FRANKFURT, Jerman, 10 Oktober 2013 /PRNewswire/ --
LearningMate Solutions, pembekal utama dunia untuk bahan dan penyelesaian teknologi bagi pasaran pendidikan, meraikan ulang tahun ke-10 pagi tadi di Pesta Buku Frankfurt di Frankfurt, Jerman.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120705/543334 )
Ditubuhkan pada tahun 2003, lapan ahli utama LearningMate memperjuangkan misi bagi menyemai teknologi ke dalam pendidikan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih beraneka dan lebih menarik bagi melibatkan lebih ramai individu terhadap akses kepada analitik pembelajaran berwawasan dan data yang boleh digunakan dalam langkah tindakan yang direka bagi memperkayakan proses pembelajaran.
Sebagai perintis dalam gerakan EdTech, LearningMate dengan pantas menjadi sumber yang diyakini bagi keperluan penerbitan. Syarikat itu terus berevolusi dan menanam akar umbi lebih jauh dalam aliran kerja serta proses penerbitan dan ilmu pengetahuan dan pengalaman turut memberi ruang kepada inovasi dan perkembangannya. Alatan milikan mereka direka bagi melancarkan penerbitan dan menambahkan skala mula diperkenalkan dan perkhidmatan baharu terus ditambah.
"Revolusi peranti mempunyai impak luar biasa ke atas pendidikan dan pasaran menjadi semakin tertumpu untuk mengalihkan bahan bercetak kepada kursus digital dalam talian, makmal pembelajaran dan simulasi. Di sinilah nilai kami benar-benar menyerlah," kata Sam Sen, Ketua Pegawai Eksekutif LearningMate Solutions. "Orang ramai mula sedar bahawa ikutan ini tidak akan pudar dan mereka mencari seseorang yang mempunyai pengalaman dan kepakaran bagi membantu peralihan mereka."
Kini, Kumpulan Teknologi LearningMate mula bertumbuh dan melabur dalam sumber seperti pakar mudah alih, pakar pengalaman pengguna dan arkitek perusahaan bagi memenuhi permintaan pasaran. Sambil pasukan itu berkembang, begitu juga dengan peringkat penglibatan. Keperluan untuk platform dan sistem pembelajaran yang maju dan canggih yang mengandungi pembelajaran mudah suai menjadi lebih tersebar luas dan LearningMate antara pihak yang pertama yang memberi respon terhadapnya.
Malah pasukan itu membuka sebuah Makmal Pembelajaran bagi memastikan mereka kekal maklum tentang ikutan terbaharu dalam menguji penyelesaian eksperimental yang boleh menambah nilai kepada pelanggan serta keseluruhan industri. Di sinilah produk seperti GoClass, aplikasi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan awan untuk pembelajaran mudah alih; QuAD, alat penulisan, pengurusan dan penyampaian penilaian; serta Learning eXchange, platform pengurusan pembelajaran boleh suai khusus, telah dilahirkan.
Pasukan bahan itu juga turut berkembang dengan menambah perkhidmatan penyuntingan dan mengambil bakat untuk bekerja termasuk pereka arahan, penyunting, rangkaian yang terdiri daripada 400+ PKS dan banyak lagi.
"Sumber terbaik kami adalah pasukan kami yang berbakat dengan gabungan pengalaman dan aset kemahiran mereka. Setiap kali kami memulakan penglibatan dengan pelanggan baharu, menggajikan bakat baharu atau melibatkan diri dalam penyelesaian yang memanfaatkan industri, kami akan melangkah keluar daripada kebiasaan dan kami akan terus maju. Itulah yang memacu rekaan, inovasi dan kecekapan pengendalian di belakang LearningMate. Kami tidak pernah berhenti untuk terus berkembang dan belajar," kata Sen. "Model perniagaan kami sememangnya merupakan sebuah perkongsian. Kami mahu penerbit kami berjaya. Kami mahu pendidikan berjaya. Dan kami takkan berputus asa untuk terus menjayakan itu."
Hari ini, syarikat itu terus bekerjasama dengan penerbit pendidikan terbesar di dunia dan mempunyai lebih daripada 600 kakitangan daripada tiga buah negara.
Tentang LearningMate Solutions, Inc. LearningMate membangunkan pengalaman pembelajaran interaktif yang menarik dan dengan arahan mantap pada pelbagai platform dan peranti teknologi. Syarikat itu mempunyai kepentingan di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan India. LearningMate berkhidmat untuk pelanggan di seluruh dunia yang terdiri daripada penerbit pendidikan, sekolah dalam talian, universiti, agensi kerajaan, organisasi tanpa untung dan konsortia pendidikan.
Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang siaran ini atau ingin menjadualkan sesi temu ramah, sila hubungi Danielle Holmes melalui talian +1-615-900-4109 atau melalui emel dengan alamat danielle.holmes@learningmate.com.
Sumber: LearningMate Solutions, Inc.