omniture

GoodWe Demonstrasikan Kehebatan dalam Projek PV 80MW di Gansu, China

GoodWe
2022-07-19 09:25 164

DUNHUANG dan ZHANGYE, China, 14 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Tatkala China mendorong agenda penyahkarbonannya dengan aktif bagi menjadi ekonomi neutral-karbon menjelang tahun 2060, ia menjadi amat penting untuk meningkatkan inovasi dalam aplikasi teknologi hijau dan model perniagaan. Selaras dengan visi ini, projek-projek solar yang baharu & inovatif diterima pakai demi sumber tenaga yang andal & bersih. GoodWe, pembekal penyongsang PV yang terkemuka di dunia, memperkasakan projek PV 80MW di wilayah Gansu, China dengan begitu banyak sekali.

Projek PV 80MW di Wilayah Gansu, China
Projek PV 80MW di Wilayah Gansu, China

Pernah menjadi hab yang penting sepanjang Jalan Sutera asal, wilayah Gansu telah menyaksikan pertukaran komersial dan budaya antara Timur dan Barat sejak zaman dahulu lagi. Lantaran inisiatif Jalur dan Jalan baharu China, "mutiara" laluan perdagangan yang lalu kembali bersinar. Projek PV terkini di bandar-bandar Dunhuang dan Zhangye Gansu semestinya memberi kekuatan tambahan kepada kelahiran semula kawasan ini, terutamanya berhubung perlindungan alam sekitar dan pembangunan ekonomi.

Terletak di pinggir Gurun Gobi yang luas, bandar Dunhuang mendapat sinaran matahari yang kuat selama berjam-jam sepanjang tahun, namun ia dicirikan oleh udara kering, suhu tinggi dan habuk yang bertebaran. Keadaan persekitaran yang teruk seperti ini, mencetuskan permintaan yang tinggi terhadap teknologi solar yang canggih & berkuasa. Lantaran teknologi termaju yang terbukti dan prestasi yang boleh dipercayai, 356 set penyongsang GoodWe GW225K-HT digunakan dalam projek ini yang menjamin purata penjanaan kuasa tahunan mencecah 186.84 juta kWj dan pengurangan signifikan emisi karbon dioksida sebanyak 142,800 tan.

Sebagai pengeluar penyongsang PV dan sistem storan tenaga yang terkemuka di dunia, GoodWe tidak pernah berhenti mencari inovasi teknologi. Menerusi pelaburannya yang berterusan dalam loji janakuasa dipasang di darat dan tapak tenaga berskala besar, GoodWe telah diiktiraf oleh semakin ramai pelanggan dan pastinya dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan pasaran solar global dan membantu lebih banyak bandar dan kawasan memanfaatkan tenaga bersih boleh diperbaharui.

Latar Belakang GoodWe 

GoodWe ialah pengeluar penyongsang PV dan penyelesaian storan tenaga yang terkemuka di dunia dan disenaraikan sebagai syarikat awam berhad pada Bursa Saham Shanghai (Kod Saham: 688390).

Dengan penghantaran terkumpul mencecah lebih daripada dua juta penyongsang dan pemasangan 35GW di lebih daripada 100 negara dan wilayah, penyongsang solar GoodWe telah digunakan di bumbung kediaman dan komersial, sistem skala industri dan utiliti dengan julat daripada 0.7kW hingga 250kW. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi goodwe.com. 

 

Source: GoodWe
Related Stocks:
Shanghai:688390
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities