omniture

Tokoh Industri Geospatial itu Dilantik sebagai Penasihat Strategik Kanan AAM, iaitu sebuah Syarikat Woolpert

Woolpert
2022-07-18 12:05 83

MELBOURNE, Australia, 18 Julai 2022 / PRNewswire/ -- Zaffar Sadiq Mohamed-Ghouse, Ph.D., seorang pakar geospatial yang memenangi anugerah telah menyertai barisan kepemimpinan AAM, iaitu sebuah Syarikat Woolpert. Mohamed-Ghouse akan berkhidmat sebagai penasihat strategik kanan dalam pasukan kepemimpinan geospatial Woolpert, mengukuhkan lagi perkhidmatan dan keupayaan syarikat geospatial global itu.

Zaffar Sadiq Mohamed-Ghouse, Ph.D., has joined AAM, a Woolpert Company.
Zaffar Sadiq Mohamed-Ghouse, Ph.D., has joined AAM, a Woolpert Company.

Mohamed-Ghouse membawa pengalaman beliau selama lebih 25 tahun dalam bidang perundingan kejuruteraan antarabangsa dengan bekerja di seluruh sektor kerajaan, akademik, penyelidikan dan korporat. Beliau telah memegang jawatan kepemimpinan kanan di organisasi geospatial multilateral termasuk Rangkaian Pengurusan Maklumat Geospatial Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Perindustrian Geospatial Dunia serta telah mengetuai projek yang bernilai berjuta-juta dolar untuk pelanggan kerajaan negeri dan persekutuan di Australia, New Zealand, Malaysia, Indonesia, India, Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi. Merupakan seorang profesor di universiti di India dan Australia, Mohamed-Ghouse menggariskan cara sains ruangan menambah baik persekitaran binaan.

Naib Presiden Asia Pasifik Woolpert dan Pengarah Urusan AAM, Brian Nicholls berkata bahawa kepakaran perundingan geospatial Mohamed-Ghouse yang luas akan menyediakan para pelanggan Woolpert dengan penyelesaian yang tersuai dan dapat memberi impak.

"Zaffar telah menunjukkan keupayaannya untuk memberikan perubahan yang positif di seluruh industri dan kami berharap dapat bekerjasama dengan beliau, belajar daripada beliau serta berkembang hasil daripada kepakaran dan pengalaman beliau," kata Nicholls.

AAM telah diambil alih oleh Woolpert pada tahun 2021. Naib Presiden Kanan Woolpert, Joseph Seppi berkata penambahan Mohamed-Ghouse memberikan kelebihan strategik untuk syarikat itu dan memberi banyak manfaat kepada para pelanggannya di seluruh dunia. Mohamed-Ghouse telah mengulas tentang peluang yang dilihat beliau dalam menyertai Woolpert.

"Ini merupakan sebuah pasukan berbilang budaya yang hebat dan pelbagai dengan pelbagai kemahiran dan kepakaran teknikal," kata Mohamed-Ghouse. "Saya berharap dapat bekerjasama dengan kumpulan ini dan mengembangkan portfolio perkhidmatan kami yang luas untuk memajukan industri geospatial."

Tentang AAM, sebuah Syarikat Woolpert 
AAM, sebuah syarikat Woolpert, merupakan sebuah syarikat teknologi geospatial yang mengkhusus dalam pengumpulan, penganalisisan dan penyepaduan maklumat geospatial. Kami percaya bahawa peta digital dan pengukuran menjadikan dunia kita satu tempat yang lebih baik. Dengan mengambil, mengukur dan membentangkan data geospatial, kami membantu para pelanggan membuat keputusan yang lebih termaklum dalam dunia yang semakin kompleks. Woolpert ialah sebuah firma perunding ulung dalam seni bina, kejuruteraan, geospatial (AEG) dan strategik dengan visi untuk menjadi salah sebuah syarikat terbaik di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1911, Woolpert telah menjadi firma AEG yang paling pesat berkembang di Amerika sejak tahun 2015. Firma ini mempunyai 1,900 orang pekerja dan lebih 60 buah pejabat di empat benua. Sila layari aamgroup.com dan woolpert.com.

Hubungan Media: 
Steven Henderson, +61 431 090 338, s.henderson@aamgroup.com; dan Jill Kelley, 937-531-1258,  jill.kelley@woolpert.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1860337/Zaffar_Sadiq_Mohamed_Ghouse_Woolpert.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/463993/Woolpert_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Woolpert
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Personnel announcements