omniture

TCL Perkenal Pameran Kategori-Penuh dan Sidang Akhbar Global di IFA 2022

TCL Electronics
2022-07-19 14:03 88

Memaparkan keterujaan koleksi TV QLED Mini LED skrin besar gaya hidup terhubung pintarnya, teknologi paparan terkini dan tawaran kategori penuh

HONG KONG, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- TCL, salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global serta jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, kembali ke IFA 2022 di Berlin pada bulan September, edisi luar talian utama yang pertama dalam pameran perdagangan global untuk pengguna dan barangan elektronik rumah sejak tahun 2019. TCL akan mempamerkan koleksi barang pameran yang pertama di dunia, termasuk teknologi paparan yang terkini untuk TV QLED Mini LED skrin besar dengan lima demonstrasi dan pengenalan kepada tawaran kategori penuh.


Sementara itu, TCL mengadakan sidang akhbar global pada 1 September, diikuti dengan pameran lima hari dengan reruai TCL luas yang menjangkau lebih 2,500 meter persegi.

"Kami teruja untuk kembali di IFA 2022 dan berbangga dapat menjadi sebahagian daripada industri yang dinamik ini. Dengan ciri utama penjenamaan baharu kami 'Inspirasikan Kehebatan' ('Inspire Greatness'), TCL akan terus memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyerlahkan detik-detik paling hebat dalam hidup mereka dengan produk serta perkhidmatan kami," kata Shaoyong Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Electronics.

Di reruai IFA TCL, pengunjung akan berpeluang untuk mengalami estetika, prestasi terunggul dan fungsian paparan terkini, bar bunyi dan peranti boleh pakai pintar, berserta rangkaian penuh peralatan kediaman pintar serta pelbagai prototaip TV baharu. Dengan peluang secara langsung untuk meneroka teknologi di sebalik inovasi, TCL akan turut memperkenalkan AI pembelajaran mendalam yang menyampaikan tahap kualiti imej yang seterusnya.

Sidang Akhbar TCL di IFA 2022
Tarikh
: 1 September 2022
Masa: 14:00 (CEST)
Tempat: Dewan 21B, Messedamm Berlin, Jerman (masuk melalui Sommergarten, antara Dewan 21 dan 22)
Siaran LangsungTCL Electronics di YouTube
Penceramah:

  • Frédéric Langin, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran (TCL Europe)
  • Marek Maciejewski, Pengarah Pembangunan Produk (TCL Europe)
  • Olivier Semenoux, Ketua Pemasaran Produk dan Pengarah Strategi ke Pasaran (TCL Europe)

Twitter: @TCL_TV_Global
Facebook: @TCLElectronicsGlobal
Instagram: @tclelectronics
YouTube: TCL Electronics

TCL akan mengadakan pameran di IFA 2022 seperti berikut:
Tarikh: 2-6 September 2022
Tempat: DEWAN 21A, Messedamm Berlin, Jerman

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan peralatan kediaman pintar.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events