omniture

Xinhua Silk Road: Shanghai kekal tempat ke-3 dalam senarai kedudukan ISC20 bagi 2022, lapor Xinhua-Baltik

Xinhua Silk Road
2022-07-18 08:19 175

BEIJING, 18 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Shanghai, hab perdagangan dan perkapalan terkemuka China, kekal di tempat ketiga dalam senarai kedudukan 20 pusat perkapalan antarabangsa terbaik (ISC20) bagi tahun 2022 seperti yang ditunjukkan dalam Laporan Indeks Pembangunan Pusat Perkapalan Antarabangsa Xinhua-Baltik 2022 (Laporan ISCDI Xinhua-Baltik) yang baru dikeluarkan pada hari Isnin lalu.


Shanghai disenaraikan kedudukannya selepas Singapura serta London dan diikuti oleh Hong Kong dan Dubai, seperti yang ditunjukkan oleh senarai kedudukan tahun 2022.

Diperhatikan bahawa ISCDI Xinhua-Baltik menggabungkan tiga dimensi utama dan 16 penunjuk sekunder bagi menilai prestasi komprehensif 43 bandar di seluruh dunia dalam tempoh masa tertentu, seraya menyimpulkan senarai tahunan ISC20.

Khususnya, nama-nama ISC20 lengkap bagi 20 bandar berkenaan ialah Singapura, London, Shanghai, Hong Kong, Rotterdam, Hamburg, New York-New Jersey, Athens-Piraeus, Ningbo Zhoushan, Tokyo, Houston, Guangzhou, Antwerp-Bruges, Qingdao, Busan, Shenzhen, Copenhagen, Los Angeles, Melbourne, untuk senarai kedudukan 20 terbaik bagi tahun 2022.

Apabila dilihat secara geografi, sepuluh daripada 20 yang terbaik terletak di Asia, enam di Eropah dan tiga di Amerika dan satu di Oceania.

Laporan berkenaan menyatakan tiada perubahan yang signifikan berbanding senarai kedudukan tahun lalu ekoran pembangunan bandar-bandar tersenarai yang stabil dari segi aglomerasi sumber dan keupayaan peruntukan.

Selain itu, pandangan pakar-pakar tentang pendigitalan dan penyahkarbonan pelabuhan yang membawa peluang mahupun cabaran untuk industri perkapalan global pada hari ini, dinyatakan sebagai sorotan untuk laporan tahun ini.

Selaras dengan upacara pelancaran laporan berkenaan di Shanghai, sebuah seminar dalam talian telahpun diadakan dengan penyertaan dari seluruh dunia.

Li Jin, Ketua Akauntan bersama Piraeus Port Authority S.A. (PPA), ahli kumpulan COSCO Shipping China, dan Ilias Salpeas, Pengarah Urusan bagi Pertubuhan Pembangunan Perbandaran Piraeus, berkongsi pandangan mereka tentang pembangunan industri perkapalan global semasa seminar tersebut.

Dilancarkan secara bersama oleh China Economic Information Service dan Baltic Exchange pada tahun 2014, Indeks Pembangunan Pusat Perkapalan Antarabangsa Xinhua-Baltik telah menjadikan indeks yang signifikan dan semakin berpengaruh bagi menilai tahap pembangunan pusat-pusat perkapalan utama di seluruh dunia.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/328971.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation