omniture

'Mongolian Pride' dipamerkan di Naadam 2022

The Government of Mongolia
2022-07-15 16:53 258

ULAANBAATAR, Mongolia, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Festival Naadam pada tahun ini dianjurkan dengan bertemakan 'Mongolian Pride' atau Kebanggaan Mongolia dengan satu siri acara yang diadakan di ibu negara ini, Ulaanbaatar.

Sambutan cuti kebangsaan Mongolia – yang berlangsung sepanjang minggu ini – memberi tumpuan kepada rakyat Mongolia, kewarganegaraan Mongolia dan masa depan Mongolia, dengan mempamerkan budaya nomad, bahasa Mongolia dan rakyat Mongolia yang kejayaan mereka telah menjadi terkenal di seluruh dunia.

Acara istimewa festival Naadam pada tahun ini termasuk:

  • Konsert Penghormatan Besar Negara di Istana Pusat Budaya dan di Dataran Sukhbaatar yang berlangsung pada hari Ahad
  • Pameran seni halus bertajuk 'Beautiful Mongolia' (Mongolia yang Indah) berlangsung di Galeri Seni Kesatuan Seniman Mongolia dari 28 Jun hingga 17 Julai
  • Pameran fotografi yang mempamerkan 'Mongolian Pride' berlangsung dari hari Sabtu hingga Selasa
  • Festival Kebudayaan Naadam akan turut berlangsung pada hari Isnin dan Selasa
  • Perarakan ketenteraan oleh barisan tentera negara berlangsung pada hari Ahad
  • Majlis perasmian dan penutup (masing-masing pada hari Isnin dan Selasa)

Ini merupakan sambutan Naadam yang terbesar sejak tahun 2019, berikutan pandemik COVID-19. Garis panduan kuarantin yang ketat dan kempen vaksinasi yang telah memastikan 70% daripada populasi Mongolia kini telah divaksin sepenuhnya telah membolehkan keadaan kembali normal pada tahun ini. Langkah-langkah ini juga telah memberikan rangsangan yang ketara kepada sektor pelancongan Mongolia sejak awal tahun 2022.

Serentak dengan sambutan Naadam 2022, Mongolia turut meraikan ulang tahun ke-2230 dan 2231 Rejim Baharu, ulang tahun ke-815 dan 816 Great Mongolia, ulang tahun ke-110 dan 111 Deklarasi Kemerdekaan Mongolia serta ulang tahun ke-100 dan 101 Revolusi Awam.

Semasa Majlis Perasmian pada hari Isnin lepas, Presiden Ukhnaagiin Khürelsükh berkata: "Cuti Kebangsaan Naadam yang diwarisi daripada nenek moyang kami merupakan suatu simbol kewujudan dan kemerdekaan Negara Mongolia, perpaduan dan kebebasan kaum Mongol, sejarah, nilai, warisan kebudayaan, warisan kerohanian dan aset kebudayaan kemanusiaan mereka yang amat berharga."

Turut mengulas, Menteri Kebudayaan Mongolia, Nomin Chinbat berkata: "Dengan sambutan Naadam yang terganggu sejak dua tahun lalu disebabkan berlakunya pandemik COVID-19, program perayaan pada tahun ini menandakan satu lagi pencapaian penting yang menyaksikan Mongolia kembali menjadi normal.

"Selain daripada Naadam sekali lagi memberi peluang untuk meraikan budaya, bahasa dan warisan Mongolia yang unik, sambutan pada tahun ini juga membolehkan kita melihat ke hadapan dan bagaimana Mongolia dan rakyat Mongolia semakin terkenal di pentas dunia." 

Source: The Government of Mongolia
Keywords: Art Entertainment Future Events