LONDON, 14 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Dengan bantuan 10 orang kanak-kanak yang imaginatif, The Hundred, pertandingan kriket terbaharu yang menggabungkan hiburan blokbuster dengan kriket bertaraf dunia, telah mendedahkan pembinaan stadium yang memukau dalam Minecraft, permainan video medan ujian terbesar di dunia.
Kanak-kanak yang meminati Minecraft di seluruh negara telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan 'Every Block Counts' The Hundred, serta ditugaskan untuk mereka bentuk bayangan stadium kriket terbaik mereka tanpa had dari segi kandungan yang ada di dalamnya.
Penyertaan pemain Minecraft muda yang memberi inspirasi ini begitu imaginatif dan 10 reka bentuk terbaik telah merangkumi segala ciri yang diperlukan untuk stadium maya tersebut. Dibina dalam ruang angkasa lepas Minecraft, dunia permainan ini menampilkan sebuah wiket tembus pandang, roller-coaster, pintu gerbang pelangi, parit hidupan laut dan taman alam semula jadi atas bumbung. Ini adalah stadium sukan pertama yang dibina dalam platform permainan yang terkenal di dunia melalui sebuah pertandingan kanak-kanak.
Dunia stadium maya ini kini dibuka kepada semua untuk membolehkan penerokaan dan interaksi pada PC. Untuk memuat turun stadium ini, sila layari www.thehundred.com/every-block-counts.
Pemenang Kanak-kanak dan Penyertaan mereka:
Pemenang yang disenarai pendek telah menarik perhatian para panel penilai termasuk pemain Birmingham Phoenix dan peminat tegar permainan, Issy Wong serta pakar Minecraft merangkap Pengasas BlockWorks, James Delaney.
Mengulas tentang pelancaran dunia permainan ini, Issy Wong berkata: "Kami telah menyaksikan penyertaan yang di luar jangkaan kami dan binaan akhir ini benar-benar merupakan sebuah stadium kriket blokbuster. Saya berasa begitu hebat apabila dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini; satu lagi yang pertama buat The Hundred dalam usahanya untuk terus mendorong batasan dalam sukan dan hiburan."
"Sebaik sahaja saya membaca ringkasan tentangnya, saya tahu bahawa saya perlu membuat sesuatu yang berwarna-warni. Pintu gerbang stadium ini berbentuk pelangi untuk meraikan kepelbagaian" kata pemenang berusia 12 tahun, Thea. Pemenang berusia 8 tahun, Rosie, mengulas "Dalam Minecraft, imaginasi anda boleh menerawang tanpa batasan! Saya memilih hidupan laut yang berenang di sekeliling padang."
The Hundred kembali untuk tahun kedua, dengan hiburan blokbuster mesra keluarga dan kriket berentak pantas. Permainan lelaki dan wanita bermula pada 3 dan 11 Ogos. Untuk maklumat lanjut, sila layari thehundred.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1858449/The_Hundred_Moat.jpg?p=medium600
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1858453/The_Hundred_Space_Bowl.mp4