omniture

Bank of America Melaporkan Keputusan Kewangan Suku Kedua Tahun 2022

Bank of America Corporation
2022-07-19 18:54 45

CHARLOTTE, North Carolina, 19 Julai 2022 /PRNewswire/-- Bank of America melaporkan keputusan kewangannya untuk suku kedua tahun 2022 hari ini. Siaran berita, pemfailan tambahan serta pembentangan para pelabur boleh diakses di laman web Perhubungan Pelabur Bank of America di https://investor.bankofamerica.com/quarterly-earnings.

Maklumat Panggilan Persidangan Pelabur:

Ketua Pegawai Eksekutif, Brian Moynihan dan Ketua Pegawai Kewangan, Alastair Borthwick, akan membincangkan keputusan kewangan tersebut dalam satu panggilan persidangan pada jam 8:30 pagi waktu ET hari ini. Untuk sambungan ke panggilan persidangan bagi tujuan mendengar sahaja, sila dail 1 877 200 4456 (A.S.) atau 1 785 424 1732 (antarabangsa) dan ID persidangan ialah 79795.  Sila dail dalam masa 10 minit sebelum panggilan bermula.

Para pelabur juga berpeluang untuk mendengar audio panggilan persidangan secara langsung dan menonton pembentangan slaid dengan mengunjungi bahagian Acara dan Pembentangan di laman web Perhubungan Pelabur syarikat.

Maklumat siaran ulangan Panggilan Persidangan Pelabur

Para pelabur boleh mengakses siaran ulangan panggilan persidangan dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur atau menghubungi talian 1 800 934 4850 (A.S.) atau 1 402 220 1178 (antarabangsa) mulai 12.00 tengah hari pada 18 Julai hingga 11:59 malam pada 28 Julai waktu ET. 

Bank of America

Bank of America merupakan salah sebuah institusi kewangan terkemuka di dunia yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna individu, perniagaan pasaran kecil dan sederhana serta syarikat korporat bersaiz besar dengan pelbagai produk dan perkhidmatan lengkap untuk perbankan, pelaburan, pengurusan aset, kewangan serta pengurusan risiko yang lain. Syarikat ini menyediakan kemudahan yang tiada tandingan di Amerika Syarikat dengan memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 67 juta pengguna dan pelanggan perniagaan kecil dengan kira-kira 4,000 pusat kewangan runcit, kira-kira 16,000 buah ATM serta perbankan digital yang memenangi anugerah dengan kira-kira 55 juta pengguna digital yang sah. Bank of America ialah peneraju global dalam pengurusan kekayaan, perbankan korporat dan pelaburan serta mendagangkan pelbagai kelas aset yang luas, memberikan perkhidmatan kepada syarikat korporat, kerajaan, institusi dan individu di seluruh dunia. Bank of America menawarkan sokongan yang terkemuka dalam industri kepada kira-kira 3 juta pemilik perniagaan kecil melalui rangkaian produk dan perkhidmatan dalam talian yang inovatif dan mudah digunakan. Syarikat ini menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan melalui operasinya di seluruh Amerika Syarikat dan wilayahnya serta di kira-kira 35 buah negara. Saham Bank of America Corporation (NYSE: BAC) disenaraikan di Bursa Saham New York.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita tentang Bank of America termasuk pengumuman dividen dan maklumat penting yang lain, sila layari bilik berita Bank of America.  Klik di sini untuk mendaftar pemakluman e-mel berita.

www.bankofamerica.com 

Pelabur Boleh Menghubungi:

Lee McEntire, Bank of America
Telefon:  1 980 388 6780
lee.mcentire@bofa.com

Jonathan G. Blum, Bank of America (Pendapatan Tetap)
Telefon: 1 212 449 3112
jonathan.blum@bofa.com

Wartawan Boleh Menghubungi:

Bill Halldin, Bank of America
Telefon: 1 916 718 1251
william.halldin@bofa.com

Christopher P. Feeney, Bank of America
Telefon: 1 980 386 6794
christopher.feeney@bofa.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1612970/Bank_of_America_Corporation_Logo.jpg?p=medium600

Source: Bank of America Corporation
Related Stocks:
NEO:BOFA NYSE:BAC
Keywords: Banking/Financial Service Earnings