omniture

BATTISTA SEDANG DALAM PEMBINAAN: PENGELUARAN BERSIRINYA DIPERCEPATKAN DI ATELIER KHAS DI ITALI

Automobili Pininfarina
2022-07-14 17:09 78
  • Kereta hiper GT elektrik sepenuhnya yang pertama di dunia memasuki pengeluaran bersiri di ruang khusus di tengah-tengah hab reka bentuk, kejuruteraan dan pembangunan Automobili Pininfarina di Cambiano, Itali
  • Ruangan Atelier Battista telah diubah suai dengan teliti untuk pembuatan Battista dengan tangan, kini turut menampilkan ruang penempahan khusus untuk bakal pemiliknya 
  • Setiap Battista memerlukan sehingga 1,340 jam kerja tangan untuk mencapai visi unik setiap pelanggan, sebagai sebahagian daripada pengalaman menyeluruh dan kolaboratif dengan para pereka Automobili Pininfarina
  • Menghasilkan lebih 1,900 PS (kuasa kuda) dan 2,340 Nm tork, Battista merupakan kereta sport Itali yang paling berkuasa dalam sejarah. Tidak lebih daripada 150 unit yang akan diambil tempahan dan dibina untuk para pelanggan di seluruh dunia
  • Per Svantesson, Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Pininfarina berkata: "Kereta GT hiper Battista merupakan satu realisasi impian yang bermula dengan ikon reka bentuk, Battista 'Pinin' Farina yang berhasrat untuk mencipta sebuah kereta cantik yang hanya menggunakan nama Pininfarina. Kami berasa bangga kerana dapat mencapai matlamat tersebut dan dengan berbuat demikian, kami menerajui satu hala tuju ke arah era mewah baharu yang menarik, di mana ketulenan reka bentuk serta fokus terhadap inovasi yang lestari akan membentuk satu siri kenderaan baharu yang luar biasa daripada Automobili Pininfarina."
  • Kereta Battista pengeluaran siri pertama ini yang akan dihasilkan di Atelier yang baharu telah dirakam di Monaco semasa pengalaman ujian pelanggan sulungnya
  • Video ruangan Atelier Battista yang baharu di Cambiano, Itali: youtu.be/PFkAfCSZ0kk
  • Pek imej dan pautan filem 

CAMBIANO, Itali dan MUNICH, Jerman, 14 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Penghasilan Battista, iaitu kereta hiper GT elektrik sepenuhnya yang pertama di dunia, telah dimulakan di sebuah ruangan Atelier baharu khusus di Cambiano, Itali. Terletak di wilayah Piemonte di Itali, pencapaian ini mewakili suatu fasa menarik dalam kisah pembangunan pembuat kereta mewah Itali baharu, Automobili Pininfarina.

The Battista next to the Bespoke area at the Battista Atelier of Automobili Pininfarina in Cambiano.
The Battista next to the Bespoke area at the Battista Atelier of Automobili Pininfarina in Cambiano.

 

Battista yang memenangi anugerah itu kini dihasilkan dengan tangan oleh sepasukan artisan di kemudahan khas seluas 2,300 meter persegi, yang akan dicipta tidak lebih daripada 150 unit sepanjang kitaran hayatnya. Para pemilik Battista boleh menantikan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia melalui 25 rakan kongsi mewah yang berpengalaman yang berada dalam rangkaian peruncit global Automobili Pininfarina, serta pasukan pakar Perhubungan Pelanggannya sendiri.

Per Svantesson, Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Pininfarina berkata: "Saya berasa bangga dapat memimpin pasukan yang bertanggungjawab merealisasikan Battista yang memenangi anugerah menjadi sebuah kereta pengeluaran. Sejak pelancaran Automobili Pininfarina di Rom pada tahun 2018, kami telah membangunkan sebuah pasukan yang terdiri daripada 118 orang pakar yang diambil dari 20 buah negara di seluruh dunia. Kumpulan 'keluarga' yang pelbagai ini kini diletakkan di Ibu Pejabat Munich kami dan di pejabat kami di utara Itali di mana terdapat pasukan pereka, jurutera dan pakar pembangunan kenderaan yang semakin berkembang sentiasa membayangkan penghasilan kenderaan masa depan yang inovatif.

"Keluarga hebat ini telah mengatasi cabaran yang signifikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan mengekalkan fokus yang mendalam terhadap menggembirakan para pemilik Battista. Penyampaian Battista pada tahun ini menandakan satu lonjakan dalam kemajuan reka bentuk dan teknologi automotif dan saya pasti dengan memiliki kenderaan ini akan mendatangkan kepuasan dan rasa yang luar biasa dalam ukuran yang sama." 

PENCIPTAAN KONTEMPORARI: MEMBINA BATTISTA

Salah seorang ahli keluarga Automobili Pininfarina yang pelbagai ini ialah Pengarah Pengeluaran, Andrea Novello. Datuk Novello telah bekerja di kemudahan yang sama beberapa dekad yang lalu, namun pembelajaran dan teknik beliau terus digunakan dalam penghasilan Battista.

Andrea Novello berkata: "Atelier Battista mengembalikan kenangan, dikelilingi oleh sejarah dan inspirasi dalam sebuah kemudahan yang telah diperbaharui untuk memudahkan pemasangan kereta paling berkuasa yang pernah dicipta di Itali. Di sini kami menggabungkan komponen, bahan dan proses jaminan kualiti yang paling canggih dari segi teknikal untuk memastikan pemilikan Battista adalah menyeronokkan sama seperti pengalaman pemanduan yang ditawarkannya."

Battista Atelier dibahagikan kepada 14 zon pengeluaran dan jaminan kualiti. Dengan menggunakan teknologi moden – seperti beberapa rig pelekapan baharu yang khas di seluruh Atelier – serta lebih banyak proses dan alat tradisional, seperti pemutar skru pneumatik yang sangat tepat yang digunakan untuk pemasangan terperinci pada Battista, sebuah proses pembinaan yang menghormati warisan pembinaan badan kenderaan kemudahan tersebut.

Dari mula hingga akhir, pemasangan setiap Battista mengambil masa 10 minggu, manakala kemasan cat menggunakan tangan bagi Battista Anniversario memerlukan tambahan masa sehingga 18 minggu. Setiap Battista dipasang secara individu oleh 10 orang ahli pertukangan yang mengambil masa lebih 1,250 jam. Ciri reka bentuk dan kemasan akhir yang ditempah khas bagi Battista Anniversario yang eksklusif ini melanjutkan masa ini sehingga 1,340 jam.

Casis bergolek Battista yang terdiri daripada rangkaian kuasa elektrik, bateri berbentuk T, monokok gentian karbon dan semua sistem elektriknya memasuki zon pertama untuk penilaian terhadap piawaian kualiti ketat Automobili Pininfarina. Statusnya direkodkan di sini. Ini merupakan yang pertama daripada banyak laluan yang diuruskan secara elektronik yang mesti Battista lalui sambil ia bergerak menuju ke Cambiano.

Battista mula terbentuk apabila kerangka badan utamanya yang telah disiapkan kemudiannya dicantumkan dengan monokok. Dengan adanya bumbung 'Goccia' yang menutupi kabin, Battista memperoleh kekuatan dan ketegaran struktur. Dilekapkan pada satu lagi rig khas, proses yang mengambil masa dua hari ini mengukur dan merekodkan setiap dimensi dan parameter kepada toleransi terbaik dalam kawasan pengukuran di tengah-tengah kemudahan tersebut yang telah ditampilkan dalam kejayaan penciptaan kenderaan khas selama 20 tahun. Badan tersebut kemudiannya dikeluarkan daripada casis sebagai persediaan untuk berpindah ke kemudahan cat khusus.

Kitaran cat standardnya mengambil masa tiga hingga empat minggu, menggunakan sebatian cat baharu dengan kemasan logam berbilang lapisan menggunakan salah satu daripada 28 warna yang diilhamkan dari wilayah Piemonte di Itali – rumah kepada Automobili Pininfarina. Setiap panel dipasang pada rig khas yang lain untuk memastikan padanan warna yang sempurna. Ketika kerja cat luarannya disiapkan, papan pemuka dan elemen dalamannya akan dipasang.

Di zon kelima, 80 peratus daripada kenderaan tersebut telah dipasang dan mengambil masa selama dua hari. Lif ergonomik dengan jig yang khas akan membantu setiap ahli pertukangan lelaki dan wanita mencapai toleransi ketat yang diperlukan untuk elemen seperti pelindung lingkungan roda dan permukaan lantai bawah yang rata. Pintu bukaan rama-rama yang kompleks - iaitu satu reka bentuk yang canggih dan penting kepada struktur kenderaan – juga dipasang di peringkat ini, yang mengambil masa dua hari, menggunakan satu lagi peralatan pelekapan unik yang boleh menyokong berat pintu dan condongan dalam pelbagai arah untuk memastikan semua benda yang dipasang diselaraskan dengan sempurna.

Seterusnya pemeriksaan dan pengujian barisan akhir yang pertama dijalankan, dengan perisian dan peralatan khas digunakan untuk memeriksa sama ada semua piawaian dipenuhi ketika kenderaan ini berada dalam Mod Tumbuhan. Ia kemudiannya beralih kepada Mod Pelanggan untuk memastikan fungsi situasi sebenar berfungsi sebagaimana yang sepatutnya – termasuk pengecasan bateri, maklumat hibur dan bunyi khas SUONO PURO Automobili Pininfarina yang unik.

Stesen kerja fizikal terakhir di Atelier menyaksikan Battista diangkat pada lif yang lain selama 24 jam untuk melengkapkan penjajaran roda dan stereng yang menyeluruh. Setiap kenderaan kemudiannya diperiksa di kawasan pengurusan air untuk memastikan air tidak dapat masuk ke dalam kenderaan tanpa mengira intensitinya sebelum log keluar terakhir dan penyiapan log digitalnya.

Pemeriksaan kualiti terakhir akan dilengkapkan oleh pakar yang bersemangat untuk menyampaikan kesempurnaan, yang turut merangkumi ujian kefungsian, penilaian estetik yang menyeluruh dalam terowong cahaya dan ujian di atas jalan raya. Program ujian GT yang terhebat ini dilengkapkan dengan laluan khas yang direka untuk menilai setiap kereta Battista dengan mengambil kira cara pemilik menggunakan kenderaan mereka merentasi pelbagai jenis dan permukaan jalan raya. Setiap Battista akan disahkan oleh pemandu ujian yang sama dengan perincian yang luar biasa sebelum kembali ke Cambiano, di mana balutan pelindungnya ditanggalkan sebelum pemeriksaan estetik akhir dilakukan, agar semuanya sedia untuk penghantaran kepada pelanggan.

Paolo Dellacha, Ketua Pegawai Produk dan Kejuruteraan Automobili Pininfarina berkata: "Objektif kami bersama Battista adalah untuk menyampaikan pengalaman pemanduan kenderaan 'Gran Turismo' jenis baharu yang memukau, memanfaatkan kuasa yang belum pernah diterokai sebelum ini yang dibangunkan melalui pengelektrikan serta melengkapi hasil kerja hebat pasukan Reka Bentuk kami dengan sempurna dari segi bentuk dan butiran yang ditampilkan di seluruh kereta hiper GT ini.

" Kami mengutamakan kualiti dalam segala perkara yang kami lakukan. Daripada komponen teknikal bertaraf dunia kepada pengujian tanpa henti sepanjang program pembangunan Battista, kami ingin memastikan pelanggan kami dapat menikmati setiap pengalaman dengan kereta pertama yang luar biasa ini daripada pasukan Automobili Pininfarina."

PERJALANAN YANG ISTIMEWA UNTUK SETIAP PELANGGAN 

Mengunjungi Atelier Battista memberi peluang kepada setiap pemilik untuk bertemu dengan pasukan di sebalik penghasilan kenderaan tersebut, bekerjasama untuk menyesuaikan reka bentuk kereta mereka dan melihat ia dibina sebagai sebahagian daripada pengalaman pengujian dan pemilikan yang tiada tandingan.

Pelanggan akan dibawa melalui proses perundingan yang mendalam untuk mengkonfigurasi Battista mereka.  Cadangan reka bentuk khas akan dicipta untuk setiap pelanggan sebelum mereka dijemput ke Cambiano untuk berbincang secara bersemuka dengan para pereka, di mana mereka kemudiannya memperhalusi spesifikasi akhir mereka.

Dave Amantea, Ketua Pegawai Reka Bentuk Automobili Pininfarina akan berinteraksi dengan setiap pelanggan untuk menyempurnakan konfigurasi mereka. Amantea berkata: "Setiap Battista akan direka khas. Sebagai pereka yang bersemangat, kami suka berkongsi kepakaran dan pandangan kami dengan para pelanggan, mendedahkan falsafah reka bentuk PURA yang unik serta bekerjasama untuk mewujudkan Battista tempahan khas yang sepadan dengan keperibadian dan spesifikasi impian pelanggan.

"Ia merupakan suatu pengalaman yang amat peribadi, maka adalah penting untuk kami memberikan mereka inspirasi dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan ketika mereka memilih daripada pilihan yang begitu banyak. Proses ini menjamin versi Battista yang begitu jelas untuk setiap pemilik yang menampilkan personaliti mereka walau ke mana sahaja mereka pergi." 

Di sebelah kawasan pemasangan, terdapat ruang penempahan untuk pelanggan, di mana pilihan warna luaran dan dalaman serta bahan boleh ditentukan yang menampilkan pelbagai sampel untuk dilihat, disentuh dan dirasa. Bagi bahagian luar, elemen tambahan juga boleh ditentukan seperti Pek Barang Kemas Luaran Battista, warna angkup brek dan kemasan tersuai untuk tayar. Secara keseluruhannya, terdapat sehingga 13.9 kuintilion untuk kombinasi luaran.

Untuk bahagian dalaman, terdapat 128 juta kemungkinan konfigurasi melibatkan warna, bahan-bahan – termasuk kulit, Alcantara dan aluminium – serta pengukiran yang membolehkan pelanggan mencipta sebuah Battista yang unik. Keeksklusifan dapat meningkatkan status pelaburan Battista yang dibina berdasarkan sejarah karya agung permotoran yang boleh dikumpul untuk membawa nama baik Pininfarina. 

Sara Campagnolo, Pengarah Reka Bentuk Warna & Bahan berkata: "Dengan Battista, kami berpeluang untuk membawa personalisasi dan ketukangan sebenar kepada sektor yang serba baharu. Menggabungkan teknologi inovatif dengan warisan reka bentuk Pininfarina yang kaya merupakan suatu keistimewaan sebenar, menggunakan bahan dan proses lestari yang akan kami bawa dan pertingkatkan dalam projek di masa hadapan."

Sepanjang perjalanan proses reka bentuk dan penciptaan, pelanggan akan dikemas kini tentang status Battista mereka yang dikongsi secara langsung dengan mereka oleh Pasukan Perhubungan Pelanggan Automobili Pininfarina.

PENGALAMAN PEMILIKAN YANG TIADA TANDINGAN

Perkhidmatan pelanggan Automobili Pininfarina akan sentiasa dipastikan tersedia bagi pemilikan Battista seumur hidup. Pendekatan digital secara menyeluruh bagi perkhidmatan selepas jualan yang merangkumi pengurusan alat ganti dan waranti, latihan serta diagnostik jarak jauh yang menyokong ketenangan fikiran, disampaikan oleh rakan peruncitan global. Dengan kehadiran di seluruh Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, Australia dan Asia – para pelanggan akan sentiasa dijaga walau di mana sahaja mereka berada.

Untuk urusan melibatkan pakar teknikal, terdapat 'doktor terbang' yang akan terbang ke mana-mana sahaja di dunia untuk membantu menyokong pelanggan dan Battista. Dengan pengetahuan ensiklopedik tentang Battista, pasukan doktor terbang turut terlibat dalam pembangunan kereta ini sejak dari awal lagi, termasuk pembangunan manual pemilik Battista dan manual bengkel rakan kongsi peruncitan Battista.

Pemiliknya juga akan diyakinkan dengan pakej perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif:iaitu Eccellenza, Futura dan Eterna.

  • Eccellenza: Sebuah program penyelenggaraan eksklusif selama lima atau 10 tahun yang memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan terhadap semua fungsi dan komponen kenderaan sepanjang pemilikan, memberikan prestasi optimum serta melindungi waranti dan nilainya.
  • Futura: Waranti bateri dan rangkaian kuasa lanjutan Automobili Pininfarina untuk Battista, memberikan perlindungan dan jaminan tambahan selama tujuh tahun ke atas waranti standard iaitu tiga tahun.
  • Eterna: Sebuah penyelesaian yang sedia untuk dipasang yang memperkayakan pengalaman pemilikan dan nilai jangka panjang Battista, program Eterna ini menawarkan kit alat ganti bahagian badan yang boleh ditempah semasa mengkonfigurasi kereta ini. Ia dihasilkan dan dipadankan dengan konfigurasi asal serta dicat pada waktu pengeluarannya.

Penghantaran kepada pelanggan Battista di seluruh dunia akan bermula pada musim panas ini. Kereta hiper GT elektrik sepenuhnya ini akan dinyatakan sama ada dalam gaya bentuk badan 'Pura' atau ditampilkan dalam pakej reka bentuk badan 'Furiosa'. Lima contoh Battista Anniversario akan dicipta sebagai sebahagian daripada jumlah had pengeluaran sebanyak 150 unit, dengan kenderaan spesifikasi unik ini meraikan pencapaian seumur hidup ikon reka bentuk Battista 'Pinin' Farina. Kesemua lima unit ini telah pun dijual.

Untuk maklumat lanjut, sila layari 

automobili-pininfarina.com/media-zone

NOTA EDITOR 

BATTISTA AUTOMOBILI PININFARINA (PAUTAN KE KIT AKHBAR)

Battista akan menjadi kereta paling berkuasa yang pernah direka dan dibina di Itali dan ia akan memberikan tahap prestasi yang tidak dapat dicapai pada hari ini oleh mana-mana kereta sport yang sah di jalan raya yang menampilkan teknologi enjin pembakaran dalaman. Lebih pantas daripada kereta perlumbaan Formula 1 semasa dalam pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa kurang dua saat, serta mempunyai 1,900 kuasa kuda dan 2,340 Nm tork pada tap, Battista akan menggabungkan kejuruteraan dan teknologi ekstrem dalam satu pakej pelepasan karbon sifar. Bateri 120 kWj Battista membekalkan kuasa kepada empat motor elektrik – satu pada setiap roda – dengan julat gabungan WLTP sehingga 476 km (296 batu), dan julat gabungan EPA AS: 300 batu untuk sekali caj. Tidak lebih daripada 150 contoh Battista akan dihasilkan dengan tangan secara individu di Atelier Battista di Cambiano, Itali.

TENTANG AUTOMOBILI PININFARINA

Automobili Pininfarina berpangkalan di ibu pejabat operasinya di Munich, Jerman dengan pasukan eksekutif automotif yang berpengalaman daripada jenama kereta mewah dan premium. Direka bentuk, direkayasa dan dihasilkan dengan tangan di Itali, kereta hiper GT Battista dan semua model di masa hadapan akan dijual di semua pasaran global utama di bawah jenama Pininfarina. Syarikat baharu ini bermatlamat untuk menjadi jenama kereta mewah yang paling diingini dan lestari di dunia.

Syarikat ini merupakan 100 peratus syarikat pelaburan Mahindra & Mahindra Ltd.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1857860/Automobili_Pininfarina_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1857862/Automobili_Pininfarina_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1857861/Automobili_Pininfarina_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1857863/Automobili_Pininfarina_4.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1857864/Automobili_Pininfarina_5.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1857865/Automobili_Pininfarina_6.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1316779/Automobili_Pininfarina_Logo.jpg?p=medium600

Configuration suite at the Battista Atelier allows clients to be inspired by the design team in creating their dream Battista.
Configuration suite at the Battista Atelier allows clients to be inspired by the design team in creating their dream Battista.

 

Clients can choose from the full range of personalisation options in the Battista Atelier in Cambiano, including interior and exterior colour combinations, materials and specifications.
Clients can choose from the full range of personalisation options in the Battista Atelier in Cambiano, including interior and exterior colour combinations, materials and specifications.

 

Battista moves through dedicated zones in Cambiano over the course of at least 10 weeks.
Battista moves through dedicated zones in Cambiano over the course of at least 10 weeks.

 

Battista in Monaco 1
Battista in Monaco 1

 

Battista in Monaco 2
Battista in Monaco 2

 

 

Source: Automobili Pininfarina
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Transportation New products/services