omniture

Perikatan Global CEMS: 25 Tahun dan Masih Terus Berkembang

CEMS
2013-10-11 21:52 114

PARIS, 11 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Program pendidikan perniagaan global rintis yang ditawarkan dengan kerjasama 28 kolej perniagaan yang meneraju merentasi empat benua, meraikan ulang tahun ke-25 dengan penambahan ahli akademik baharu dan majlis penganugerahan ijazah kira-kira 900 pelajar.

Bagi membaca Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/63472-CEMS-global-alliance-25-years-old

Ditubuhkan pada bulan Disember 1988 oleh empat kolej Eropah yang meneraju (ESADE, HEC Paris, Universita Bocconi dan University of Cologne), Perikatan CEMS mereka pendidikan perniagaan Eropah sebenar yang pertama melalui satu ijazah sarjana tunggal. Pada masa ketika Tembok Berlin masih belum diruntuhkan, dan majoriti urusan perniagaan dikendalikan pada tahap kebangsaan, program CEMS membolehkan pelajar berulang-alik antara kolej ahli dan negara ahli untuk pengajian mereka, menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam pasaran antarabangsa masa hadapan.

Hari ini, CEMS ialah perikatan global yang terdiri daripada 28 kolej perniagaan paling berprestij di dunia, lebih 60 majikan multinasional, dan 4 organisasi tanpa untung. Program Ijazah Sarjananya dalam Pengurusan Antarabangsa telah berada dalam kedudukan 10 teratas dalam Financial Times secara tetap selama 8 tahun lepas, dan para graduannya telah diterima bekerja untuk pelbagai syarikat termasuk McKinsey, Google, P&G dan L'Oréal.

Kelas tahun ini yang akan datang ialah kelas yang terbesar dan paling berkepelbagaian setakat ini untuk CEMS, terdiri daripada lebih 1,000 pelajar daripada 67 kewarganegaraan berbeza. Roland Siegers, Pengarah Eksekutif untuk program CEMS percaya popularitinya adalah kerana kehadiran globalnya. "Ia merupakan satu-satunya program pendidikan di dunia yang tiada "tempat kediaman" atau persekitaran budaya yang dominan, bermakna sekali anda menyertainya, dunia ialah tempat kediaman anda," kata beliau.

Bagi menandakan ulang tahunnya yang ke-25, ESADE bakal menganjurkan satu acara tiga hari yang akan mengumpulkan bersama 2,500 ahli Perikatan CEMS. Juga termasuk dalam sambutan itu ialah penambahan kolej perniagaan Chile yang meneraju, Universidad Adolfo Inbanez, kepada program itu dan majlis penganugerahan ijazah untuk bilangan pelajar MIM CEMS yang mencatatkan rekod. Acara ini akan berlangsung di ESADE di Barcelona, tempat Perikatan CEMS telah diasaskan.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang acara itu lawati: http://www.esade.edu/homesite/eng/cems-ae-2013

Tentang CEMS

CEMS ialah perikatan global yang terdiri daripada 28 kolej perniagaan yang meneraju, 64 syarikat multinasional dan 4 rakan kongsi sosial yang menyampaikan Ijazah Sarjana CEMS dalam Pengurusan Antarabangsa kepada lebih 1000 pelajar dari 67 negara.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kerry Gill di BlueSky PR - kerry@bluesky-pr.net atau +44(0)1582-790701

SUMBER  CEMS

Source: CEMS
Keywords: Education Higher Education