omniture

UL Enterprise Melancarkan Jenama Baharu

UL Research Institutes, UL Standards & Engagement and UL Solutions
2022-07-18 22:39 169

Tiga organisasi berlainan menandakan detik penting dalam meneruskan sejarah kepimpinan sains keselamatan selama 128 tahun 

NORTHBROOK, Illinois, 18 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, UL Enterprise melancarkan jenama baharu bagi tiga buah organisasinya — UL Research Institutes, UL Standards & Engagement dan UL Solutions. Jenama-jenama ini menggambar dan menjelaskan peranan unik yang dimainkan oleh setiap organisasi dalam usaha mewujudkan sebuah dunia yang lebih selamat.

"Kepakaran kami dalam bidang sains keselamatan telah merealisasikan kemajuan pengalaman manusia yang merangkumi keselamatan di tempat kerja dan di rumah selama lebih 128 tahun," kata James Shannon, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UL Research Institutes dan UL Solutions. "Semasa jenama-jenama ini menandakan era baharu bagi setiap organisasi kami, kami berkongsi sejarah serta nama-nama makmal Underwriters Laboratories dan UL yang sinonim dengan kepimpinan sains keselamatan. Jenama kami mungkin terus berkembang, namun komitmen kami dalam mewujudkan sebuah dunia yang lebih selamat tetap sama."

UL Enterprise berhadapan dengan cabaran keselamatan secara langsung, mengubah soalan dan hipotesis kepada penyelidikan serta berinovasi untuk memastikan bahawa pengetahuan saintifik digunakan. Kapasiti tiga buah organisasi ini untuk mencipta perubahan diperkukuh dengan rangkaian para penyelidik, jurutera, juruteknologi, pengawal selia kerajaan, pakar teknikal dan pemimpin perniagaan yang hebat demi memajukan sains keselamatan.

Setiap satu daripada tiga organisasi ini — dua buah organisasi bukan berasaskan keuntungan dan sebuah perniagaan komersial — memainkan peranan yang berbeza dalam membantu memajukan sains keselamatan:

  • Jenama UL Research Institutes menunjukkan fokusnya terhadap penyelidikan bebas yang teliti berkenaan risiko keselamatan manusia yang sedang berlaku dan baru muncul. Memandangkan ancaman yang semakin berkembang serta akibatnya yang semakin serius, UL Research Institutes menjalankan penyelidikan saintifik bagi memajukan keselamatan awam — mengumpulkan sumber bagi mengimbas dan menilai risiko keselamatan manusia yang baru muncul dalam bidang seperti sistem autonomi dan kecerdasan buatan.
  • Jenama UL Standards & Engagement menunjukkan teladan dengan peranannya yang lama sebagai fasilitator penting dalam kerjasama awam-swasta yang berkaitan dengan piawaian di seluruh dunia. UL Standards & Engagement menterjemahkan penyelidikan sains data dan keselamatan menjadi piawaian keselamatan yang teliti dan boleh dilaksanakan serta mendorong kempen sokongan keselamatan dengan fokus untuk meningkatkan keselamatan awam.
  • Jenama UL Solutions menunjukkan komitmennya untuk bekerjasama dengan pelanggan dan pihak berkepentingan di seluruh dunia bagi membantu menyelesaikan cabaran keselamatan, perlindungan dan kelestarian. Sebagai peneraju sains keselamatan global, UL Solutions memberikan perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan, bersama-sama dengan produk perisian dan tawaran nasihat yang menyokong inovasi produk serta pertumbuhan perniagaan pelanggan kami.

Walaupun logo untuk organisasi telah dikemas kini bagi mencerminkan jenama baharu ini, UL Certification Marks sedia ada yang menandakan prestasi berkualiti tinggi serta pensijilan kelestarian, perlindungan dan keselamatan pihak ketiga yang bebas, akan kekal tidak berubah.

Tentang UL Research Institutes
UL Research Institutes ialah sebuah organisasi penyelidikan bukan berasaskan keuntungan yang dikhususkan untuk memajukan misi keselamatan awam Underwriters Laboratories melalui penyelidikan dan aplikasi saintifik. Dengan khidmat para pakar terbaik, kami merupakan organisasi penyelidikan sains keselamatan yang unggul di dunia.  Kami menjalankan penyelidikan bebas yang teliti, menganalisis data keselamatan dan meneroka kecanggihan teknologi untuk menjadi yang pertama menemui dan bertindak terhadap risiko keselamatan manusia yang baru muncul.

Tentang UL Standards & Engagement
UL Standards & Engagement ialah sebuah organisasi sokongan dan pembangunan piawaian bukan berasaskan keuntungan yang menterjemahkan data daripada sains keselamatan kepada piawaian keselamatan berorientasikan tindakan yang praktikal. Kami menggabungkan para pakar di seluruh dunia dan berfungsi sebagai sumber yang penting kepada para pengawal selia dan penggubal dasar. Sebagai sebahagian daripada aktiviti jangkauan awam, kami berkongsi pengetahuan, memajukan kerjasama dalam dasar keselamatan berkaitan piawaian serta menyokong piawaian dan peraturan yang menghasilkan perubahan keselamatan yang positif.

Tentang UL Solutions
Peneraju global dalam bidang sains keselamatan gunaan, UL Solutions mengubah cabaran keselamatan, pelindungan dan kelestarian menjadi peluang untuk para pelanggan di lebih 100 buah negara. UL Solutions memberikan perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan, bersama-sama dengan produk perisian dan penawaran nasihat yang menyokong inovasi produk dan pertumbuhan perniagaan pelanggan kami. Tanda Pensijilan UL berfungsi sebagai simbol kepercayaan yang diiktiraf dalam produk pelanggan kami dan mencerminkan komitmen yang teguh untuk memajukan misi keselamatan kami. Kami membantu para pelanggan kami berinovasi, melancarkan produk dan perkhidmatan baharu, memandu arah pasaran global dan rantaian bekalan yang kompleks serta berkembang ke masa hadapan secara lestari dan bertanggungjawab. Ilmu sains kami adalah kelebihan anda. 

Hubungan akhbar:
Steven Brewster
UL Solutions
ULNews@UL.com
T 1+847.664.8425

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1860640/UL_Enterprise__Logo.jpg?p=medium600

Source: UL Research Institutes, UL Standards & Engagement and UL Solutions
Keywords: New products/services Public Safety Data Analytics STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)