, California, 14 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Discovery Life Sciences™ (Discovery), biospecimen and biomarker specialists™ (pakar biospesimen dan biopenanda), hari ini mengumumkan pengambilalihannya terhadap AllCells®, pembekal terkemuka bagi produk sel utama bergred klinikal (mematuhi GMP) dan Penggunaan Penyelidikan Sahaja (RUO). Dengan pengalaman dalam terapi sel dan gen kolektif (CGT) selama lebih 30 tahun, AllCells dan Discovery akan memberi tumpuan kepada penyediaan produk dan perkhidmatan revolusioner dengan tahap kelajuan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi untuk memenuhi keseluruhan kontinum CGT ─ daripada penemuan asas hingga pengkomersialan.
Ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Jay Tong, M.D., AllCells ialah pembekal global terkemuka dalam memperoleh dan menyesuaikan produk sel utama bagi menyokong kepelbagaian penggunaan CGT. Penggabungan kepakaran industri AllCells yang terbukti dengan kepakaran biospesimen dan biopenanda Discovery mewujudkan penyedia utama bagi perkhidmatan analisis dan bahan permulaan yang penting untuk mempercepat penggunaan CGT.
"Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan pasukan AllCells ke dalam keluarga Discovery," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Discovery, Glenn Bilawsky. "Penyatuan kedua-dua buah syarikat yang hebat ini bersama-sama mewujudkan penyelesaian yang boleh diskala dan serba lengkap yang memberikan pelanggan kami dengan akses yang belum pernah berlaku sebelum ini kepada bahan permulaan sel manusia yang boleh dipercayai dengan perkhidmatan analisis pelbagai omik bersepadu untuk menyokong terapi sel dan gen."
Discovery akan menggabungkan perkhidmatan dan produk CGT miliknya yang sedia ada dengan AllCells untuk mewujudkan sebuah unit perniagaan baharu yang dikenali sebagai AllCells, sebuah Syarikat Discovery Life Sciences. Berkuat kuasa serta-merta, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden AllCells iaitu Danny Zheng akan mengetuai entiti gabungan ini.
Gabungan perniagaan CGT Discovery yang semakin berkembang dengan AllCells ini turut mewujudkan salah sebuah kumpulan penderma khusus dan terbesar dalam industri dari kalangan pelanggan. Kemudahan pengumpulan derma darah yang berdaftar dengan FDA dan bilik bersih yang mematuhi GMP terletak bersebelahan dengan makmal pencirian. Lokasi yang berdekatan ini membolehkan pemprosesan dan pengkrioawetan segera secara strategik untuk mendapatkan kualiti yang tiada tandingan ― menyediakan para pelanggan dengan akses yang lebih pantas dan lebih menjimatkan kos kepada kumpulan penderma yang lebih besar dan terlibat dengan pencirian untuk program khusus pelanggan.
Zheng berkata, "Kami telah membangunkan organisasi kami untuk menjadi kesinambungan bagi rantaian bekalan pelanggan kami. Dengan menawarkan perundingan program penderma, pengumpulan aferesis berkualiti tinggi, perkhidmatan penyesuaian dan bahan permulaan yang mematuhi GMP, pasukan kami yang berdedikasi akan terus memberikan pendekatan yang amat erat dan berfokuskan pelanggan untuk memastikan keperluan para pelanggan kami dipenuhi dengan produk dan perkhidmatan yang unggul bagi memenuhi sebarang garis masa pada sebarang skala. Strategi kami adalah sejajar dengan pendekatan 'Science at your Service' Discovery serta memperkukuhnya, malah tawaran bersepadu kami akan mempercepatkan lagi program terapi sel dan gen para pelanggan kami yang strategik dan penting."
"Janji CGT untuk memberi kesan kepada kesihatan pesakit tidak boleh dipertikaikan lagi, namun penambahbaikan dalam pembuatan dan kebolehkeluaran semula diperlukan untuk memperluas populasi pesakit yang boleh dirawat dan meningkatkan paradigma rawatan," kata Ketua Pegawai Teknikal CGT Discovery, Dominic Clarke. "Penyelesaian kami memberikan akses kepada keseluruhan kontinum daripada produk RUO kepada bahan permulaan mematuhi GMP dengan maklumat pencirian bersepadu dan komprehensif pada skala bagi menyokong keperluan industri yang sedang berkembang pesat ini."
Tentang Discovery Life Sciences
Discovery Life Sciences, Biospecimen and Biomarker Specialists™ (Pakar Biospesimen dan Biopenanda) merupakan penyedia terkemuka bahan permulaan sel manusia berciri tinggi yang disepadukan dengan perkhidmatan analisis pelbagai omik pakar untuk memajukan penyelidikan, pembangunan dan pembuatan terapi sel dan gen. Kami menawarkan salah sebuah kumpulan penderma yang boleh dipanggil semula yang terbesar, bahan sel manusia segar yang dilakukan pengkrioawetan bagi Penggunaan Penyelidikan Sahaja (RUO) dan bergred klinikal (GMP) untuk menyokong program terapi sel dan gen pada sebarang skala dari awal hingga akhir.
Didorong oleh kepakaran saintifik terkemuka dan penggunaan teknologi semasa yang inovatif, pasukan Discovery terlibat dan berunding dengan pelanggan untuk mengatasi halangan serta mendapatkan hasil dengan pantas dalam membuat keputusan penyelidikan, pembangunan dan pembuatan yang penting pada kepantasan yang mendahului pasaran. Kami ialah Science at your Service™ (Sains yang Sedia Membantu anda)! Untuk maklumat lanjut, sila layari dls.com/cell-and-gene-therapy-products.
Tentang AllCells
Selama lebih dua dekad, AllCells telah menjadi pembekal terkemuka bagi darah utama manusia dan sel berasaskan sumsum yang berkualiti tinggi. Melalui pengalaman dan kepakaran saintifik, AllCells mengekalkan produk dan perkhidmatan terbaik dengan protokol yang dioptimumkan bagi memastikan produk penyelidikan dan bergred klinikal dihantar tepat pada masanya ke institusi farmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan, penjagaan kesihatan dan akademik di seluruh dunia.
Dengan menyampaikan subjenis sel yang sangat berdaya maju serta berketulenan tinggi dan menjamin jumlah sel yang tepat secara konsisten, AllCells telah memperoleh reputasi untuk sel berkualiti tinggi serta keupayaan untuk menyesuaikan produk kami bagi memenuhi keperluan yang paling unik. AllCells – Quality Cells for Quality Science™ (Sel Berkualiti untuk Sains Berkualiti).
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1022478/Discovery_LS_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1856962/AllCells_logo.jpg?p=medium600