omniture

Quantinuum Memperluas Kerjasama dengan JSR untuk Meneroka Pengkomputeran Kuantum bagi Penyelidikan Semikonduktor

Quantinuum
2022-07-14 16:00 76

Quantinuum akan menjalankan penyelidikan bahan secara usaha sama dengan JSR Corporation, perintis inovasi bahan global. Kerjasama ini akan merangkumi penggunaan perkakasan Model H1 Quantinuum yang Dikuasakan oleh Honeywell dan InQuanto, platform perisian kimia kuantum pengkomputeran miliknya, untuk memodelkan bahan semikonduktor organik dan tidak organik yang kompleks

TOKYO dan CAMBRIDGE, England, 14 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Quantinuum, sebuah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terkemuka di dunia, telah mengumumkan kerjasama global dengan peneraju teknologi bahan, JSR Corporation dari Jepun untuk meneroka penggunaan kaedah pengkomputeran kuantum dalam penyelidikan semikonduktor.

Kerjasama ini menyatukan para saintis bahan JSR yang terkemuka di dunia dengan pakar pengkomputeran kuantum Quantinuum di Jepun, Eropah dan AS. Pasukan yang bergabung ini akan menggunakan platform perisian InQuanto yang canggih untuk meneroka kaedah menggunakan komputer kuantum bagi memodelkan bahan semikonduktor, seperti kompleks logam dan oksida logam peralihan.

Bahan-bahan ini penting untuk mikroelektronik. Kaedah pemodelan baharu menggunakan komputer kuantum diharapkan agar dapat mencapai ramalan yang tepat tentang sifat fizikalnya, yang pada masa hadapan boleh mempercepat pengenalpastian calon molekul dan bahan baharu serta merintis jalan ke arah paradigma peranti mikroelektronik masa depan.[1]

Rei Sakuma, Penyelidik Utama bagi Inisiatif Informatik Bahan JSR berkata: "Kami gembira dapat membentuk kerjasama baharu ini dengan Quantinuum yang meningkatkan lagi usaha yang kami lakukan bersama-sama sebelum ini. Pasukan Quantinuum terus menerajui bidang perkakasan dan perisian pengkomputeran kuantum yang melengkapkan kepakaran mendalam para saintis kami dalam inovasi bahan. Aspirasi kami adalah untuk membangunkan bahan yang boleh memakmurkan masyarakat dan alam sekitar. Platform perisian Quantinuum iaitu InQuanto, sudah pun membantu pasukan kami untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pengkomputeran kuantum dapat membantu kami mempercepat laluan ke arah matlamat yang tinggi tersebut."

Salah satu fokus kerjasama ini ialah untuk membangunkan algoritma dan kaedah kuantum berdasarkan teori medan min dinamik (DMFT). Pendekatan ini boleh memberikan pemahaman yang lebih tepat tentang sifat elektronik bahan organik dan bukan organik yang kompleks dalam dunia sebenar, contohnya penyerapan dan kekonduksian optik, yang boleh membuka peluang untuk kemajuan masa depan dalam era maklumat berasaskan silikon.

Quantinuum dan JSR akan menggunakan InQuanto untuk meneroka kaedah baharu bagi memodelkan sistem molekul dan subsistem kecacatan yang kompleks ini. Kaedah baharu yang ditemui ini akan digabungkan ke dalam InQuanto dan akan tersedia untuk kegunaan para saintis serta penyelidik lain yang menggunakan platform perisian ini.

Ilyas Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Quantinuum berkata: "Usaha yang kami lakukan dengan JSR merupakan kemuncak kecanggihan sains bahan menggunakan komputer kuantum dan kami teruja untuk meneruskan hubungan kami. Usaha ini akan terus mengembangkan fungsi InQuanto dengan memastikan bahawa perkembangan baharu akan tersedia kepada pengguna lain pada masa akan datang. Inilah nilai kerjasama seperti ini: saintis JSR berpengetahuan dalam sains bahan, kami berpengetahuan dalam pengkomputeran kuantum manakala komuniti saintifik mendapat manfaatnya."

InQuanto baru-baru ini telah dilancarkan sebagai platform kendiri dan menyatukan algoritma, kaedah dan teknik pengurangan bunyi terkini yang digunakan oleh para saintis molekul dan bahan serta penyelidik komputer dan pelagak kuantum. Ia akan memberikan para saintis dan penyelidik JSR pemahaman yang lebih hebat tentang keupayaan komputer kuantum dalam usaha mereka meneroka kelebihan kuantum dalam kimia pengkomputeran.

Sebagai peneraju yang diiktiraf dalam pengkomputeran kuantum, Quantinuum menjalinkan kerjasama yang aktif dengan rakan industri di seluruh sektor automotif, bahan kimia, farmaseutikal dan tenaga. InQuanto didayakan oleh kit peralatan TKET Quantinuum yang memudahkan para penyelidik untuk menyasarkan semula algoritma daripada satu peranti atau simulator kepada peralatan lain.

Quantinuum 

Quantinuum ialah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terbesar di dunia yang ditubuhkan melalui gabungan perkakasan Honeywell Quantum Solutions yang terkemuka di dunia dan aplikasi dan perisian tengah Cambridge Quantum yang menjadi peneraju dalam kategorinya. 

Quantinuum mempunyai lebih 450 orang pekerja termasuk 350 orang saintis di lapan buah lokasi di AS, Eropah dan Jepun. 

Quantinuum yang diterajui sains dan dipacu perusahaan, mempercepatkan pengkomputeran kuantum dan pembangunan aplikasi di seluruh bidang kimia, keselamatan siber, kewangan dan pengoptimuman. Tumpuan Quantinuum adalah untuk mewujudkan penyelesaian kuantum komersial dan boleh dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah paling mendesak di dunia dalam bidang seperti tenaga, logistik, perubahan iklim dan kesihatan. 

Set peralatan pembangun sumber terbuka Quantinuum iaitu TKET, menyediakan akses inklusif platform kepada simulator dan perkakasan kuantum terkemuka di dunia serta meningkatkan prestasi setiap produk Quantinuum, termasuk platform penjanaan kunci keselamatan siber iaitu Quantum Origin, pakej sains bahan dan kimia pengkomputeran kuantum iaitu InQuanto serta λambeq, set peralatan linguistik berkomputer dan pemprosesan bahasa asli kuantum Quantinuum. 

Komputer kuantum generasi H1 Quantinuum yang Dikuasakan oleh Honeywell merupakan salah satu yang termaju di dunia dan merupakan yang pertama melepasi penanda aras 4096 iaitu jumlah kuantum standard industri. Pada bulan Mac tahun 2020, Quantinuum (sebagai Honeywell Quantum Solutions) komited untuk meningkatkan jumlah komputer kuantum Siri H komersialnya mengikut urutan magnitud setiap tahun untuk tempoh lima tahun berikutnya. 

Tanda Dagangan Honeywell digunakan di bawah lesen Honeywell International Inc. Honeywell International Inc. tidak membuat sebarang pernyataan atau jaminan yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan ini. Produk ini dihasilkan oleh Quantinuum.

www.quantinuum.com 

[1] https://www.science.org/doi/10.1126/science.1243098  (paywall)

Source: Quantinuum
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Semiconductors Licensing/marketing agreements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)