omniture

Bayou dan Wasco Mengumumkan Pelancaran Semula Kemudahan Penebatan Bayou-Wasco

The Bayou Companies; Wasco Energy
2022-07-18 22:00 178

HOUSTON, 18 Julai 2022 /PRNewswire/ -- The Bayou Companies, LLC ("Bayou") dan Wasco Energy ("Wasco"), hari ini mengumumkan pelancaran semula kemudahan Penebatan Bayou-Wasco ("BWI") yang berkuat kuasa serta-merta. BWI akan terus beroperasi dari New Iberia, Louisiana dan menyediakan perkhidmatan penebatan Poliuretana Sintetik Kaca ("GSPU") dan Polipropilena Sintetik Kaca ("GSPP" atau 5LPP) kepada para pelanggan. Selain menyediakan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan di Teluk Mexico, BWI akan turut bekerjasama dengan lokasi Wasco yang lain bagi menyediakan lebih banyak sokongan, kapasiti dan loji yang akan mengurangkan lagi risiko pelaksanaan projek bawah laut utama.

"Landskap dan permintaan untuk menjamin aliran bawah laut telah berubah secara dramatik dan kami teruja untuk melangkah ke hadapan serta bekerjasama dengan Wasco untuk ke pasaran dengan kaedah yang diselaraskan bagi menyokong para pelanggan di seluruh lokasi geografi," kata Tanmay Desai, Ketua Pegawai Eksekutif Bayou. "Kami juga berharap dapat bekerjasama dengan entiti Wasco di seluruh dunia bagi mempercepat pertumbuhan bahagian ODYSEA kami serta memesatkan penggunaan teknologi Goldilocks ("GDLX") di seluruh dunia untuk membekalkan lapisan berasaskan poliuretana dan polipropilena yang sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan." 

"Sejak beberapa tahun yang lalu, pasaran untuk sistem jaminan aliran telah berubah dengan ketara dengan lokasi baharu yang menyediakan peluang pertumbuhan penting kepada produk dan perkhidmatan BWI," kata Giancarlo Maccagno, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wasco Energy. "Wasco teruja dengan peluang untuk memulakan semula kemudahan BWI bersama-sama dengan Bayou, serta prospek untuk menyediakan pelanggan kami dengan rangkaian produk dan perkhidmatan yang berdaya saing."

Tentang The Bayou Companies 

Dengan perkhidmatan yang luar biasa selama 80 tahun, Bayou telah diiktiraf secara meluas sebagai peneraju pasaran lapisan paip di daratan serta luar pesisir dan peneraju penyelesaian penebatan pengkhususan tinggi untuk industri tenaga. Melalui bahagian ODYSEA-nya, The Bayou Companies terus memberi tumpuan dalam memajukan penyelesaian jaminan aliran serta penebatan haba bagi infrastruktur bawah laut untuk para pelanggan laut dalam mereka. Sepanjang sejarahnya yang panjang, Bayou merupakan rakan kongsi yang dipercayai oleh para pelanggannya di seluruh rangkaian perkhidmatan misi penting dan telah meneruskan pelaburan dalam keupayaan yang menyamai permintaan komuniti saluran paip yang semakin meningkat. Bayou telah melabur secara besar-besaran dalam membina kemudahan bertaraf dunia di lokasi strategiknya di kampus New Iberia, Louisiana, termasuk jejak pembuatan dan penyimpanan yang luas dengan menyediakan logistik yang cekap serta operasi yang lancar kepada para pelanggannya. 

Tentang Wasco Energy 

Wasco Energy ialah sebuah kumpulan tenaga bersepadu terkemuka yang beroperasi di pasaran global. Syarikat ini menghasilkan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang dipercayai dan berdaya saing kepada syarikat tenaga, gas dan minyak di seluruh dunia. Wasco Energy telah membina rekod prestasi yang berdaya tahan dalam melaksanakan projek-projek penting di seluruh pasaran utama dan terus mengembangkan jejaknya melalui tawaran produk dan perkhidmatan yang mempunyai kelainan dalam bidang Perkhidmatan Saluran Paip, Perkhidmatan Kejuruteraan dan Perkhidmatan Lapangan.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Untuk The Bayou Companies:
Amber Murphy
amurphy@bayoucompanies.com

Untuk Wasco Energy:
Amanda Chong
amanda.chong@wascoenergy.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1860633/The_Bayou_Companies_Logo.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1860634/Wasco_Energy_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: The Bayou Companies; Wasco Energy
Keywords: Oil/Energy Utilities Contracts Corporate Expansion