omniture

Jenama Perkakas Elektrik Berabad-abad Paris Rhône Terokai Segmen Baharu dengan Projektor UST 4K Tiada Tandingan

Paris Rhône
2022-07-15 02:25 291
  • Projektor UST 4K Paris Rhône-LT002 akan membuat kemunculan sulung globalnya di Indiegogo pada musim panas ini   

PARIS, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Paris Rhône, sebuah syarikat perkakas elektrik dengan sejarah selama lebih 100 tahun, mengumumkan bahawa ia akan melancarkan projektor laser lontaran ultra pendek 4K yang tiada tandingan, Paris Rhône-LT002, di Indiegogo pada 19 Julai 2022.

 

Penampilan sulung global TV Laser 4K Paris Rhône akan menandakan satu permulaan baharu untuk jenama berabad-abad lamanya ini ketika ia berkembang ke dalam segmen baharu untuk membawa pengalaman audio-visual berkualiti tinggi kepada lebih ramai orang di serata dunia. Tawaran pelancaran yang amat kompetitif akan disediakan kepada peserta-peserta dalam kempen Indiegogo, kerana ia menggalakkan lebih ramai orang untuk mendepani masa depan hiburan dengan projektor 4K generasi seterusnya yang menjimatkan kos.

Paris Rhône 4K Ultra Short Throw Laser Projector
Paris Rhône 4K Ultra Short Throw Laser Projector

Mempunyai resolusi 4K dengan 8.3 juta piksel dan HDR 10, TV Laser 4K Paris Rhône menyampaikan imej jelas dan butiran diperkaya untuk keseronokan visual yang tiada tandingan. Lumen kecerahan 2,000 ANSI memastikan kualiti gambar yang terang dan menakjubkan dalam semua keadaan pencahayaan, walaupun semasa menonton filem pada waktu siang; manakala Teknologi ALPD yang terkemuka memastikan gamut warna yang luas, kecerahan tinggi dan kontras tinggi untuk penayangan yang benar-benar terang.

Tambahan pula, dengan kontras natif 3000:1, TV Laser 4K Paris Rhône menayangkan dengan jelas lebih banyak butiran dalam bayang-bayang gelap dan sorotan terang untuk paparan yang sangat jelas, terutamanya apabila pengguna menonton adegan dengan cahaya rendah atau filem hitam putih. Penonton akan turut menikmati ekspresi warna yang tepat hasil daripada gamut warna 100% Rec.709 manakala pemacu berkuasa 50W menyokong audio Dolby dan menyahkod DTS untuk bunyi stereo yang imersif.

Menampilkan kadar lontaran ultra dekat 0.233:1, TV Laser 4K Paris Rhône mampu menayangkan imej-imej luar biasa antara 80-inci hingga 150-inci daripada jarak tiada tandingan hanya 5.8-inci hingga 19.6-inci dari dinding. Kerangka kompak ini bererti pengguna boleh meletakkan TV Laser 4K Paris Rhône pada mana-mana dinding dengan mudah, seterusnya menjadikannya cara yang menjimatkan ruang untuk membawa pengalaman tontonan 4K ke rumah. Tambahan pula, hayat lampu 25,000 jam TV Laser 4K Paris Rhône yang mengagumkan menyokong tontonan sebanyak lebih 12,000 filem berdurasi dua jam lamanya.

Dengan berbilang port, TV Laser 4K Paris Rhône dioptimumkan untuk pelbagai peranti hiburan termasuk komputer, kotak atas-set, pembesar suara dan konsol permainan generasi seterusnya. Pemain akan dapat menikmati permainan yang pantas dengan kependaman rendah melalui projektor tersebut: kadar segar semula 60Hz, masa respons 50ms dan teknologi pelicinan gerakan MEMC membolehkan mereka benar-benar mengasyikkan diri mereka dalam detik tersebut dan mengikuti pertempuran kompetitif yang pantas.

Sama ada untuk menonton filem di rumah, menonton sukan pada skrin besar atau permainan, TV Laser 4K Paris Rhône sangat padat dengan ciri-ciri untuk meningkatkan pengalaman pawagam rumah. TV Laser 4K Paris Rhône akan membuat kemunculan sulungnya di Indiegogo pada bulan Julai dengan tawaran pelancaran yang kompetitif, seterusnya menjadikannya pilihan 4K yang amat menjimatkan kos berbanding projektor lontaran pendek lain yang terdapat dalam pasaran.

Latar Belakang Paris Rhône 

Sejak penubuhannya pada tahun 1915, Paris Rhône berdedikasi untuk membangunkan produk yang menambah ciri kemudahan kepada kehidupan harian pelanggan dan meningkatkan kualiti hidup keseluruhan mereka. Ia mengkhusus dalam penyelidikan dan pembuatan elektronik selama lebih seabad, beradaptasi dengan kemajuan teknologi yang baharu untuk meningkatkan pengeluaran perkakas elektrik, reka bentuk produk dan pembangunan pengaruh jenama.

Jenama ini dan sub-jenamanya kini meliputi pelbagai jenis produk termasuk perkakas kualiti udara, perkakas mencuci, perkakas dapur, peralatan audio dan perkakas rumah yang lain. Dengan kepakaran selama seabad dalam mengejar inovasi bermakna dan reka bentuk yang utama dalam industri, kini Paris Rhône memiliki reputasi seluruh dunia kerana mencipta perkakas rumah pintar luar biasa yang menambah nilai kepada kehidupan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://igg.me/at/parisrhonelaser

Teroka lebih lanjut tentang Paris Rhône: https://www.parisrhone.co/ 

Source: Paris Rhône
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail New products/services Future Events