omniture

Triastek umum kolaborasi penyelidikan dengan Lily terokai aplikasi teknologi pencetakan 3D dalam penyampaian ubat-ubatan secara oral

Triastek, Inc.
2022-07-15 02:38 237

NANJING, China, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 13 Julai 2022, Triastek, Inc. ("Triastek") mengumumkan satu kolaborasi dengan Eli Lilly and Company ("Lilly"), sebuah syarikat farmaseutikal global yang terkemuka untuk memanfaatkan kelebihan teknologi pencetakan 3D bagi mengupayakan pelepasan ubat-ubatan bersasaran dan terprogram pada bahagian-bahagian tertentu dalam saluran GI.

Menurut perjanjian tersebut, projek berkenaan akan menumpukan kepada pelepasan ubat-ubatan bersasaran dalam usus kecil. Triastek akan memberi tumpuan kepada dua aspek: Pertama, menjalankan kajian mendalam terhadap sifat-sifat eksipien dan parameter proses untuk mengekalkan kestabilan ubat sepanjang pembangunan formulasi dan proses pencetakan 3D selain semasa pelepasan ubat. Kedua, mengenal pasti rekaan bentuk dos struktur tiga dimensi unik, yang akan membenarkan pelepasan ubat-ubatan terprogram pada bahagian-bahagian tertentu dalam usus kecil, dengan matlamat untuk meningkatkan bioketersediaan ubat-ubatan yang diberikan secara oral.

Triastek ialah sebuah syarikat platform teknologi pencetakan 3D dan teknologi MED® perintisnya mempunyai aplikasi serba guna dalam pembangunan dan pembuatan bentuk dos pepejal. Dengan pemudahan kolaborasi ini oleh Lilly China Innovation & Partnerships, Triastek akan bekerjasama dengan Lilly untuk meninjau penyelesaian baharu untuk penyampaian ubat-ubatan secara oral.

Triastek komited untuk menggalakkan aplikasi teknologi pencetakan 3D dalam bidang farmaseutikal. Produk pertama dan kedua Triastek (T19 dan T20) telah mendapat kelulusan IND daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. Syarikat ini juga memegang 158 permohonan paten yang berkaitan dengan pencetakan 3D farmaseutikal dengan liputan paten yang komprehensif di dunia. Triastek turut menjalin kerjasama dengan beberapa buah syarikat farmaseutikal multinasional selain syarikat-syarikat farmaseutikal domestik untuk menyediakan penyelesaian teknikal bagi pembangunan formulasi yang mencabar.

Dr. Senping Cheng, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Triastek, berkata: "Kolaborasi antara Triastek dan Lilly merupakan contoh hebat dalam mengaplikasikan teknologi MED® bagi meningkatkan penyampaian ubat-ubatan secara oral. Kami membayangkan teknologi MED® daripada Triastek dapat digunakan untuk mengatasi cabaran dalam formulasi yang membawa kepada pembangunan produk-produk yang bernilai klinikal untuk rakan kongsi global kami."

Triastek

Ditubuhkan pada tahun 2015, Triastek, Inc. ialah peneraju bertaraf global dalam pencetakan 3D farmaseutikal dan mempelopori pelaksanaan penyelesaian farmaseutikal digital. Platform teknologi pencetakan 3D baharu dan proprietari Triastek merangkumi rekaan bentuk dos, pembangunan produk farmaseutikal digital dan pembuatan pintar.

Source: Triastek, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Computer Accessories Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements