omniture

Nebaja Greene Menyertai Mars Petcare untuk Menyelia Bahagian Sains & Diagnostik Baharu

Mars Petcare
2022-07-15 16:33 140
  • Mars Petcare mengumumkan pelantikan mantan eksekutif Johnson & Johnson, Nefertiti Greene, sebagai ahli pasukan Kepemimpinan Global Petcare
  • Greene akan mengetuai bahagian Sains & Diagnostik Mars Petcare yang baharu
  • Menunjukkan komitmen mendalam syarikat terhadap kemajuan sains dan inovasi

BRUSSELS, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Mars Petcare, sebuah syarikat kesihatan, perkhidmatan dan pemakanan haiwan peliharaan terkemuka, telah melantik Nefertiti Greene sebagai Presiden Sains & Diagnostik, sebuah bahagian baharu dalam perniagaannya. Sebagai ahli pasukan kepemimpinan Petcare yang melapor kepada Loic Moutault, Presiden Mars Petcare, Greene akan menyelia perniagaan diagnostik yang semakin berkembang serta memimpin sains di seluruh Mars Petcare termasuk Institut Sains Waltham Petcare.

Nefertiti Greene Joins Mars Petcare to Run New Science & Diagnostics Division
Nefertiti Greene Joins Mars Petcare to Run New Science & Diagnostics Division

 

Selama lebih 50 tahun, Mars Petcare telah memajukan sains untuk memahami keperluan dan kesejahteraan keseluruhan haiwan peliharaan dengan lebih baik.  Pasukan penyelidikan kami bekerjasama dalam pelbagai disiplin seperti pemakanan optimum untuk haiwan peliharaan, sains data, mikrobiom anjing dan kucing serta biopenanda kesihatan dan penyakit.  Pada tahun ini, Mars Petcare mengumumkan tentang biobank haiwan peliharaan pertama di dunia, untuk memberikan pemahaman unik yang membolehkan penyelesaian kesihatan untuk haiwan peliharaan dicapai. Bahagian Sains & Diagnostik Mars Petcare baharu ini mengukuhkan warisan perniagaan dalam bidang sains serta kepemimpinannya dalam diagnostik ramalan.

Loic Moutault, Presiden Mars Petcare berkata: "Nefertiti akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan perniagaan diagnostik kami yang berterusan serta mempercepat kesan sains kami. Kami amat berbangga dengan perniagaan diagnostik kami yang memainkan peranan penting dalam ekosistem Mars Petcare yang lebih luas, sebagai satu cara yang penting bagi kami untuk mencapai Matlamat kami.  Dan kami memperakui bahawa peralihan daripada penjagaan veterinar kuratif kepada pencegahan adalah bergantung pada keupayaan untuk meramal dan mendiagnosis penyakit haiwan peliharaan dengan tepat."

Greene menyertai Mars Petcare dari Johnson & Johnson (J&J) dengan memegang jawatan sebagai Ketua Strategi Perusahaan dan Ketua Kakitangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau membawa pengalaman industri selama hampir 30 tahun yang merangkumi pengurusan am, operasi komersial, penyelidikan praklinikal dan klinikal di seluruh sektor farmaseutikal dan teknologi perubatan. Sebelum jawatan semasa beliau, Greene pernah menjawat beberapa jawatan di J&J termasuk Presiden Ethicon, Inc., A.S., sebuah perniagaan pembedahan am di A.S. yang bernilai berbilion dolar. Sebelum itu, Greene berkhidmat sebagai Presiden Global Ethicon dan Presiden Janssen Therapeutics yang bertanggungjawab terhadap aspek kewangan perniagaan farmaseutikal vaksin dan penyakit berjangkit syarikat tersebut di A.S. Beliau memulakan kerjayanya dalam penyelidikan saintifik dengan Regeneron dan meneruskan kerjaya dalam bidang penyelidikan klinikal, pemasaran dan operasi komersial dengan pelbagai syarikat farmaseutikal, termasuk empat tahun sebagai ketua bahagian diabetes di Bayer AS sebelum menyertai J&J.

Greene berkata: "Saya teruja dapat menyertai pasukan kepemimpinan Mars Petcare dan berharap dapat menggunakan pengalaman saya dalam industri penjagaan kesihatan untuk membantu meningkatkan kejayaan bahagian diagnostik dan sains Mars Petcare. Sebagai pemilik haiwan peliharaan, saya tidak sabar untuk membantu dalam menjangkau dan memberi kesan diagnostik dan sains yang lebih meluas kepada haiwan peliharaan di seluruh dunia."

Semasa di J&J, Greene merupakan penasihat eksekutif kepada Majlis Kepemimpinan Veteran Perusahaan dan ahli lembaga penasihat kepada Perusahaan Keterangkuman dan Kesaksamaan Kepelbagaian Amerika Utara. Beliau kini merupakan ahli Majlis Kepemimpinan Eksekutif dan pada tahun 2019 telah diiktiraf oleh NAFE (Persatuan Eksekutif Wanita Kebangsaan) sebagai Ketua Kewangan Tahun Ini. Greene juga merupakan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sukan Wanita.

Greene menyertai Mars Petcare pada 18 Julai 2022.

Tentang Mars Petcare: 

Di Mars Petcare, kami mempunyai satu tujuan: A BETTER WORLD FOR PETS™ (Dunia yang lebih baik untuk haiwan peliharaan). Melalui penjagaan veterinar, pemakanan, diagnostik rintis, pemantauan kesihatan boleh dipakai, ujian DNA dan kebajikan haiwan kesayangan yang komprehensif, kami membantu haiwan peliharaan di lebih 130 buah negara. Kami telah menyokong penyelidikan dalam sains interaksi antara haiwan dengan manusia yang mengagumkan selama beberapa dekad di Institut Sains Waltham Petcare, tempat di mana para saintis menemui kemajuan penting dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan.  Mars Petcare merupakan sebahagian daripada Mars, Incorporated, sebuah perniagaan global milik keluarga yang fokus untuk menjadi Lestari dalam satu Generasi. Ikuti kami di LinkedIn

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1859472/Mars_Petcare_Nefertiti_Greene.jpg?p=medium600

Source: Mars Petcare
Keywords: Health Care/Hospital Animals/Pets Personnel announcements