omniture

Pengeluar Pesawat Carolina Utara Opus Aircraft, LLC akan Dijual

Iron Horse Auction Company, Inc.
2013-10-11 01:49 130

ROCKINGHAM, Carolina Utara, 11 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Hari ini telah diumumkan bahawa Opus Aircraft, LLC yang merupakan pengeluar bagi Pesawat Sukan Ringan Khas di Daerah Rockingham, Carolina Utara akan dijual pada Acara Lelongan Bidaan Tertutup pada 15 November 2013, jam 11 pagi di Greensboro, Carolina Utara.

Opus Aircraft telah direka dan dicipta oleh Sir Richard Novel dengan bantuan British Aerospace (pembina Concord Airliner). Sir Richard juga turut mereka cipta dan membina kereta terpantas di dunia yang dikenali sebagai The Thrust SSC. Syarikat Opus Aircraft telah dibawa ke Lapangan Terbang Shiloh di Daerah Rockingham, Carolina Utara pada tahun 2004. Syarikat tersebut menghasilkan pesawat Super 2 yang merupakan sebuah Pesawat Sukan Ringan Khas. Pesawat tersebut merupakan kapal terbang rekreasi/latihan dengan dua tempat duduk sebelah-menyebelah. Kapal terbang dengan kerangka udara aluminium sepenuhnya itu mudah diterbangkan dan berekonomi untuk dikendalikan dan membuatkannya begitu menarik untuk juruterbang baharu.

Semua aset syarikat akan ditawarkan untuk satu bidaan dalam "Format Bidaan Tertutup" yang turut melibatkan satu kapal terbang yang sudah siap dengan sijil kelayakan terbang dan pendaftaran terkini, satu kapal terbang yang sudah 98% siap, empat kerangka udara separa siap, jig struktur, 1/3 juta alat ganti, lukisan, pelan, hak milik, corak, aksesori dan peralatan syarikat tersebut. Kos untuk menghasilkan semula semua aset tersebut dijangka bernilai lebih USD8,000,000.00. Harga tawaran terakhir ialah sebanyak USD2,900,000.00. Walau bagaimanapun, semua aset akan dijual Tidak Mengira Harga bernilai melebihi USD199,000.00 dan ini membuka satu peluang terbaik bagi mendapatkan sebuah perniagaan pembuatan pesawat yang serba lengkap. Opus Aircraft mempunyai kelulusan FAA dan kelulusan kerajaan setanding di England, Sweden, Perancis dan Kanada.

Bidaan Tertutup ini dikendalikan oleh Iron Horse Auction Co., Inc. sebagai ejen jualan untuk pihak Penjual. Thomas McInnis yang mewakili Iron Horse Auction Company, Inc. berkata, "Dengan set Simpanan pada nilai USD199,000.00, sepatutnya ini menjadi peluang yang patut direbut oleh pelabur dan usahawan berpengetahuan bagi membeli sepenuhnya Opus Aircraft dengan aset yang bernilai lebih USD8,000,000.00. Peluang ini boleh dikatakan hampir tidak mungkin akan wujud di Amerika Syarikat."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut hubungi +1-910-997-2248 atau layari laman sesawang kami di www.ironhorseauction.com

Source: Iron Horse Auction Company, Inc.
Keywords: Airlines/Aviation