omniture

Minyak Wangi 'The Scent of Peace for Him'

BOND NO 9 NEW YORK
2013-10-10 21:37 172

-- Kami, Bond No. 9 merupakan penjaga keamanan serta pembuat dan penjual minyak wangi. Kini, akhirnya kami memperkenalkan wangian paling laris No. 1 untuk lelaki, The Scent of Peace for Him. Inilah yang dikenali sebagai penyelesaian konflik.

NEW YORK, 10 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Wangian terbaik mempunyai kesan menenangkan pada tahap psikik dalaman yang terkenal. Dengan menghidu hanya satu semburan, anda akan serta-merta berasa seperti dibawa ke suatu tempat yang menenangkan. Namun demikian, pada tahun 2006, Bond No. 9 memutuskan untuk meningkatkan kualiti sensasi ketenangan yang dihasilkan oleh bauan minyak wangi. Khususnya, kami mencipta minyak wangi eau de parfum pertama di dunia dengan pesanan bagi segenap lapisan masyarakat—satu penghormatan kepada dan usaha mencari keamanan. Pada skala makro, ini bermaksud keamanan dan penyelesaian konflik antara negara; manakala pada skala mikro, ia bermaksud keharmonian dan keseimbangan pada peringkat peribadi. Campuran haruman limau gedang, teratai dan pokok araz Scent of Peace dengan segera menjadi Nombor Satu bagi jualan minyak wangi kami untuk wanita.

Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan siaran media ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/63533-bond-no-9-introducing-the-scent-of-peace-for-him-fragrance

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131010/MM92421 )

La amat bertepatan yang eau de parfum buatan tersendiri yang baharu ini harus direka dan dibuat di New York, tempat bermulanya Bond No. 9, dan inspirasi buat kesemua koleksi bauan metro kami. Lagipun, New York telah lama menjadi sebuah tempat dengan pelbagai kaum dan bangsa dengan latar belakang yang berbeza, yang merupakan sebuah tempat yang penuh toleransi dan persefahaman. Ia juga merupakan tuan rumah kepada Bangsa-Bangsa Bersatu, yang merupakan bandar yang di situ masyarakat yang berbeza-beza hidup berdekatan antara satu sama lain dan kadangkala bercampuran (seperti minyak wangi yang indah). Sudah tentu juga peristiwa 9/11 telah menegaskan kepada kami dan juga dunia tentang kepentingan toleransi dan pengenduran ketegangan.

Bauannya merupakan campuran maskulin moden yang menenangkan dan meyakinkan yang terdiri daripada ciri-ciri haruman kontemporari dan tradisional. Ia bermula dengan bergamot klasik, yang merupakan sitrus musim sejuk dengan bau limau yang lembut. Ia turut digabungkan dengan dua perisa baharu: beri juniper dan buah nanas yang masak, berair, dan masam yang memperlihatkan pain dan kehijauan. Harumannya terus memikat hati dengan wangian blackcurrant—bauan cassis yang segar dan mengagumkan; haruman cedarwood yang menenangkan dan wangian vetiver—yang merupakan tulang belakang kepada minyak wangi lelaki. The Scent of Peace for Him kemudian berevolusi menjadi bauan asas tahan lama, yang memberikannya kuasa berkekalan. Minyak nilam, ambar, dan kesturi—tiga penggoda yang pasti; termasuk lumut, yang menambahkan bauan hutan yang bersahaja.

Ia hadir dengan botol yang sederhana: Memperlihatkan garis dan sudut anggun botol berpenyumbat(flacon) terkenal Bond No. 9, ia dijadikan sepenuhnya berwarna biru diraja yang bergema, kaya, dan mendalam yang hampir serupa dengan warna sut perniagaan, dan disertakan dengan lapisan berwarna hitam tali leher kulit di sekeliling lehernya. Warna biru juga dikenali sebagai warna keamanan, kestabilan, ketenteraman, dan ketenangan, seperti yang dibuktikan oleh kajian saintifik dalam memperlahankan metabolisme. Biru gelap, khususnya, secara tradisi telah dikenal pasti sebagai warna lelaki, yang turut dikaitkan dengan kepakaran dan kestabilan.

Menurut para cendekiawan, keamanan ialah satu kemungkinan. Sumbangan Bond No. 9 untuk mencapai matlamat ini adalah untuk menyebarkan keamanan kepada semua melalui bawaan udara—kini untuk lelaki dan juga wanita.

The Scent of Peace for Him boleh didapati dari 1 November 2013 dan akan dijual di lima kedai New York Bond No. 9, Saks Fifth Avenue, Nordstrom dan bondno9.com. Harga: 100ml, $250; 50ml, $180.

Bagi permintaan media, sila hubungi Rayna Greenberg di Bahagian Hubungan Awam Alison Brod
+1-212-230-1800 atau rayna@alisonbrodpr.com. www.bondno9.com

Source: BOND NO 9 NEW YORK
Keywords: Cosmetics & Personal Care Retail Broadcast feed announcements New products/services