-- PEPSI MENGHANGATKAN KETERUJAAN BOLA SEPAK DUNIA 2014 DENGAN KEMPEN BAHARU MENAMPILKAN LEO MESSI YANG MEMULAKAN GERAKAN TIN SELURUH DUNIA
PURCHASE, New York, 11 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- #FUTBOLNOW – Pepsi membawakan satu keterujaan kepada dunia bagi platform bola sepak sepanjang tahun ini dengan pelancaran kempen baharu, "The Trick," menampilkan Leo Messi #10 yang memegang gelaran "Pemain Dunia FIFA Terbaik" sebanyak empat kali.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131010/NY95098 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120424/NY93895LOGO )
Iklan TV selama tiga puluh saat itu dimulakan dengan Messi melakukan gerakan kaki menakjubkan dengan tin Pepsi ikonik. Para peminat bola sepak seluruh dunia cuba untuk meniru gerakan tin Pepsi Messi dengan cara mereka yang tersendiri, berevolusi dan pelbagai peringkat kejayaan mereka sendiri dengan berlatar belakangkan rentak rancak bertenaga yang mengekalkan momentum, semangat dan persaingan yang sengit.
"Gerakan dengan menggunakan bola sepak sudah cukup sukar, apatah lagi dengan gerakan yang dibuat dengan tin adalah jauh lebih susah," kata Messi. "Saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Pepsi bagi menghidupkan dan melancarkan kempen satu tahun ini yang bakal menjanjikan semangat ghairah penuh mengujakan untuk bola sepak."
"The Trick" merupakan pelancaran dan interpretasi terkini bagi jiwa jenama global "Rebut Keterujaan Masa Kini" serta kempen "Nikmati Hidup Kini" oleh Pepsi yang akan menggalakkan peminat bola sepak seluruh dunia untuk memanfaatkan peluang dalam arena sukan bola sepak ini. Dirakam selama lebih dua hari di Barcelona, Sepanyol oleh 180 LA, iklan itu diarahkan oleh Laurent Chanez dan akan dilancarkan di seluruh dunia pada platform digital Pepsi dan akan ke udara di bandar-bandar terpilih bermula hari ini, 10 Oktober.
"Tahun depan bakal menyaksikan tahun yang hebat untuk bola sepak serta para peminat bola sepak di seluruh dunia dan cara yang lebih baik bagi mencetuskan keseronokan, keterujaan dan semangat daya saing, semuanya dicetuskan oleh tin Pepsi yang ikonik," kata Kristin Patrick, Timbalan Presiden Kanan, Ketua Pegawai Pemasaran Global, Pepsi.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kempen 2013 Pepsi yang dibintangi Leo Messi, layari www.youtube.com/pepsi dan www.pepsi.com.
Tentang PepsiCo
PepsiCo (NYSE: PEP) adalah peneraju dalam industri makanan dan minuman dunia dengan hasil pendapatan bersih sebanyak lebih daripada $65 bilion dan portfolio produk yang termasuklah 22 jenama yang menjana jualan runcit tahunan sebanyak lebih daripada $1 bilion setiap satu. Perniagaan utama kami iaitu Quaker, Tropicana, Gatorade, Frito-Lay dan Pepsi-Cola berjaya menghasilkan ratusan makanan dan minuman lazat yang dapat dinikmati di seluruh dunia. Kakitangan PepsiCo bersatu dalam satu komitmen unik bagi pertumbuhan mampan dengan melabur pada masa hadapan yang lebih menyihatkan bagi penduduk dan dunia kita yang mana kami percaya ia juga harapan kepada masa hadapan yang lebih baik bagi PepsiCo. Kami menamakan komitmen ini sebagai Prestasi dengan Matlamat:: Ikrar PepsiCo bagi menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman daripada kudapan hinggalah makanan yang menyihatkan; bagi mencari kaedah yang inovatif untuk meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar dengan menjimatkan tenaga, air serta mengurangkan isipadu pembungkusan. Kami turut menyediakan tempat kerja yang bagus untuk rakan sekutu kami dan bagi menghormati, menyokong dan melabur dalam komuniti tempatan yang terlibat dalam urusan perniagaan kami. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.pepsico.com.
Tentang Leo Messi
Leo Messi ialah Duta Global Pepsi sejak tahun 2006. Beliau adalah satu-satunya pemain bola sepak yang telah memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFA Tahun Ini sebanyak empat kali berturut-turut dan satu-satunya pemain bola sepak yang memegang lebih daripada 100 rekod dalam arena bola sepak.
Leo sangat komited dengan yayasan beliau sendiri yang dikenali sebagai Yayasan Leo Messi. Sejak tahun 2007, prospeknya adalah untuk mengusahakan tindakan, bukan sahaja di Argentina dan Sepanyol, tetapi juga di luar negara dan bersama institusi lain yang membangunkan projek sejajar dengan ideal yang diperjuangkan yayasan itu: Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan (terutamanya tertumpu pada rawatan kanser kanak-kanak, malaria dan penyakit "Mal de Chagas").