![]() |
Syarikat ini berusaha untuk memperluas lagi jejak globalnya untuk memenuhi permintaan yang meningkat dengan pantas bagi automasi perindustrian
CHENNAI, India, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Detect Technologies, sebuah perusahaan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul dana berjumlah $28 juta dalam pembiayaan primer dan sekunder. Detect Technologies menyediakan aplikasi berasaskan awan kepada industri untuk mengautomasi dan meningkatkan kebolehlihatan risiko perindustrian serta meningkatkan produktiviti. Prosus Ventures menerajui pusingan kali ini dengan penyertaan yang signifikan daripada pelabur sedia ada iaitu Accel dan Elevation Capital serta mendapat sokongan berterusan daripada para pelabur sedia ada yang lain—iaitu Shell Ventures, Bharat Innovation Fund dan Bluehill Capital.
Detect Technologies telah berkembang pesat untuk menjadi sebuah perusahaan AI dan SaaS perindustrian yang terkemuka. Syarikat ini akan menggunakan modal ini untuk memperluas dan mengukuhkan lagi jualan serta operasinya di seluruh pasaran antarabangsa di Amerika Utara dan Eropah. Beroperasi dalam ruang AI yang berkembang pesat, syarikat ini juga telah memperuntukkan dana untuk memperkayakan rangkaian produknya.
"Visi kami adalah untuk menyediakan kecerdasan yang boleh diambil tindakan bagi membantu industri mengurangkan risiko yang dihadapi mereka sambil mencapai objektif perniagaan mereka secara lestari. Saya berasa gembira apabila pelanggan kami melaporkan insiden HSE yang lebih rendah dan waktu gendala tidak dirancang yang semakin berkurang serta tahap produktiviti yang semakin meningkat. Kami berterima kasih atas keyakinan yang diberikan oleh para pelabur kami dan berharap dapat mempercepat pengembangan pasaran kami," kata Daniel Raj David, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Detect Technologies.
Ashutosh Sharma, Ketua Pelaburan Prosus Ventures di India berkongsi, "Keselamatan pekerja barisan hadapan dan produktiviti aset merupakan masalah global yang amat besar dan tidak dapat diselesaikan yang memberikan implikasi melibatkan kewangan dan ESG yang signifikan. Pasukan Detect telah menjalankan tugas yang luar biasa dalam membina penyelesaian awan berasaskan pembelajaran mesin serta pasang & pakai untuk mengautomasikan pengesanan bagi pelanggaran keselamatan yang hampir pada masa nyata, yang akan ditunjukkan dalam penerajuan pasaran, kualiti logo serta peningkatan terkini dan yang dijangka dalam perniagaan mereka. Di Prosus Ventures, kami komited untuk menyokong syarikat-syarikat SaaS dalam membina penyelesaian yang benar-benar unik untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar pada skala besar. Kami teruja untuk mengambil bahagian dalam fasa pertumbuhan Detect yang seterusnya dan bekerjasama rapat dengan para pengasas bagi menyokong hasrat mereka untuk menjadi peneraju global dalam penyelesaian automasi perindustrian."
Industri kini sedang aktif meneroka penyelesaian komprehensif untuk mengautomasikan fungsi pengenalpastian dan pelaporan risiko mereka. Portfolio pelanggan Detect semakin berkembang di seluruh dunia dalam pelbagai sektor perindustrian. Peningkatan kebolehlihatan dan cerapan yang boleh diambil tindakan turut membantu organisasi mengurangkan ketidakpatuhan mereka untuk meningkatkan produktiviti dan daya pemprosesan.
"Dari segi sejarah, sektor perindustrian sentiasa dicabar dengan kekurangan data masa nyata dan cerapan untuk mengurangkan isu keselamatan dan kehilangan hasil pendapatan daripada penutupan yang tidak dirancang. Detect telah berada di barisan hadapan dalam menyelesaikan isu-isu ini melibatkan pemasangan yang sangat besar untuk jumlah pelanggan yang sangat besar di seluruh dunia. Di Accel, kami kekal teruja dengan kemajuan yang telah dicapai oleh syarikat sejak kami bekerjasama dengan Detect dan terus merapatkan hubungan ini," tambah Barath Shankar Subramanian, Rakan Kongsi Accel.
Detect akan memperluas pangkalan pelanggannya di Amerika Utara. Syarikat ini telah mewujudkan kehadirannya di Houston, Texas sebagai ibu pejabatnya di Amerika Utara dan telah menandatangani kontrak global berbilang tahun dengan industri yang tersenarai dalam Fortune 500.
Mridul Arora, Rakan Kongsi Elevation Capital, berkongsi, "Kami berbesar hati untuk mengukuhkan hubungan kami dengan Detect dalam fasa perjalanannya yang seterusnya. Detect bukan sahaja mempunyai platform teknologi bertaraf dunia, ia juga telah menambahnya dengan memberikan pelaksanaan yang kukuh. Perkongsian perusahaannya yang luas dengan Shell dan beberapa konglomerat global yang lain merupakan bukti kepada kualiti penyelesaian dan kepentingannya yang tinggi dalam industri ini. Kami yakin bahawa yang terbaik pasti akan datang untuk Daniel, Tarun dan pasukan Detect."
Tentang Detect Technologies
Detect Technologies ialah sebuah syarikat teknologi perusahaan SaaS yang menyediakan kecerdasan kepada Industri untuk mengurangkan risiko yang tinggi melalui rangkaian aplikasi dikuasakan AI yang berasaskan awan. Detect telah mencipta perpustakaan aplikasi AI yang luas yang memberikan cerapan yang boleh diambil tindakan daripada data berstruktur dan yang tidak berstruktur. Cerapan ini telah membantu industri meningkatkan keselamatan di tempat kerja, memantau proses kerja dengan berkesan, meningkatkan kebolehlihatan risiko luaran terhadap infrastruktur mereka serta meningkatkan produktiviti.
Pautan laman web: www.detecttechnologies.com
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1858606/Detect_Founders.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1858607/Detect_Logo.jpg?p=medium600